Sabtu, 17 Mac 2012

dilema; orang negeri sembilan, orang minangkabau



                 Gambar Hiasan Dari Google

Benar, dalam tubuh biologi Orang Negeri Sembilan mengalir darah keturunan Minangkabau. Namun demikian, darah Minangkabau Orang Negeri Sembilan tidaklah sepekat darah 'original' Minangkabau Orang Minangkabau di Beranang dan Gombak, Selangor atau peniaga di Wisma Yakin, Kuala Lumpur. 

Darah Minangkabau Orang Negeri Sembilan tidak lagi 'original'. Darah Minangkabau Orang Negeri Sembilan adalah cernaan darah pendatang Minangkabau dan darah penduduk asal Negeri Sembilan. Malah, ada versi sejarah yang menyatakan bahawa terdapat juga  darah keturunan Orang Siak dalam tubuh biologi Orang Negeri Sembilan.

Selain itu 'kepekatan' darah Minangkabau dalam tubuh biologi Orang Negeri Sembilan telah cair oleh cernaan evolusi persekitaran lurah, bukit bukau, gunung ganang, tobek dan paya dan elemen manusia di Negeri Sembilan selama tempoh melebihi lima (5) abad..

Hakikatnya, Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan juga telah melalui fasa-fasa evolusi. Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan tidak sama dengan Adat Perpatih di Tanah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia.

Adat Perpatih yang diamalkan oleh Masyarakat Negeri Sembilan (dan Naning, Melaka) adalah gabungan sekurang-kurangnya tiga sistem kemasyarakatan iaitu; Sistem Adat Minangkabau yang terdiri daripada tiga sistem - Adat Nan Tigo, Adat Elok Baleh dan Adat Tuah Disakato, Sistem Adat Tempatan Siak dan Sistem Adat Tempatan Negeri Sembilan (Adat Benar).

Sedemikian, mungkin faktor-faktor di ataslah yang menyebabkan perhubungan dua kelompok yang seketurunan, yaani Orang Minangkabau Asal (contohnya di Beranang dan Gombak, Selangor) dengan Orang Negeri Sembilan tidak berada di tahap 'istimewa'. Perhubungan tersebut cuma pada aras perhubungan biasa sahaja.

Dalam erti kata yang lain, Orang Negeri Sembilan tidak akan mendapat layanan yang istimewa semasa membeli songkok dengan peniaga keturunan Minangkabau di Wisma Yakin, Kuala Lumpur. Dan begitulah juga sebaliknya apabila Orang Minangkabau dari Wisma Yakin ingin membeli lemang asli di Negeri Sembilan.       

Ini adalah dilema dua kelompok masyarakat yang seketurunan. Nak buek macam mano!


   

5 ulasan:

  1. Salam saudara ujang,

    apo nak dikato kito serupo tapi tak samo....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr azmnor,

      Ya, kito oghang noghoghi sombilan.

      Padam
  2. salam,aku berminat nak kaji pasal minangkabau di kmpung ni..boleh x bagi no phone pihak2 yg ptut aku hubungi??

    BalasPadam
  3. org nogori lbh mgangkt adat mlbihi agama.aku x suka la...kturunan indon.ptut kolo pn...

    BalasPadam
  4. Sebenarnya semua orang melayu masih kuat mengamalkan adat..adat bukan sahaja pada orang negeri sembilan..paling mudah dalam hal2 perkahwinan..mana2 negeri pun kita pergi adat tetap ada adat2 yang di pakai. Soal org n9 melebihkan adat dari ugama tidak berlaku...adat bersandikan hukum..hukum bersandikan kitab AlQuran. Ada 2 perkara yg sering dipersoalkan:
    1. Larangan nikah satu suku
    2. Harta pusaka milik wanita
    larangan adat supaya tidak kahwin sesuku yg bersaudara bukanlah hukum..tetapi seboleh2 nya di elakkan..tetapi bila telah dinasihatkan masih juga mahu berkahwin maka akan dikaji sejauh mana susur gakur keturunan itu. Kalau emak pasanganini adik beradik atau saudara terdekat maka tidak diizikan..begitu jugalah sebaliknya...akan tetapi jika pasangan yg sesuku ini sudah jauh ikatan saudaranya maka bolehlah dikahwinkan dengan syarat salah satu dari mereka akan keluar dari
    suk tersebut...(aturan adat keluar suku akan dijalankan). Sepatutnya penjelasan ini mesti didengar dari org yg paham tentang adat. Jika org yg tidak paham menerangkan perkara ini akan disalah tafsir.
    Berkenaan harta pula wanita akan mewarisi..ini hanya yg termaktub apa yg telah digazetkan dalam enekman tanah adat sahaja..dalam keluasan n9 kira2 664591 hektar tanah adat cuma 13981.94 hektar iaitu 2.104% dari jumlah keseluruhan..hanya 2% sahaja yg digazetkan. Ini bermakna tanah2 lain berstatus tanah pusaka saja. Tanah yg menjadi milik wanita n9 adalah tanah pusaka adat dah tanah pusaka sahaja. Jadi lain2 tanah seperti kawasan bandar dan felda adalah bukan tanah pusaka adat atau tanah
    Pusaka. Jadi pembahagian tanah2 ini menikut faraid/wasiat. Untuk makluman, tanah pusaka adat dan tanah pusaka adalah merupakan wasiat turun temurun untuk di beri kepada wanita atas persetujuan lelaki pada masa dahulu. Bukankah berwasiat itu digalakkan dalam islam.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."