Rabu, 9 November 2011

pekan ku Kota,negeri sembilan



Pekan Kota, sebuah pekan kecil yang terletak 10 kilometer ke selatan Pekan Rembau, Negeri Sembilan ini tidak banyak berubah sejak berdekad yang lalu. Dua deret rumah kedai usang di kiri-kanan jalan besar Tampin-Seremban masih setia melansungkan kewujudan pekan ini.

Kalau ada pun sedikit perubahan ialah sederet bangunan rumah kedai yang dibina sekitar 5-6 tahun yang lalu. Selain itu, pekan ini ada sebuah balai polis, bangunan pejabat pos dan sebuah stesen minyak Petronas. Itu sahaja. 


Senario masa kini Pekan Kota seperti tidak sepadan dengan gah dan gemilang tempat ini lima abad yang lalu. Sesiapa yang menekuni sejarah awal peradaban dan perkembangan Adat Perpatih akan turut mengakui bahawa di bumi Kota inilah terbinanya asas perkembangan adat tersebut di Daerah Rembau.  

Blog ‘Nagari Nan Tuo’, mencatatkan bahawa nama purba ‘Kota’, ialah ‘GOMBIGHO’(Gembira ) di dalam catatan beliau, ‘Sejarah Ringkas Rembau’. Dikatakan bahawa kampung ini telah dibuka oleh penduduk asal, Batin Pak Nilu di sekitar tahun 1502.  

Bagaimanapun, nama Kampung Gombigho telah ditukar kepada Kampung Kotor (sekarang dinamakan Kota) oleh Datuk Bungkal binti Batin Sekudai. Datuk Bungkal, dari keturunan Orang Asal Suku Jakun, ialah anak angkat kepada Datuk Leteh, yang berasal dari Tanah Minangkabau.

Rentetan sejarah mengenai penempatan awal di Kampung/Pekan Kota agak panjang. Dipendekkan cerita, Datuk Bungkal binti Batin Sekudai telah berkahwin dengan pembesar dari Tanah Minangkabau, Datuk Lela Balang di Kampung Kotor (Kampung Kota Lama).

Anak lelaki pasangan itu (Datuk Bungkal binti Batin Sekudai dan Datuk Lela Balang), Datuk Sri Rama bin Datuk Lela Balang, telah di’kerjankan’ sebagai Penghulu Rembau (sekarang dipanggil Undang Luak Rembau) yang pertama di Kampong Kota di sekitar tahun 1540.

Dari keturunan anak perempuan pasangan Datuk Bungkal binti Batin Sekudai dan Datuk Lela Balang juga lahirnya keturunan elit Suku Biduanda Lela Maharaja. Dalam sistem Adat Perpatih di Rembau, anak lelaki dari Suku Biduanda Lela Maharaja sahaja yang layak menyandang jawatan Undang Luak Rembau dan juga jawatan-jawatan penting yang lain secara bergilir dengan keturunan dari Suku Biduanda Sedia Raja. Keistimewaan tersebut kekal hingga ke hari ini.

Catatan ini tidak mengharapkan agar Pekan Kota dibangunkan seperti pendekatan membangunkan pekan/bandar yang lain – sekadar membina bangunan rumah kedai yang cantik tetapi semua peluang perniagaan dibolot oleh pihak luar yang lebih mahir berniaga. Kalaulah sedemikian, biarlah keadaan pekan ini seperti seadanya. Untuk rekod, penglibatan orang Melayu/Islam di pekan ini cuma melalui sebuah kedai runcit (India Muslim), sebuah kedai gunting rambut dan dua buah kedai makan yang di dalam keadaan ‘hidup segan mati tidak mahu.’  

Saya mempunyai banyak memori indah dengan pekan ini. Sekurang-kurangnya masih ada nostalgia yang mengingatkan saya dengan pekan ini. Pekan ku, Kota.  

      
“Poi pokan naik basika
Tongah haghi tongah paneh
Apo dayo motong gotah
Apo nak dikato
Kalau boleh nak jadi cikgu sekolah
Kek Kolo Pilah.”

5 ulasan:

  1. Bang,,, bilo lah POKAN KOTO ni nak di bersih klan ??? hehehhehehhehehhe apo lak tak amik gamba opis YB ADUN KOTO sekoli????

    BalasPadam
  2. Sdr Pak Oncu,

    Rembau Selatan (DUN KOTA) seperti dianaktirikan.Asyik Chembong & Pedas!

    BalasPadam
  3. Biaso lahhh ,,, Mat Hasan n the geng bukan suko bomna dgn Awal... ika Abg Ujang tengok Banner kat pokan ghombau tu ada kalo nyo gambar Awal pun tak di masuk kan nyo,,

    BalasPadam
  4. Terimo kasih bang krn infonya..sey memang ghoma dondonga crito sejarah suku dondo nih. Sbb sey suku dondo.hehe.tapi bang sey nk tanyo dan abg tloglh kupeh an skit kenapo org luar tak ghoma org ghombau..klu org ghombau buek salah sikit yommdiorg akan koba..“Biasolh.. Ghombau seghombau ghombau eh.. Pakuang saado alah eh“..camano tu bang?

    BalasPadam
  5. Sdr rombau sorombaunyo,

    Terima kasih kerana singgah kek blog se.

    Oghang semenda samada Orang Nogoghi atau luar sebenarnya untung banyak. Dapek hasil gheta posaka bini secara terpijak.Kok nak ada namo dalam geran carilah/usahalah sendiri.

    Kononnya, oghang Minangkabau pobah ditipu oleh oghang Gombau.Janji nak kahwinkan dgn anak dara tetapi dapek janda.Itu sobab ee dio marah bonar dgn oghang Ghombau.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."