Ketika menunggu giliran isteri mendapatkan rawatan
di hospital awal pagi tadi, saya menerima panggilan telefon dari seorang kawan
lama yang pernah tinggal serumah ketika bujang. Dia ingin meminjam sejumlah
wang. Saya yang juga golongan tidak berapa senang dengan spontan menjawab , “
Tidak ada wang.” Saya meminta maaf. Isteri saya tidak mengetahui perkara itu.
Seketika selepas itu saya didatangi oleh rasa
bersalah. Seorang ‘ AKU ’ yang mendapat penghormatan sedemikian rupa sebenarnya
adalah seorang yang tidak ada nilai satu kupang pun. Masakan tidak, Si Pemanggil,
KAWAN LAMA, yang berhadapan dengan masalah kelangsungan hidup tentunya telah
menyaring sebegitu ramai calon sebelum memilih ‘ AKU’.
Saya menghantar SMS. “ Saya ada RMxxx.00. Tolong
SMS nombor akaun bank CIMB.”
Dia membalas SMS dan menyertakan nombor akaun BSN.
Dalam perjalanan balik ke rumah saya singgah di Bank
Simpanan Nasional. Saya memaklumkan bahawa saya telah ‘bank in’ ke dalam
akaunnya. Saya lega. Walaupun tidak dapat membantu sepenuhnya, saya telah mencuba
meringankan masalah kawan itu sedaya upaya.
Dia membalas dan berjanji akan membayar balik .
Terima kasih.
Minggu lepas saya telah disantuni seperti VIP oleh
seorang yang tidak dikenali dengan menjadi penunjuk arah ke dewan perkahwinan
anak kepada sepupu arwah ibu saya. Saya tidak sempat mengucapkan terima kasih
kerana dia meninggalkan saya di lokasi yang dicari dengan pantas sambil
mengangkat tangan dengan ibu jari ke atas. Saya membalas dengan membunyikan hon
kereta. Bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih sebanyak tiga kali kepada
hamba Allah yang berhati mulia itu melalui sebuah catatan di dalam blog ini.
Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.
ujang kutik,
BalasPadamSaya pernah juga merasa dan melalui suasana yang sama.
Konflik dalam jiwa hilang serta merta kalau kita dapat memenuhu nya namun jika tidak berkemampuan pun .. perasaan bersalah tu tetap ujud juga di hati mengenangkan kesusahan seorang kawan.
Sdr theolrascal,
PadamCatatan-catatan dalam blog sendiri sedikit sebanyak mempengaruhi pembangunan peribadi diri sendiri. Ada di antara catatan saya adalah catatan biasa yang dihasilkan kerana minat menulis. Bagaimanapun, apabila menulis, saya seperti diikat dengan apa yang ditulis.
Seingat saya katalah dalam 10 orang yg meminjam cuma seorg saja yg membayar balik.. Saya sering diperingatkan oleh teman hidup saya bila sudah memberi pinjam jgn mengharapkan org membayar balik. Dan tidak hairan sejumlah besar wang yg saya pinjamkan tidak pernah dibayar balik. Tapi saya tetap beri pinjam kerana tak mampu melawan perasaan bersalah, takut hukuman Allah kerana tidak membantu...
BalasPadamSdr Tanpa Nama,
Padam"Tapi saya tetap beri pinjam kerana tak mampu melawan perasaan bersalah, takut hukuman Allah kerana tidak membantu..."
Itulah sepatutnya, terutamanya kepada mereka yang kita kenali.
Alhamdulillah..boleh saya panggil pak ujang saje..
BalasPadammelepaskan atau menolong seseorang dalam kesempitan, InsyaAllah Allah akan lepaskan dan permudahkan urusan kita pula..
Pn Nor Azimah,
PadamMungkin kita juga tidak berapa senang tetapi masih boleh bertahan. Mereka yang diuji tersebut tidak dapat bertahan lagi......
Salam
BalasPadamSaya pernah menolong seorang kawan ..
Tapi sampai sekarang , masih ada baki lagi yang belum dia habis bayar.
pb,
PadamWaalaikomsalam.
1. Terima kasih kerana masih sudi melawat blog yang tidak sepertinya ini.
2. Di kalangan kawan-kawan saya juga ada yang mengalami seperti yang saudara alami. Betullah kata orang, " Bersedekah juga ada seninya."