Jumaat, 26 Disember 2014

" Let's Pray For These Flood Victims "

Saya menerima sebuah (?) whatsApp dari seorang kenalan semalam (25/12/14). Kenalan itu menyebarkan whatsApp yang dihantar oleh kawannya, seorang doktor wanita yang berkhidmat di salah sebuah hospital di Negeri Kelantan yang terperangkap dalam banjir besar di negeri itu.  
Saya yang tidak pernah mengalami sengsara banjir, seperti kebanyakkan orang lain masih menganggap banjir di Negeri Kelanatan sekarang adalah seperti keadaan banjir pada tahun-tahun sebelumnya. Kononnya orang Kelantan telah mangli dengan banjir. Kononnya musim bajir umpama musim pesta tahunan di negeri yang didakwa oleh sebilangan penduduk negeri itu sebagai Serambi Mekah.
Namun, apabila  selesai membaca whatsApp itu saya seperti tidak percaya keadaan sebenar yang berlaku. Saya perturunkan isi whatsApp itu dengan sedikit suntingan ( termasuk tidak memaparkan idenditi penghantar asal whatsApp dan tempat sebenar (hospital) kejadian) untuk renungan pembaca yang sudi membacanya.
Marilah kita berdoa agar mangsa-mangsa diberi kesabaran, kekuatan dan selamat.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  

Let's pray for these flood victims

Air mmg masih menaik. Keluarga sy dh lari atas bukit.
Kami kt hospital masih bertahan.. bot pon xboleh sampai bawa bantuan sbb arus laju sgt.

Dgrnye army akan hantar bantuan melalui helikopter
Kalau air x surut2.. Esok mungkin akan evacuate patient  dgn heli sbb bekalan oksigen pun x tahan lama.

Bekalan elektrik dah putus satu bandar. Kami kt hospital guna generator... Mungkin tahan 24-48 jam, jimat cermat. Talian telefon slow2 nak putus dh, landline TM dah x berfungsi. Maxis n digi xdo line. Celcom boleh lg sikit2.

Kalau tgk berita, mereka tak cerita sgt pun how bad things are over here. They kept saying that situations are bad...tapi khabar berita ttg berapa teruk tu tak diberitahu pun.

Org sebarkan berita melalui whatsapp dan facebook...
It's like the nation doesnt really care.

Sibuk nak sambut tahun baru dengan artis? Pui.

My staffs are working round the clock. Orang sama je tak henti henti kerja.

Dapur gelap gelita... utk masak utk beratus2 org, kami cari lampu suluh dari wad, dari dewan bedah, dari ICU.

Kt XXXX...beribu2 org berlindung kt sekolah yg hampir tenggelam, duduk atas bukit yg hampir tenggelam. Sebuah heli bantuan pun x nampak.

Kami doktor bius duk fikir ttg patient icu yg bernafas dgn mesin. Kat kb, usm, semua dh penuh.

Air pun dah makin naik kt KB... Diorg tgh fikir nk pindahkan berpuluh2 patient yg bernafas dgn mesin kt sana, nak pindah ke mana?

Semalam ada pesakit meninggal, jasad dah hantar keluar dgn bot bomba, keluarganya masih terdampar kt hospital. Tak tahu nk g mana.

Hospital ni adalah tmpt paling selamat di Bandar XXX  skrg.

Kami masih ok...masih boleh fikir ttg makan, ttg pakaian, ttg ubat.

Belum fikir ttg mati dan tenggelam, tapi kami dah telefon keluarga masing2.... Pesan-pesan... kirim salam.

Some of our mothers are crying, but we are not yet worried about us dying. No, not yet, but the water keeps rising.

Selagi masih ada talian celcom/wifi, I'll try to tell our stories here.

Doakan kami deh. Kami dan keluarga kami... some of us here, rumah2 dah lesap tenggelam, kenderaan dah tenggelam.

Allahu rab.


4 ulasan:

  1. Allahhu akbar, sayu membaca ulasan dari keratan message hamba Allah ini. Marilah bersama menadah tangan mendoakan agar keadaan yang buruk menjadi pulih. Semuga semua selamat dan dapat meneruskan hidup lebih bermakna dan bersyukur kepada Illahi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Omong Mak Long,

      Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kita doakan mereka selamat.

      Padam
  2. Saudara Ujang kutik,

    Tak terkata apa saya membaca kelohan doktor ini.
    Semuga Allah lindungi mereka dan permudahkan segala kesulitan.

    BalasPadam
  3. Sdr Pak Mail,

    Mereka perlukan bantuan ketika dan selepas banjir.Kita doakan keselamatan mereka.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."