Kuala Kelawang, Jelebu - Tiada daerah di N.Sembilan yg bangunannya sarat dengan seni bina Minangkabau |
Saya terlebih dahulu membeli surat khabar di ‘ stall ’ surat khabar berhampiran dan memasuki restoran itu dengan yakin. Saya ada tabiat buruk suka membaca khususnya surat khabar semasa menjamu selera samada di rumah, restoran atau kedai kopi. Ada kalanya tabiat ini merimaskan ahli keluarga yang lain. Anak lelaki sulung saya mewarisi tabiat itu. Dia akan hilang sebentar mencari bahan bacaan untuk dibaca ketika kami sibuk membuat pesanan makanan semasa sesekali kami sekeluarga makan di luar.
Ketika berada di dalam restoran ‘mamak’ yang hebat itu saya mula merasakan ada yang tidak kena – tidak ada kalimah agama seperti ‘ Allah’, ‘ Muhammad ’ atau ayat-suci Al-Quran yang biasanya menghiasi restoran mamak. Nama restoran itu juga ‘lari’ dari nama restoran yang selalu digunakan oleh pengusaha restoran golongan mamak. Nama restoran itu adalah dari nama sejenis bunga.
Walaupun ada beberapa orang pelanggan beriras Melayu sedang makan dengan berselara sekali, saya yakin restoran itu bukan restoran Mamak Islam. Justeru itu, saya bergegas ‘ lari ‘ dari restoran itu ketika seorang pelayan menuju ke arah saya untuk mengambil pesanan.
Saya melihat ada sebuah restoran di bangunan barisan belakang restoran yang meragukan itu. Bagaimanapun, timbul suatu rasa ngeri apabila membaca nama restoran itu “ Restoran XXXX XXXX Authentic Nasi Padang ”, sebuah restoran Nasi Padang terkenal yang beribu pejabat di Jakarta.
Saya mengagak tentulah harga makanan di restoran Minangkabau itu segagah namanya yang terkenal seantero Nusantara.
Bagaimanapun, mungkin kerana perut lapar dan juga masih ada sisa-sisa darah keturunan Minangkabau yang mengalir di dalam tubuh ‘biology’ saya, saya menggagahkan diri masuk ke dalam restoran yang menggunakan tagline ‘Authentic Nasi Padang ‘ itu. Saya yang kebetulan memakai baju batik Indonesia (isteri saya belikan ketika beliau melawat Jakarta/Bandung) juga telah bersedia dengan segala kemungkinan – fizikal, rohani dan material.
Saya membuat pesanan dengan bantuan seorang pelayan restoran lelaki yang berpakaian seragam. Beliau mencadangkan saya ‘ Daging Rendang Padang ‘ dan saya bersetuju. Selainnya saya memilih sendiri – gulai nangka, ikan keli goreng, sayur goreng terung dan menu wajib ‘ Sambal Padang ‘. Untuk minuman saya memesan ‘Teh O Ice’.
Pelanggan ketika itu tidak beberapa ramai. Dari kerlingan saya berdasarkan penampilan mereka (pelanggan restoran), saya yakin kebanyakkan mereka adalah dari golongan pertengahan ke atas.
Menu Nasi Padang yang menjadi pilihan saya, iaitu ‘Daging Rendang Padang‘, Ikan Keli Goreng, Gulai Nangka, Sayur Terung Goreng dan ‘Sambal Padang ‘ menghadiahkan saya keenakkan pesona Nasi Padang yang melampau. Sedap.
Benarlah blogger KomenSen ' meraung ' kesedapan dengan hidangan Nasi Padang Asli di bumi Minangkabau seperti yang dinyatakannya dalam salah satu ' entry ' beliau. Tentulah keenakkan Nasi Padang di bumi Minangkabau berlipat kali ganda sedapnya berbanding di Kuala Lumpur atau tempat-tempat lain.
Orang Negeri Sembilan seperti saya adalah dari keturunan Minangkabau. Sudah pasti ada di antara nenek moyang kami berasal dari Padang, Tanah Minangkabau yang mahir menyediakan masakan Nasi Padang. Agak menghairankan kerana Orang Negeri Sembilan secara semula jadi mewarisi kemahiran menyediakan masakan masak lemak cili api yang sangat kuat pengaruh Minangkabaunya tetapi tidak pandai memasak masakan Nasi Padang.
