Rabu, 7 Januari 2015

HUJUNG DISEMBER 2014

Saya meminta maaf kerana paparan ‘ entry ‘ kali ini ada di antaranya mungkin kurang disenangi oleh sesetengah pembaca kerana bersifat agak peribadi. Pembaca boleh mengabaikannya atau jika ingin turut serta mengongsi bacaan sila teruskan menjenguk.

MAJLIS PERKAHWINAN ' KENDURI SEKAMPUNG DI NEGERI SEMBILAN

Beberapa keping gambar yang saya ‘upload’ adalah intisari sentuhan melalui kamera telefon bimbit yang sangat terhad kekuasaannya ketika saya sekeluarga balik ke kampong di Negeri Sembilan pada akhir bulan Disember 2014 kerana menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan saudara.

Saya katakan bahawa sedaya upaya saya akan berusaha untuk menghadiri jemputan majlis perkahwinan khususnya masyarakat kampong di Negeri Sembilan. Selain dari tuntutan syarak kerana melunaskan jemputan, saya sangat-sangat teruja (suka sangat) dengan masakan lauk pauk daging kerbau/lembu yang disediakan secara gotong royong oleh masyarakat kampong semasa majlis perkahwinan.    
Daging kerbau/lembu dimasak dalam dua jenis masakan – daging masak kuning (cili api) dan daging masak rempah (kari). Mungkin ini adalah di antara factor yang membuatkan anak-anak perantau Negeri Sembilan rela memandu beratus kilometer untuk turut serta meraikan majlis perkahwinan saudara mara di kampong.
Tetamu boleh makan seberapa banyak kerana tiada sesiapa yang memantau. Kebiasaannya tuan rumah menyembelih sekurang-kurang seekor kerbau/lembu. Justeru itu, saya dapati ramai tetamu yang mengambil lauk terlalu banyak. Ada di antaranya objek nasi tidak kelihatan kerana ditutup oleh timbunan lauk daging kerbau/lembu. Tiada syak lagi, perbuatan tersebut tidak baik – hodoh!   
Saya telah agak lama tidak balik ke kampong, iaitu selama hampir 3 bulan.
Ketika balik kampong  saya dan keluarga seperti biasa bermalam di rumah pusaka peninggalan arwah ibu yang kini diwarisi oleh adek perempuan (saudara kandung tunggal) dan keluarganya.
Sepertimana yang saya pernah paparkan pada entry yang lalu bahawa bahagian belakang kawasan rumah keluarga di kampong ditanam dengan berbagai jenis sayuran. Malah, mereka (keluarga di kampong) telah menjadi juara dalam pertandingan menanam sayur di kawasan rumah ( Poghark) Daerah Rembau.    

Bagaimanapun, perkara yang menjadi perhatian saya ketika balik kampong pada kali ini ialah wujudnya seni hias landskap baharu di halaman rumah keluarga di kampong.  Saya dapati halaman rumah kini dihiasi pula dengan tanaman bunga-bungaan jenis renek berbagai warna yang subur dan cantik.

Secara perbandingan, saya malu dengan kerajinan ahli keluarga di kampong. Malu kerana kawasan rumah teres sendiri yang sekangkang kera di bandar tidak teruruskan kerana (mungkin) ‘ sibuk ’.   



7 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum sdr Ujang Kutik
    Seronoknya cerita kenduri dan taman di rumah kampung tu!. Saya rasa lebih seronok lagilah si tuan rumah yang kita ra'ikan kendurinya dan si tuan rumah yang kita kagumi taman bunganya.

    Selamat berada di tahun baru 2015. Semoga sentiasa dalam peliharaan Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abang Temuk,

      Waalaikomsalam.

      Saya sangat berbesar hati apabila Abang Temuk datang ziarah blog saya.

      Terima kasih.

      Padam
  2. ujang kutik,

    Hiasan sisi blog 'ujang kutik' ini pun semakin menarik pada perasan saya.. hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Jujur. Saya membayangkan kekuasaan kamera saudara ketika kuntum-kuntum bunga di taman.

      Padam
    2. ...ketika membedek kuntum-kuntum..

      Padam
  3. Rajin menanam pokok bunga di keliling rumah buat saya teringat abah saya. Rumah saya di kampung semasa hayatnya memang dipenuhi dengan pokok bunga daripada jenis hijau hingga ke jenis orkid yang pada sesetengah orang susah untuk menjaganya hingga berbunga.

    Hari ini kawasan rumah saya suram dan semak. Anak-anaknya yang 9 orang ini tiada siapa pun mewarisi sejuk tangan abah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr IM,

      Keluarga saya di kampung adalah pesara dalam bidang pertanian. Minat, usaha dan ilmu membuahkan hasil yang membanggakan.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."