Selasa, 18 Oktober 2011

kenalan di cukai, kemaman

Mulai Ahad, 16 Oktober 2011, saya dan dua orang lagi rakan sekerja berada di Bandar Cukai, Kemaman, Terengganu.Kami dijangka akan berada selama 5 hari di bandar yang jaraknya hampir 100 kilometer ke selatan  Kuala Terengganu dan kira-kira 40 kilometer dari telaga minyak Negeri Terengganu, Kerteh.

Sungguh pun kebanyakkan bangunan di bandar ini terdiri daripada bangunan lama,  pesona pemandangan bandar di kuala sungai ini agak menarik. Bandar ini sibuk dan meriah dari awal pagi hingga ke malam. 
Kebanyakkan warung-warung makanan yang dibuka dari awal pagi hingga larut malam dipenuhi oleh pengunjung. Bandar ini juga menjadi tumpuan kaki pancing. Kaki-kaki pancing dari sejauh Kerteh 'melampiaskan' hobi mereka di sepanjang tepi kuala di sekitar kawasan Persiaran Cukai dari awal petang hingga ke pagi esoknya.

Saya berkesempatan berkenalan dengan seorang pemancing tegar, pesara Petronas dari Kerteh, 40 kilometer ke utara Bandar Cukai. Di dalam seminggu dia akan datang memancing di Cukai sekurang-kurangnya empat kali.Aduhh...............

Dia memaklumkan bahawa peralatan memancingnya mencecah nilai RM25,000.00. Aduhhh........Tali pancing joran 15 kaki ( saya mula memahami istilah pemancing) yang dibawanya bernilai RM300.00 .Aduhh....... Belum lagi joran 'hanabax' atau mesin yang saya lupa jenamanya. Aduhh..........

Saya juga diperkenalkan kepada istilah-istilah 'jackpot' dan beberapa istilah lagi yang saya terlupa.

Pun demikian, saya yang 'menemaninya' di tepi kuala Pesiaran Cukai itu selama hampir dua jam akhirnya meminta diri untuk balik ke bilik hotel. Selama hampir dua jam, tiada seekor anak ikan pun yang naik. Aduhh.........   Pun demikian, beliau tidak serik. Pasti, beliau  akan datang lagi pada esok hari.

Kini, saya mula menyedari bahawa kaki pancing ialah golongan yang sabar dan tidak mudah berputus asa. Ya, mereka pejuang!  
 


4 ulasan:

  1. Pekan Chukai mengingatkan saya Natrah anak orang Belanda yang menimbulkan kejadian rusuhan di Singapura dahulu.

    Natrah pernah bersekolah di pekan ini. Saya sekadar baca sejarahnya sahaja.

    Namun saya belum berkesempatan sampai di pekan ini.

    BalasPadam
  2. Tuan Ujang,
    Mahal tuu...peralatan mancing dia...
    Ye lah..orang dah pencen..
    mungkin fokus terhadap hobi akan lebih mendalam ..

    Bila Tuan Ujang nak pi mancing..ekeke....

    BalasPadam
  3. Sdr Pak Mail,

    Ada yang saya 'sorokkan' di sebalik keindahan fenomena alam bandar di kuala sungai ini.Di tengah-tengah bandar Cukai ini ada penempatan manusia sebangsa kita.

    Rumah mereka sangat buruk dan kusam.Saya ada mengambil gambar tetapi saya tidak sampai hati memaparkannya di dalam blog.

    BalasPadam
  4. Sdr theolrascal,

    Itu kegigihan kaki pancing di Terengganu.Saya ada satu lagi pengalaman dengan pemancing tegar ketika di Temerloh.

    Kami berjumpa dengan ex-commando yang memancing seorang diri di Sungai Pahang. Tempat tersebut terpencil-boleh dikatakan tengah hutan.(Panjang ceritanya bagaimana kami sampai ke situ).

    Mesejnya, dia mula memancing seawal pagi tetapi 'baru' jam 6.30 petang, seekor pun belum dapat. Tetapi dia ceria dan bersantai seorang diri di dalam hutan.Ya, dia ex-commando.

    Kaki pancing memang pejuang.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."