Adakah menu Nasi Padang yang ada sekarang adalah menu baharu yang dicipta oleh pakar-pakar masakan keturunan Minangkabau dan inilah sebabnya kemahiran itu tidak dimiliki oleh pendatang awal Minangkabau ke Negeri Sembilan?
Adakah Orang Minangkabau dari daerah Padang, Tanah Minangkabau yang mahir dengan masakan Nasi Padang tidak terlibat dalam misi meneroka Negeri Sembilan lebih 5 abad yang lalu?
Adakah resepi Nasi Padang adalah resepi ekslusif yang menjadi rahsia sesebuah keluarga tertentu dan disembunyikan resepinya untuk survival perniagaan keluarga itu?
Adakah resepi Nasi Padang tidak disebar-luaskan di Negeri Sembilan kerana 'sumpah pendekar' Orang Minangkabau yang meneroka Negeri Sembilan; 'Jangan perturunkan segala ilmu kepada anak murid, simpanlah satu dua jurus agar anak murid tidak melawan tuan '.
Justeru itu, Orang Negeri Sembilan perlu mencari Orang Minangkabau jika hendak merasa masakan Nasi Padang. Orang Minangkabau boleh mewariskan Adat Perpatih kepada Orang Negeri Sembilan sehingga di dalam beberapa perkara Orang Negeri Sembilan lebih berAdat Perpatih dari Orang Minangkabau sendiri. Bagaimanapun, Orang Minangkabau tidak menurunkan kemahiran menyediakan masakan Nasi Padang. Orang Negeri Sembilan cuma 'diajar' menyediakan masakan lomak cili padi yang juga sedap tetapi tidaklah sesedap Nasi Padang. Inilah ' jahatnya' Orang Minangkabau!
Salam tuan, berhati hati bila makan di kedai yg dikatakan mamak. Ada kedai yg diusahakan oleh bukan mamak tapi diletak ayat quran di situ. Ayamnya pula dibeli dari peniaga bukan islam dgn alasan ia disembelih oleh bangla. Ini bukan dengar dengar saja tapi diceritakan sendiri oleh pengusaha kedai itu sendiri. Ayat quran diguna untuk mengaburi mata org islam. Apapun saya bersyukur Allah telah membuka hati pengusaha bercerita dgn saya tentang semua ini. Dapat pula saya memberi peringatan pd teman muslim yg lain.
BalasPadamSdr Tanpa Nama,
BalasPadamKebetulan saya baru sahaja berhenti menghindar (tidak mengunjungi) sebuah restoran Mamak di Lembah Klang. Melalui kawan-kawan dan media saya mendapat maklumat bahawa tuan punya restoran nasi kandar ternama itu dimiliki oleh bukan Islam (Hindu).
Baru-baru ini saya terbaca pihak restoran itu telah menderma sejumlah bantuan untuk anak-anak yatim yang disampaikan oleh seorang mufti di sebuah negeri. Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Pegawai Operasi restoran itu, seorang yang bernama dengan nama Islam.
Secara bergurau saya mengingatkan kawan-kawan yang masih was-was, " Tentulah mufti lebih warak dan lebih tinggi keprihatiannya dari kita."
Walaupun demikian, harga makanan dan minuman di restoran mamak jauh lebih mahal berbanding di restoran/kedai makan Melayu. Namun, orang Melayu terutamanya terus berduyun-duyun dan berumahtangga di restoran mamak.
Saudara Ujang kutik,
BalasPadamRestoran yang saudara maksudkan itu pernah diberi amaran oleh JAKIM beberapa tahun lalu kerana mempamerkan kalimah Allah dan ayat-ayat Al-Quran. Memang benar jika orang tidak tahu akan terpedaya dengan penipuan mereka untuk menarik pelanggan datang menjamu di restoran mereka. Khususnya pelanggan orang-orang Islam.
