Sabtu, 19 Julai 2014

ORANG ISLAM SAUDARA KITA : REMAJA HAFIZ DI TABIR JERIJI BESI

SAYA TUMPANG SEMANGKUK MENYIARKAN VIDEO KLIP YANG DIUNGKAPKAN SEBAGAI ' VIRAL DI MEDIA SOSIAL ' DEWASA INI.

MUNGKIN KISAH INI ADALAH HIKMAH DI SEBALIK SEORANG HAFIZ MUDA YANG DITUDUH MENCURI DAN SELEPAS DIDAPATI TIADA BUKTI DIDAKWA PULA DI ATAS KESALAHAN TINGGAL DI NEGARA INI MELEBIHI TEMPOH SAH.

BELIAU SEDANG MENJALANI HUKUMAN PENJARA SELAMA 6 BULAN. 

NAMA BELIAU IALAH MUHAMMAD BIN JAMALUDIN DAN BERUSIA 16 TAHUN. BELIAU BERASAL DARI THAILAND (IBU:THAILAND, AYAH:KEMBOJA).

KITA TIDAK BERDAYA BERPRASANGKA KEPADA PENDATANG KERANA TELAH TERBUKTI KEBANYAKKAN MEREKA SEWAJARNYA DICURIGAI. NAMUN, ADA KALANYA SIKAP BURUK SANGKA ITU MENZALAMI ATAU BERLAKU TIDAK ADIL KEPADA SAUDARA SEAGAMA.

SEKURANG-KURANGNYA DUA ORANG ANAK SAUDARA SEAGAMA KITA DARI NEGARA LUAR MEWUJUDKAN FENOMENA KHUSUSNYA DI KALANGAN PENGIKUT MEDIA SOSIAL. PERTAMA, ADEK MUSA BERUSIA 5 TAHUN 6 BULAN DARI INDONESIA YANG HAFAL AYAT-AYAT AL-QURAN 30 JUZUK. KEDUA, REMAJA BERUSIA 16 TAHUN BERSUARA MERDU BERASAL DARI THAILAND INI YANG JUGA SEORANG AL-HAFIZ.
 SUBHANALLAH.

1 ulasan:

  1. Muga kelebihan yang ada pada adik Muhammad ini dimanafaatkan oleh pihak penjara. Pasti ada hikmah di sebalik penahanan ini.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."