Ahad, 2 November 2014

Cucu

Empat hari lepas saya dikurniakan cucu pertama, seorang bayi perempuan. Syukur. Alhamdulillah.

Di sebalik perasaan gembira teramat dua buah keluarga, saya melihatnya  juga sebagai satu fasa pembelajaran kepada anak sulung (lelaki).

Dia memasuki kuliah yang selama ini cuma didengarnya sahaja.

Dia mula menyingkap ilmu hakkul yakin - betapa sayangnya ibu bapa kepada anak-anak. Betapa ambil beratnya ibu bapa kepada anak-anak.

Alhamdulillah.

4 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Tahniah... melalui fasa baru dalam kehidupan.
    Seorang datuk kini....

    BalasPadam
  2. Sdr theolrascal,

    Banyak assignment yang tidak dibuat semasa membesarkan ayahnya.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum sdr uk,

    Tahniah dan syukor atas kurnia NYA, agar ianya lebih menceriakan dunia dan akhirat saudara.... In Shaa Allah.....aaminnn

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."