Sabtu, 10 Mei 2014

NASI PADANG TANJUNG MALIM

MENU AYAM KAMPUNG
Seorang kawan ' marah ' kerana saya seolah-olah memaksanya turut mengesahkan bahawa makanan Nasi Padang di Andri Nasi Padang Tanjung Malim yang terletak di tepi jalan besar Tanjung Malim - Ipoh (jalan lama) dan di sebelah jalan restoran makanan segera KFC Tanjung Malim itu sedap.  

Hakikatnya, bukan semua orang sukakan Nasi Padang. Ahli keluarga saya sendiri (isteri dan anak-anak) tidak suka Nasi Padang. Bahkan sebut sahaja hendak makan di restoran Nasi Padang, mereka pasti tidak pernah bersetuju. 

'Ketidaksukaan' seseorang kepada Nasi Padang atau lain-lain makanan sehingga tidak mengiktiraf sedapnya makanan di sesebuah restoran/kedai makan yang diakui ramai adalah hak peribadi masing-masing.

'Andri Nasi Padang Tanjung Malim' adalah sebuah kedai makan yang diusahakan di bangunan buruk. Kecuali pada kain pemidang 'Andri Nasi Padang Tanjung Malim - mengimbau masakan bonda yang ori ' yang direntangkan di dalam kedai, kedai makan ini tidak ada papan tanda nama kedai yang biasanya terdapat di kebanyakan restoran/kedai makan  yang lain. 

Papan kenyataan kecil yang digantung di luar kedai makan ini menunjukkan waktu berniaga bermula pada jam 1.00 tengah hari. Bagaimanapun, melalui pengalaman singgah makan di kedai ini dan maklum balas dari pelanggan tetap, kedai makan ini biasanya dibuka seawal jam 1.15 - 1.30 tengah hari.

Sedemikian, pelanggan terpaksa datang awal dan menunggu sehingga kedai dibuka kerana kalau lambat datang besar kemungkinan lauk-pauk kehabisan.

Saya difahamkan bahawa menunggu beberapa ketika di dalam cuaca panas terik atau hujan sebelum kedai dibuka adalah perkara biasa. Ketika saya menungunjungi kedai makan ini, saya melihat ramai pelanggan sudah menunggu di luar kedai yang belum dibuka. Ada juga di kalangan pelanggan yang menunggu di dalam kereta masing-masing. Kedai makan ini dibuka pada jam 1.20 tengah hari pada hari saya singgah makan.

Jangan berangan-angan hendak memesan teh o ice atau air buah. Kedai makan ini cuma menyediakan teh o kosong. Mungkin tiada salahnya jika ada di kalangan pelanggan menuduh kedai makan ini 'tidak mesra pelanggan' . Sebaliknya, pelangganlah yang perlu mesra dengan kedai makan ini.

Kedai makan ini seolah-olah tidak pedulikan ' SOP '. Namun, faktor itu tidak sesekali melemahkan semangat pelanggan tetap yang kebanyakannya datang dengan kereta mewah.
   
Saya mengungkapkan aura tarikan kedai makan Andri Nasi Padang Tanjung Malim dalam satu ungkapan berbunyi: 'Pelanggan tetap tidak akan lari, pelanggan baru yang datang buat pertama kali akan datang lagi'.

Cakap banyak pun tidak guna. Kalau ada kesempatan singgahlah di kedai makan ini dan sahkan sedap atau tidaknya sendiri. Secara peribadi pada saya di antara yang paling 'power' ialah sambal Padangnya.
 

14 ulasan:

  1. Saya rasa hairan mengapa pula sampai ke Tanjong Malim. Kalau nasi padang ditempat lain pun banyak. Pensyarah diUPSI kah? Tg Malim tak jauh dari kampong isteri saya.Tidakpun pernah keluarganya menyebut kedai itu. Nantilah satu hari, insya Allah

    BalasPadam
  2. Sdr Al-Manar,

    Saya bertugas di sekitar Tanjung Malim ketika itu.

    Seeloknya tuan dan isteri mencuba Nasi Padang Tanjung Malim. Kedai makan itu tiada nama dan boleh menyebabkan orang ramai tidak perasan.

    BalasPadam
  3. Saudara Ujang Kutik,

    Nasi Padang berlauk pauk saya makan juga. Boleh dikatakan banyak kali. Tetapi tidaklah merupakan kegemaran. Persoalan tidak suka kepada makanan nasi Padang ini timbul lantaran tidak pernah mencuba atau pun tidak terbiasa. Saya boleh memahami sikap itu kerana saya juga mungkin mempunyai sikap tersebut. Sebagai contoh, saya tidak pernah mencuba memakan mee bakso masakan orang seberang. Dan mungkin tidak akan mahu mencuba biarpun sekali. Itu merupakan suatu naluri. Mungkin itulah juga naluri seseorang yang lain yang tidak mahu makan nasi Padang.

    Allahu'alam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Pak Mail,

      1. Mungkin juga kawan yang telah 1-2 kali ke Medan, Indonesia ini telah menikmati Nasi Padang yang lebih enak di sana.

      2. Benar, hampir semua makanan Kelantan saya suka kecuali nasi kerabu.

      Padam
  4. ujang kutik,

    Kalau berkesempatan saya akan singgah menguji.. haha.

    BalasPadam
  5. Sdr theolrascal,

    Jalan besar Tg.Malim-Ipoh, seberang jalan sebelah kanan KFC Tg.Malim......

    BalasPadam
  6. saya study upsi 3 tahun, tapi tak pernah try :D

    BalasPadam
  7. Berhadapan bhp tg malim, dulu yes kedai nya biasa 2 je skrg dh up sikit. Sila bawa wang lebih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara,

      Terima kasih. Bagaimanapun ' mahalnya', restoran itu telah ada pelanggan hard core yang tidak akan lari.

      Saya akan berwaspada.

      T.Kasih.

      Padam
  8. salam tuan,hari minggu sabtu atau ahad buka kah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Nasley Shah,

      Maaf, saya singgah di restoran itu masa hari bekerja. Saya difahamkan oleh penjenguk ini bahawa ada ubahsuai ke atas bangunan restoran itu.

      T.kasih.

      Padam
  9. Salam,

    saya berkesempatan ke sana smlm. memang sesak. makanannya sedap, wpun mahal. mahal kerana dikatakan ayam dara yang digunakan diternak sendiri. kerana itulah rasanya lain,sedapnya juga lain. saya bukan penggemar nasi padang, tetapi restoran ini berjaya membuka selera saya terhadap nasi padang.

    P/S : saya ke sana kerana nak pastikan gembar gembur org ramai berkenaan kehebatan masakan di restoran ini. Mmg benar, tuan kedai tak friendly langsung, tapi apa dia nak heran, setiap hari kedainya penuh dengan pelanggan. Tak kira bangsa dan "jenis kereta".

    BalasPadam
  10. Kena tanya ustaz ibrahim kenapa beliau takot nak makan sini.....bukak 1 thari tegak atas kepala n toke pakai seluar pendek ada apa2 ....

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."