Jumaat, 14 November 2014

LELAKI TUA

Jumaat tadi saya solat di Masjid Jamiil Huda Kg Melayu, Ampang.Saya ingin variasikan tempat solat Jumaat biasa di Surau Kem Pasifik di Jalan Ampang.

Sepanjang saya singgah solat di masjid ini (termasuk pada hari lain) ada beberapa perkara yang singgah bertapak di minda saya. Antaranya, kehadiran seorang tua yang sentiasa membaw beg pakaian. Dia yang pada agakan saya berusia antara 65 - 68 tahun , berpakaian cara orang tua - berkain pelikat dan kadang-kadang memakai jubah atau
baju kemeja. Pakaiannya bersih.

Saya melihatnya orang normal - tiada masalah gangguan mental. Namun, saya dapati dia dengan beg pakaiannya yang agak besar akan meluru ke saf hadapan apabila solat hendak dimulakan. Ini mengganggu jumaah yang lain.

Kehadiran lelaki tua ini di masjid Kg. Melayu Ampng masih menjadi misteri pada saya. Saya ada niat hendak berbual dengannya tetapi masih belum ada kesempatan lagi.

Siapakah lelaki tua itu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."