Isnin, 7 April 2014

HULU LANGAT


Kawasan perumahan saya di Ampang, Selangor adalah sebuah kawasan pinggir-bandar. Kawasan ini dipisahkan dengan Hulu Langat oleh bukit bukau yang menghijau. Sebatang jalan dengan kepanjangan kira-kira 4 kilometer dibina beberapa  tahun yang lalu menghubungkan Ampang dan Hulu Langat.

Di jalan inilah terletaknya ' mantan ' Kompleks Menara Tinjau di mana hampir seluruh kota Kuala Lumpur dapat dilihat. Sayangnya, kompleks ini telah tidak beroperasi lagi sejak hampir dua tahun yang lalu di atas sebab-sebab yang tidak diketahui oleh kebanyakkan orang. Sekalipun demikian, pengunjung di bukit bukau pada ketinggian sederhana ini masih boleh melihat Kuala Lumpur dari satu lokasi tidak jauh dari tapak kompleks yang telah menjadi projek gajah putih itu. Di kawasan ini juga telah didirikan banyak gerai makanan. Gerai-gerai tersebut dibuka seawal 6.00 petang hingga jauh malam.

Sekalipun rumah saya terletak di kejiranan lokasi ini, saya masih belum berkesempatan menjamu selera di gerai yang terletak di atas bukit itu. Namun, saya dapat bayangkan tarikan yang ada di situ -   makan-makan sambil berbual bersama teman/rakan dengan hembusan angin rimba yang segar dan juga paparan landskap Kuala Lumpur dari kejauhan yang menunggu di bawah. Saya difahamkan bahawa gerai-gerai tersebut menarik perhatian anak-anak muda.

Penghujung jalan Ampang-Hulu Langat ialah Pekan Bt.10. Seorang pelancung luar negara yang baru sahaja meninggalkan kawasan Majlis Perbandaran Ampang (MPAJ) yang moden mungkin terkejut melihat adanya pekan senaif Pekan Bt.10 Hulu Langat di alaf ini. Pekan ini lesu dan tidak bermaya dengan bangunan rumah kedai lama yang usang dan kusam.

Bagaimanapun, samada landskap Pekan Bt.10 Hulu Langat dibiarkan dengan status quo atau dibangunkan sehingga menjadi sebuah bandar moden, tidak banyak pulangan maruah bangsa dan ekonomi yang akan diperolehi oleh orang Melayu.

Sebagai contoh, Pekan Taman Sri Nanding, lebih kurang 2 kilometer dari sini, yang asalnya adalah sebuah pekan milik orang Melayu yang seadanya telah mengundang puluhan peniaga luar bukan Melayu yang lebih mahir dan berkemampuan apabila dibangunkan sebagai pusat komersial yang cantik dan moden.

Perlu Melakukan Anjakan Drastik Kalau Ingin Kekal Bersaing
Di antara yang sangat terkesan dengan rempuhan peniaga dari luar ini ialah sebuah pasar raya milik orang kita yang sebelumnya menguasai perniagaan runcit di kawasan orang Melayu ini. Tuan punya pasar raya ini perlu bertindak lebih bijak supaya mampu bersaing. Orang Melayu pula perlu lebih patriotik dengan menyokong kelangsungan perniagaan bangsa sendiri dari dibaham oleh serangan yang menggila dari  peniaga luar.

Kalaulah di dalam peperangan, bolehlah dijangka bahawa selepas Sri Nanding 'ditawan', pekan-pekan berikutnya akan 'ditawan' juga oleh 'pihak musuh' di atas nama kemajuan.

Kita lupakan sementara mengenai sesuatu yang kita katakan milik kita tetapi kini telah 'dirampas' atau terpaksa dikongsi bersama orang lain.

Hutan Lipur Yang Cantik, Airnya Bersih dan Jernih
Marilah kita bercerita mengenai sesuatu yang diyakini masih milik kita. Setakat catatan ini ditulis, kawasan dan persekitaran antara Pekan Bt.10 hingga ke Kg. Pangsoon Hulu masih milik kita, orang Melayu! Di kawasan dan persekitaran ini penduduknya hampir 100% orang Melayu/orang asal (ada sebuah perkampungan orang asli di sini) yang kebanyakkan nenek moyang mereka berasal dari Sumatera Barat, Indonesia - terutamanya etnik Mandailing dan Minang. Dialek percakapan penduduk di sini ada mirip dialek orang Negeri Sembilan.