Mengenai Nasi Padang, boleh dikatakan banyak kali juga saya makan di Restoran yang menyediakan masakan Nasi Padang. Terbaru, beberapa minggu lalu saya dan beberapa rakan menjamu di Restoran Puti Bungsu, Jalan Yap Kwan Seng. Bersebelahan Nasi Kandar Kg Pandan.
Memang ya, kalau orang tidak biasa akan terkejut apabila melihat pelayan menghidangkan makanan. Segala (ertinya semua) jenis lauk yang ada akan disajikan. Dari hujung meja ke hujung meja. Penuh. Kalau orang tidak tahu pasti akan menyangka semua yang di hidangkan itu perlu dibayar. Tetapi tidak. Apabila diminta pelayan kira, hanya lauk yang diambil sahaja yang perlu dibayar.
Secara peribadi, saya berpandangan lauk Nasi Padang enak juga. Cuma, lauk mereka tidak banyak berkuah. Hampir tiada.
Sdr Pak Mail,
PadamTahun hujung 70-an sehingga hujung 80-an ada sebuah restoran Minang di Taman Keramat yang sekarang dijadikan kompleks stesen komuter. Kalau tidak silap nama restoran itu ialah Restoran Salim. Saudara mungkin mengetahui restoran tersebut kerana terletak di Keramat.
Pada penggemar masakan Minang, masakan di restoran tersebut adalah sedap. Pada masa itu restoran tersebut telah mengenakan bayaran RM5.00 untuk nasi campur. Ketika itu RM5.00 dikira mahal,
Saya pernah beberapa kali singgah makan di sebuah restoran Minang di Taman Melawati dengan anak saya. Pada saya sedap tetapi anak saya berpendapat sebaliknya.
Mengikut kawan saya Orang Minang masakan Minang tidak sama dengan masakan Padang.
Wallahualam.
hahaha .. saya ketawa bila perkataan 'jahatnya' tu keluar .. saya terfikir ada juga betulnya mengapa kemahiran ini tiada pada orang Nismilan agar kita terpaksa melancong ke sana untuk menikmati nasi padang tulin.
BalasPadam* terima kasih kerana link ke blog saya.
Sdr KomenSen,
PadamKita terpaksa balik kampung walaupun jauh jika hendak makan Nasi Padang.
Mungkin pak cik waktu tu dah lapar sangat sehingga masakannya terasa begitu sedapnya. hehe. Dapat juga saya tambahkan bahwa di Negeri Minangkabau sendiri terdapat ciri khas masakan pada daerah tertentu. Orang Bukittinggi sangat terkenal dengan nasi kapau-nya, sementara orang Payakumbuh terkenal dengan masakan belut, dan orang Pariaman pula dikenal dengan gulai kepala ikan. Oya, kemarin saya berkesempatan berkunjung ke Malaysia dan saya dapati masakan di Malaysia pun banyak sedap dan harga pun tak jauh beza dengan di Indonesia.
BalasPadamAnak Nofri Melsi,
PadamSaya mempunyai ramai kawan di kalangan keturunan Minang Malaysia di mana nenek moyang/ibu bapa mereka datang ke Malaysia selepas beratus tahun kedatangan gelombang pertama Orang Minangkabau ke N.Sembilan.
Pada umumnya mereka masih berhubung dengan keturunan di Tanah Minangkabau. Keturunan Minangkabau kalangan ini banyak menetap di Beranang dan Gombak di Negeri Selangor.
Melalui mereka saya mendapat tahu generasi baru Minangkabau ini tidak berapa pandai lagi memasak masakan Minang.
Wallahualam.
Hahaha. perumpamaan Pik Cik bagus sekali.. Pakai bawa nama pendekar segala, seperti jaman-jama silat dulu..
BalasPadamInspiratif sekali Pak Cik :D
Catatan Raaifa,
BalasPadamTerima kasih.
