Isnin, 9 November 2015

MENUNGGU SOLAT DI SEBUAH MASJID

Telah agak lama aku bersabar untuk jatuhkan hukuman mungkin paling kejam, tanpa ada belas dan kasihan.

Aku sukakan ketrampilan yang kamu peraga dari hujung rambut hingga hujung kaki;
Pada wangian kasturi yang turut singgah menusuk deria bauku
Pakaian kamu yang cantik dan bermutu Manifestasi segugus janggut yang tersangkut di dagu
Paling akuasyiki solat sunat kamu yang tertib dan panjang
Barangkali kamu orang hebat yang berpangkat.

Jika nanti orang bertanya tentang mahalnya sekuntum senyum dan huluran salam yang membunuh satu juzuk kesempurnaan, aku akan katakan kedua-duanya ada pada kamu. Itu sahaja.

2 ulasan:

  1. susah nak dapatkan solat yang tertib dan panjang. yang dilihat tenang...

    BalasPadam
  2. Zahir nampak tenang dan kusyuk, dalam hati sukar.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."