Isnin, 7 Julai 2014

SELANGOR

Saya adalah di antara mereka yang sangat terkesan dengan nostalgia kemeriahan bulan Ramadhan di zaman anak-anak ketika masih menetap di kampung. Momen-momen itu tidak akan hilang dari ingatan selagi hayat dikandung badan.
 
Penduduk kampung ketika itu dalam status ekonomi seadanya sanggup ' berhabis ' untuk mengimarahkan masjid sepanjang bulan Ramadhan. Mereka datang beramai-ramai ke masjid dengan membawa juadah masing-masing untuk majlis berbuka puasa dan moreh .
 
Ketika itu solat sunat tarawikh ditunaikan sebanyak 20 rakaat. Penduduk kampung mungkin masih belum mengetahui lagi bahawa adanya solat sunat tarawikh sebanyak 8 rakaat sahaja.   
 
Seawal usia remaja saya merantau ke Lembah Klang, Selangor.
 
Arakian, bermula 5-6 tahun kebelakangan ini saya dapat mengalami semula persis dalam suasana bulan Ramadhan pada zaman anak-anak . Bagaimanapun, lokasinya bukan di kampung halaman sendiri tetapi di wilayah tempat saya bermustautin iaitu di Lembah Klang.   
 
Impak Ramadhan di Lembah Klang lebih ' dahsyat'. Hampir semua masjid dan surau ' dirasuk '. Setiap hari ada tazkirah dan kuliah agama sekurang-kurangnya sekali. Bilangan jumaah yang datang ke masjid melimpah-ruah. Banyak masjid mengadakan majlis berbuka puasa dari awal Ramadhan hingga akhirnya. Moreh pada tiap-tiap hari. Setiap hari akan ada pihak yang meminta derma dan hasilnya tidak pernah menghampakan. Masjid/surau hidup.
 
Insya Allah, masjid/surau di Lembah Klang akan mengadakan ibadat qimullail pada 10 malam terakhir Ramadhan. 
 
Oh Selangor!
 
 
  
 
     

4 ulasan:

  1. Pentadbir masjid/Surau di NS patut mencontohi masjid diKL/Selangor car nak imarahkan bulan Ramadhan..

    BalasPadam
  2. Sdr Tanpa Nama,

    Insya Allah, bukan sahaja pada bulan Ramadhan tetapi juga bulan-bulan yang lain.

    BalasPadam
  3. Bukan dilembah Klang sahaja. Kegiatan di masjid luar bandarpun bertambah meriah.

    BalasPadam
  4. Tuan Al-Manar,

    Selamat berpuasa dan maaf zahir batin.

    Benar, tahun lepas saya menyambut awal Ramadhan (1-3 Ramadhan) di Bandar Jertih. Masjid Besar Jertih juga tidak kurang meriahnya.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."