Sabtu, 1 Mac 2014

KITA MEMERIAHKAN, ORANG LAIN MENDAPAT LABA

Kerana dua tiga titik air, 'laptop' saya tidak dapat diselamatkan. Binasa.

Rentetan itu seawal jam 11.00 pagi pada hari cuti Sabtu (pagi tadi), saya telah berada di pasar paling mega komputer/telefon bimbit tanah air di Low Yatt, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Saya ingin membeli sebuah laptop untuk memudahkan saya bekerja dan ' berkarya' pada waktu senggang.

Walaupun hari masih awal pagi, pengunjung telah ramai. Sekalipun seumur hidup tidak pernah berkunjung ke ' Jom Heboh', saya memberanikan hati membuat perbandingan - ramainya orang di Kompleks Low Yatt umpama ramainya orang di ' Jom Heboh'. Seperti di 'Jom Heboh', orang Melayu paling ramai.

Majoriti peniaganya ialah dari kalangan rakan senegara kita etnik Tionghwa. Namun, selain dari pengusaha etnik Tionghwa, ramai juga pengusaha yang iras mereka mirip penduduk dari Benua Kecil India. Mungkin mereka bangsa India, Pakistan dan Bangladesh. Tidak pula saya ketahui samada mereka berstatus pengusaha/ahli perniagaan atau cuma pekerja/kuli kepada taukeh-taukeh etnik Tionghwa.

Tidak ada seorang pun peniaga keturunan Melayu di Kompleks Low Yatt! Saya berfalsafah, ' Orang Melayu Tidak Memberi Sedikit Pun Tentangan Kepada Peniaga Kaum Lain Membolot Kek Ekonomi Di Low Yatt.Orang Melayu cuma memeriahkan Low Yatt'.  

Pengusaha warga Malaysia etnik bukan Melayu dan mungkin juga sebilangan warga luar mengaut kesemua punca rezeki di Kompleks Low Yatt yang tentunya sangat lumayan. 

Jangan salahkan mereka. Jangan jadikan mereka ' Punching Bag' kerana ketidakmampuan kita bersaing dan merebut peluang. Salahkanlah diri sendiri!


  

2 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Saya andaikan blog entri yang ini di upload melalui penggunaan laptop baru...hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Saudara memiliki pandangan makrifat yang tinggi makamnya.....

      Nak dijadikan cerita, laptop 'binasa' yang disahkan binasa oleh tuan punyak kedai repair komputer mati hidup semula.

      Setelah membeli laptop baharu anak saya cuba-cuba membuka laptop yang 'binasa'. Dia terkejut laptop itu berfunggsi semula.....banyak jasa laptop itu samada untuk kerja di pejabat dan ' berkarya '...

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."