Jumaat, 14 Februari 2014

KOMIK


KOMIK
Sungguh, ketika masih di sekolah rendah minda saya dan juga generasi kanak-kanak ketika itu 'dirasuk'oleh pengaruh komik cerita-cerita pendekar Melayu dan juga cerita fantasi mengenai penduduk di dunia kayangan.

Penulis komik pendekar Melayu paling ' top ' ketika itu ialah Halim Teh. Di antara tajuk atau watak adiwira yang saya masih ingat secara kasar ialah Panglima Hitam dan Panglima Awang. Watak jahat pula termasuk Awi Dichu (Pendekar Siam) dan Bachok. 

Potret pendekar Melayu dilakar dengan pakaian pendekar Melayu purba yang biasa kita tonton dalam filem pendekar Melayu - tanjak, keris tersisip di pinggang dan memakai capal atau sesetengahnya berkaki ayam. Biasanya kutang baju tidak dikenakan dan ini menampakkan bentuk tubuh seorang pendekar yang tegap dan sasa.

Pendekar Melayu digambarkan sarat dengan kuasa sakti dan menguasai ilmu persilatan.

Saya tidak ingat lagi tajuk atau watak cerita raja/putera/puteri raja dari kayangan secara khusus. Namun, modus operandi jalan ceritanya ialah: Berkisar kepada raja/putera/puteri raja dari kayangan dengan kesaktian masing-masing turun ke bumi,mennyamar sebagai manusia bumi, bercinta dengan gadis kampung/pedalaman dan diangkat menjadi ' hero ' dalam sesuatu cerita.

Tidak syak lagi cerita-cerita tersebut dihayati sepenuhnya oleh pembaca dari golongan kanak-kanak ketika itu. Dan, saya adalah di antara pembaca tegar komik-komik genre tersebut.

' Malangnya', minat membaca komik secara melampau diwarisi oleh anak sulung saya. Dia telah 'ketagihan' membaca komik sejak sekolah rendah, sekolah menengah. universiti dan sehingga telah berkerja (sekarang). Koleksi komiknya yang 'mengherokan' bangsa lain dan tidak berpijak di bumi nyata itu begitu banyak - berkotak-kotak.

Walaupun saya adalah mantan pembaca tegar komik pada zaman saya, Si Ayah, tidak pernah mengerling walaupun selembar ayat komik generasi anaknya. Mana mungkin lakaran dan jalan cerita komik yang sangat jauh dengan budaya dan jati diri Melayu itu mampu meresap ke dalam urat saraf Si Ayah yang sangat asyik dengan jiwa 'Melayunya'." 

Benar, komik genre sedemikian ' Not my taste! '  Bagaimanapun, semua orang ada hak untuk menyantuni naluri diri sendiri.

6 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Haha... dasat tu berkotak kotak komik.. real punya tegar tu..

    BalasPadam
  2. Sdr theolrascal,

    Berkotak-kotak. Hendak dibuang/bakar tidak dibenarkan.

    BalasPadam
  3. Saya tidak berkesempatan membaca komik komik spt Palnglima Hitam kerana dibesarkan di keliling bapa bapa saudara yang menggilai komik komik barat . Bila baca catatan tuan saya rasa terkilan kerana tidak berusaha membaca komik pahlawan melayu kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama
      Memang benar kami dirasuk semangat Melayu yang melampau dan dunia fantasi.

      Padam
    2. Sdr Tanpa Nama
      Memang benar kami dirasuk semangat Melayu yang melampau dan dunia fantasi.

      Padam
    3. Sdr Tanpa Nama
      Memang benar kami dirasuk semangat Melayu yang melampau dan dunia fantasi.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."