Kepada sebab mengapa tiada terdapat mereka yang pandai mengolah masakan Padang di Negeri Sembilan mungkin berpunca dari dua kemungkinan. Kemungkinan pertama ialah masakan Padang itu sendiri adalah satu ciptaan masyarakat Minangkabau yang terkemudian dari migrasi orang-orangnya ke Negeri Sembilan. Kemungkinan yang kedua pula ialah migrasi ke Negeri Sembilan lebih bertitik pusat dari Siak dan bukannya dari daerah2 Minangkabau itu sendiri. Sekiranya saudara berpeluang ke Siak, cubalah saudara menelusuri ke pelusuk kampung masyarakat Siak yang asal. Kemungkinan saudara akan merasakan diri saudara tidak pernah meninggalkan Negeri Sembilan kerana dialek pertuturan seharian dan makanannya punya banyak persamaan dnegan yang saudara boleh dapati di negeri Sembilan.
BalasPadamSdr Mohammad Razwi,
PadamInfo saudara mengenai Siak sangat menarik. Kewujudan Adat Perpatih versi Negeri Sembilan yang kekal hingga ke hari ini adalah kolobrasi 3 entiti - Adat Perpatih Minangkabau, Adat Benar (Penduduk Asal N.Sembilan) dan Adat Siak.
Seorang pengunjung blog ini yang juga seorang penulis terkenal suatu ketika dahulu juga sependapat dengan saudara berdasarkan pengalaman beliau ketika di Siak.
Andainya benar migrasi ke N.Sembilan bertitik tolak dari Siak (bukannya dari Tanah Minangkabau), bacaan sejarah N.Sembilan yang diyakini pada hari ini ada masalah - " Orang Negeri Sembilan mengenepikan sauadara sebenarnya dan mengangkat ' orang lain' sebagai saudara kandung."
Terima kasih di atas kesudian saudara berkongsi maklumat.
Izin menambahkan Pak Ujang,
BalasPadamDari beberapa literatur yang ambo baco, dahulunyo orientasi kerajaan pagaruyung ke pasisia timur sumatera (pasisia barat masih langang waktu dulu), pelabuhan kerajaan pagaruyung adalah di Siak, Indragiri adalah pelabuhan pagaruyung berdasarkan catatan Tome Pires. (Sumber: Cortesão, Armando, (1944), The Suma Oriental of Tomé Pires, London: Hakluyt Society, 2 vols)
Setelah Pagaruyung menempatkan kerabatnya disana, didirikan Kerajaan Siak Sri Indrapura (sebagai Vassal Kerajaan Pagaruyung), dalam sejarah Johor pernah disebutkan juga bahwa Sultan Abdul Jalil Rahmadsyah I (Raja Kaciak dari Siak) berebut pengaruh di Johor melawan Kubu Bugis.
Salam,
Catra, Jakarta.
Pengamat Sejarah Minang.
Sdr Catra,
Padam1. Satu ketika dahulu seorang ulamak dari daerah saya ( Daerah Rembau : B.Indonesianya kabupaten?) berhijrah ke Siak untuk berdakwah dan menyibarkan Tarikat Ahmadiah (bukan Ahmadiah Qadiani). Beliau berjaya di Siak dan disayangi oleh Raja Siak Ketika itu. Beliau meninggal dunia di Siak dan dikebumikan di bumi Siak.Nama ulamak itu ialah Lebai Haris.
2. Saya difahamkan bahawa dialek Negeri Sembilan hampir sama dengan dialek Siak. Bagaimanapun, saya tidak dapat persamaan itu ketika menonton nyanyian atau ceramah Siak di you tube.
3. Di kampung saya ada sebuah sahaja keluarga ' Minang' (Orang Minang yang datang ke Negeri Sembilan) beratus tahun selepas kedatangan awal nenek moyang orang Negeri Sembilan sekarang. Saya panggil Nenek Tiana (telah meninggal dunia).
Nenek Tiana dan suaminya kuat beragama dan bercakap dalam dialek Minang Asli sehingga akhir hayat mereka. Menantu Nenek Tiana bernama En. Hashim bin Sutan.....xxx(saya lupa nama ayah En. Hashim).En.Hashim juga telah lama meninggal dunia. Salah seorang anak En.Hashim pernah belajar di Australia dan menjawat jawatan pensyarah.
Bagaimanapun, rumah kelurga itu di kampung tidak didudukki lagi kerana semuanya merantau ke tempat lain.