Kalau saya silap tolong betulkan. Kawasan sebelah barat Selangor didiami oleh oleh anak cucu keturunan orang Jawa.

Kawasan di sebelah timur Selangor pula, iaitu Beranang, Kajang, Hulu Langat dan Rasa (utara Selangor) didiami oleh anak cucu keturunan pendatang dari Sumatera Barat (Minang, Mandailing, Jambi dan mungkin suku-suku lain dari Sumatera Barat yang saya tidak tahu ).

Saya selesa dengan kawasan dan persekitaran di sini - suasana kampung, alam semula jadi dan dialek penduduknya banyak persamaan dengan dialek negeri asal saya, Negeri Sembilan.

Di sinilah letaknya tempat Perkelahan Sungai Congkak, tempat Perkelahan Sungai Pangsooon, lokasi awal mendaki Gunung Nuang yang terkenal itu, dusun buah-buahan, Air Panas Dusun Tua, kawasan tadahan air Empangan Hulu Langat dan lain-lain lagi yang berelemenkan alam semula jadi. 

Sungai Langat Airnya Bersih dan Jernih
Kawasan ini masih sarat dengan keindahan alam semula jadi yang masih belum dicemar. Di sini masih wujud suasana perkampungan Melayu dengan adunan rumah lama bercirikan seni bina Melayu dan rumah-rumah moden yang cantik dan menarik.

Saya selalu berada di persekitaran ini samada dengan keluarga atau sendirian. Saya seronok dan asyik ketika berada di kawasan ini .   
      
Papan Tanda Yang Jelas Maksudnya
Bangunan Lama Di Kg. Kuala Pangsoon

Masjid Kg. Kuala Pangsoon (Terletak Di Tepi Sungai)

Sungai Di tebingnya Masjid Kg.Kuala Pangsoon



                                                        Surau Masyarakat Orang Asli

Di Antara Rumah Penduduk Orang Asli Kg. Kuala Pangsoon

Pondok Untuk Disewa Semasa Berkelah
Jambatan Gantung
Cantik Dan Menenangkan

Bangunan Milik Persendirian Di Tebing Sungai

Landskap Menarik
Salah Satu Lokasi Perkelahan
Bangunan Lama TNB (Hampir semua tarikan di sini dipengaruhi elemen air)
Riadah Lasak (Mandi dan Menghilir)



      

2 ulasan:

  1. Salam
    kekadang rasa sesebuah perkampungan melayu tak payahlah terlalu dibangunkan..bila naiknya semua pasarana mulalah bangsa lain yg ambil aleh..kesian bangsa melayu..di kampong pun merempat di bandar2 besar apatah lg..bisness ...cubalah bangsa kita bersatu majukan..segala produk bumiputra/muslim...sedih pernah tgk dipasaraya besar..produk2 adabi,faizah,felda diletakkan dibelakang2 begitu juga produk ramly dipackkan lebih kurang sama ngan produk yg tak terkenal...

    BalasPadam
  2. Sdr/i Tanpa Nama,

    Penjajahan ini dinamakan rebakkan bandar - bangunkan bandar baharu dan ' mereka' datang menjajah.

    Isu ini pernah dibangkitkan dan diingatkan oleh Dr BurhanudddinHilmi (tokoh politik) suatu ketika dahulu dan pada era moden (di sekitar 90-an) oleh seorang professor USM (Dr Amir). Dr Amir membuat kajian bahawa rebakkan bandar dirancang dengan teliti untuk membangunkan kawasan Melayu. Akhirnya hak milik Melayu bertukar tangan. Beliau membuat kajian di Pulau Pinang.,

    Samada dirancang atau tidak 'penjajahan' yang dikatakan itu berlaku sehingga ke hari ini - bangunkan kawasan Melayu - mereka datang - miliki premis perniagaan - mereka mendominasi tempat baharu yang asalnya milik Melayu.

    Maaf, saya agak emosi. Bagaimanapun, kita orang Melayu seperti tiada cara untuk mengekang penghakisan milik Melayu secara terancang ini. Nak dikatakan mereka yang merancang tidak juga kerana segala keputusan (kecuali di Pulau Pinang) adalah ditangan bangsa kita.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."