Ahad, 13 April 2014

SAAT YANG MENGASYIKKAN

Kemesraan Dua Orang Pemimpin Seagama (Ketika YAB Perdana Menteri ziarah Timb. Mursyidul Am PAS di hospital)

Dua orang tokoh yang kemesraan mereka terserlah di atas adalah pemimpin besar dua buah parti politik yang saling 'bermusuhan' . Dalam mengamalkan sistem demokrasi yang dibenarkan oleh undang-undang negara, anda mungkin menyokong salah seorang daripada mereka dan saya pula yang seorang lagi.

Justeru itu, kita juga mungkin ' bermusuh '. 

Namun, kita mungkin meluahkan emosi yang sekata, "Masya Allah, Syukur, Alhamdulillah", apabila melihat mereka melupakan sebentar ideologi parti masing-masing sehingga mewujudkan suasana harmoni yang sedemikian rupa. 

Semoga pendekatan politik bertaraf dunia ini diikuti oleh pemimpin-pemimpin yang lain. Sekalipun mungkin ada yang memandang sinis kemesraan mereka, kita pula hendaklah memilih kaedah berbaik sangka. Bukankah umat Islam itu bersaudara? Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga.

4 ulasan:

  1. Amat menghormati beliau.....perkataan yg digunakan sangat berhemah bila bercakap...
    KFC dah dibuka dghembau..orang ghembau kayo2 tiba pukul 10 mlm pun..masih ramai yg sd mengorder...tp bilalah hospital ghenbau nak naik2 dn tahniah juga bakal dpt gelaran 'datuk'

    BalasPadam
  2. Sdr saya Tanpa Nama,

    Di manakah letak KFC tu.....di tapak warung ABC Cina Kompot kah?

    Kalau saudara sebaya anak saya, pasti tidak tahu ABC Cina Kompot the legend yang terkenal suatu ketika dalu.

    BalasPadam
  3. Maaf saya tidak tahu ABC Cina Kompot..tp KFC terletak dideretan kedai yg tunggu teksi dan bas dulu..berdekatan tapak pasar tani setiap sabtu...
    Saya dibesarkan diJohor...penggunaan bahasa halus disana berbeza dengan percakapan org ghembau yg ada masa kasar dn tinggi nada suaranya...

    BalasPadam
  4. Sdr Tanpa Nama,

    Terima kasih. Saya dapat agak lokasi yang saudara maksudkan.

    Mungkin saudara sudah maklum bahawa di Kota Tinggi, Johor ada masyarakat ' Orang Linggi' iaitu orang dari Linggi, N.Sembilan yang membawa diri ke Kota Tinggi, Johor beratus tahun yang lalu. Generai keturunan mereka masih menggunakan dialek Negeri Sembilan.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."