Isnin, 2 Februari 2015

' MENTERI-MENTERI UNDANG LUAK REMBAU '



Saya anak Rembau, iaitu salah sebuah luak (daerah) dalam negeri yang mengamalkan Adat Perpatih, Negeri Sembilan. Catatan ini adalah mengenai struktur kabinet dalam ' Kerajaan Adat Perpatih Rembau ' .  

Saya menulis catatan ini di atas kapasiti sebagai anak Rembau biasa yang tidak mahir dengan istilah-istilah khusus yang digunakan oleh pakar-pakar Adat Perpatih. Sebagai contoh, struktur ' Kerajaan Adat Perpatih ' di luak Rembau yang diketuai oleh Undang Luak Rembau dan dibantu oleh barisan pegawainya yang  diungkapkan dalam terma adat sebagai ' Orang Besar Adat ' atau Tongkat Sokong Pada Lembaga '.
 
Siapa atau apakah institusi ' Undang Luak '?

Undang-Undang Luak berada pada kedudukkan di bawah ( kedudukkan kedua) selepas Yamtuan Besar Besar Negeri Sembilan dalam hiraki kerajaan Negeri Sembilan. Selepas itu, barulah kedudukkan Menteri Besar.

Secara mudahnya, Undang Luak adalah individu yang dilantik dari kalangan anak Suku Biduanda (sahaja) untuk mengetuai Sistem Adat Perpatih di sesebuah luak. Penjawat jawatan Undang Luak menjawat jawatan itu sehingga ke akhir hayat. Sungguhpun demikian, Undang Luak boleh dipecat di atas sebab-sebab yang ditetapkan. 

Jawatan Undang Luak adalah jawatan bukan warisan keturunan sesebuah keluarga. Anak lelaki ( lelaki sahaja yang layak menjadi Undang Luak ) seseorang Undang Luak tidak boleh mewarisi jawatan Undang Luak.

Ini berlaku kerana anak lelaki/perempuan seseorang Undang Luak (suku Biduanda) tidak dinasabkan pada suku ayahnya ( Suku Undang Luak - Suku Biduanda) tetapi mengikut suku ibunya (Suku isteri Undang Luak). Justeru itu, anak lelaki/perempuan Undang Luak bukan dinasabkan pada Suku Biduanda. Anak Undang Luak dinasabkan pada suku ibunya.

Kalau ibunya dari suku Tanah Datar, maka semua anak-anak Undang Luak lebur dalam Suku Tanah Datar. Namun, jika anak lelaki Undang Luak (Suku Tanah Datar) berkahwin dengan wanita dari keturunan Suku Biduanda, maka cucu Undang Luak melalui perkahwinan anak lelakinya dengan wanita Suku Biduanda akan disukukan kepada Suku Biduanda. Saya percaya mungkin pembaca dari kalangan bukan anak Negeri Sembilan perlu mengambil masa untuk memahami perkara ini.

Katakanlah seorang Undang Luak meninggal dunia. Pengganti beliau akan disaring dari kalangan anak adat lelaki Suku Biduanda di sesebuah luak itu. Semua anak adat suku Biduanda secara umumnya layak untuk dipertimbangkan/saring menjawat jawatan Undang Luak yang kosong tanpa mengambil kira status ekonomi atau sosial mereka - ahli politik, pegawai tinggi kerajaan, kakitangan rendah, pesara, ahli perniagaan dan sebagainya.

Bagaimanakah ' status ' Undang Luak dalam hiraki sosial hari ini?

Nama asal jawatan Undang Luak ialah  Penghulu. Penjenamaan jawatan Penghulu kepada Undang Luak dirasakan menepati status dan aura Undang Luak yang menzahiri institusi itu. Undang Luak ialah umpama ' Raja Kecil ' di sesebuah luak dalam sistem Adat Perpatih.

Seseorang Undang Luak disediakan imbuhan bulanan yang bersesuaian dengan kedudukkannya, sebuah kediaman rasmi seumpama ' Istana Kecil ' yang dikawal 24 jam, kenderaan rasmi berjenama, ' rider police ' ketika menghadiri majlis-majlis rasmi dan lain-lain lagi kemudahan dan keistimewaaan.
  

Orang kata sistem melantik kabinet kerajaan Adat Perpatih di Negeri Sembilan adalah amalan demokrasi tertua dan masih diamalkan sehingga hari ini di negara ini.

  • Jika saya ditanya mengenai kebenaran dakwaan itu, saya akan menjawab, " Benar, mengikut system demokrasi Adat Perpatih Negeri Sembilan. Tidak berapa tepat jika dibandingkan dengan sistem demokrasi yang diamalkan di Negara ini."    
In ruling the day-to-day affairs of the luak, the undang had a council of advisers, that is, the Orang Besar Undang (Ministers to the Undang), who were also called as Pegawaz" Pada Undang (Officials of the
U ndang) or Tongkat Sokong Pada Lembaga (Supports of the Lembaga)
There were four of them:

1. Datuk Raja Diraja from Suku Biduanda Jakun, who assumed the duties of secretary to the undang and         was in charge of the religious affairs
2. Datuk Menteri Lela Perkasa, also from Suku Biduanda Jakun, who was responsible for all judicial cases       of the state
3. Datuk Mangkubumi from Suku Biduanda Jawa whose responsibilities were collecting land revenues and        keeping account of the total state revenue besides looking after the treasury
4. Datuk Shahbandar from suku Biduanda Jakun and suku Biduanda Jawa by rotation who was responsible      to collecting import duties

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."