Rabu, 24 Disember 2014

RENUNGAN : SEDEKAH


Sebuah Masjid & Banjir Di Pantai Timur
Seorang lelaki kaya yang tidak berpuas hati kerana seolah-olah sumbangannya tidak dihargai setelah memberi sedikit wang kepada seorang lelaki tua miskin yang sedang tunduk berzikir bertanya kepada lelaki tua itu mengapa dia (lelaki tua) tidak memandang dan juga tidak mengucapkan terima kasih kepadanya.

Jawab lelaki tua itu (masih menundukkan muka ), " Andainya saya  berbuat sedemikian, tuan mungkin didatangi perasaan riak, ujub  dan menganggap saya terhutang budi kepada tuan, sedangkan tujuan asal adalah dengan niat ikhlas semata-mata.

Sedemikian, adalah lebih baik saya tidak mengenali siapakah yang ditakdirkan bersedekah kepada saya.

Cukuplah Allah  yang mengetahuinya.

Namun, jauh di dasar sanubari, saya berdoa semoga kehidupan  tuan dirahmati Allah."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."