Selasa, 15 Disember 2015

Kawan Ku Sudah Tukar Ketayap

Kawan ku sudah menukar ketayap
Yang pernah dijunjungnya
Sejak rambut hitam hingga puteh kristal.

Ketayap itu lambang kebenaran, katanya!

Ketayap yang lama
Getir ujiannya;
Pangkat tidak dapat
Dicampak bertugas merata tempat Diugut
Pernah bersejuk dan digigit nyamuk dalam lokap
Berpanas berhujan mendengar ceramah pemimpin agungnya
Di ladang kelapa sawit, sawah terbiar, celah rumah setinggan.

Dia tetap tegar selama itu
Katanya patriotik, "Biar disembelih, tidak akan undur! "
Kawan ku
Sudah menukar ketayap
Aku kehairanan.

IBRAHIM SALEH
Ampang, Selangor
15/12/2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."