Rabu, 30 Mei 2012

tua

Saya dan isteri hari ini menunaikan solat asar di sebuah masjid dalam kawasan perumahan di Shah Alam. Sebelum sampai ke kawasan masjid, kami terpaksa melalui beberapa sekatan pengawal keselamatan. Ini adalah fenomena di kawasan perumahan sekitar Lembah Klang sejak 2-3 tahun kebelakangan ini. Kawasan-kawasan perumahan di sekitar Lembah Klang tidak lagi selamat walaupun di siang hari.
Ketika di dalam masjid saya membuat ‘bancian’ terhadap jumaah lelaki yang hadir menunaikan solat Asar secara berjumaah - bilangan dan pola usia jumaah. Bilangan yang hadir berjumlah 22 orang. Usia: 17 orang berusia 45 tahun ke atas. Selebihnya ialah orang muda.
Bagaimanapun, ketika menulis catatan ini (di sebuah restoran Mamak), saya baru teringat bahawa seorang jumaah dewasa (orang tua) tidak saya kira. Apabila dikira semula, jumaah dewasa sepatutnya 18 orang dan orang muda, 5 orang. Ini menjadikan yang hadir menunaikan solat Asar di masjid itu sebanyak 23 orang.  
Jumaah dewasa (orang tua) yang tertinggal @ terlupa saya kira tersebut ialah saya, ujang kutik.
Benarlah, kebanyakkan di antara kita (khususnya saya), kadang-kadang terlupa diri sudah tua! Begitu juga tentang kematian; sebilangan kita (khususnya saya) saban hari mendengar kematian tetapi lupa bahawa kematian itu amat dekat dengan sesiapa sahaja, khususnya orang tua.  

6 ulasan:

  1. heheheh sey ingat abg mudo laie ,,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Pak Oncu,

      Teringat, 'my class mate' & my monitor too,Mr Lan Bungko of Kg.Batu .

      Padam
  2. Ujang Kutik,

    ahahaha..
    kalau di fikirkan seronok menjadi dan melalui kehidupan
    sebagai orang yang sudah tua ni sebenarnye..

    bukan kah kita sudah berada di puncak...hehe

    BalasPadam
  3. Sdr theolrascal,

    Kadang-kadang dilema;takut panggil seseorang Abang atau Kakak kerana bila ditanya umur, umur kita lebih tua.Kalau panggil Abang, pangkat pakcik pula kerana anaknya seusia kita.Kadang-kadang,bukannya acapkali.

    BalasPadam
  4. Saudara Ujang...,

    ....." Jerat tidak pernah melupakan peladok, tapi peladok yang selalu melupakan jerat..." Allahua`lam

    BalasPadam
  5. Sdr azmnor,

    Memang tepat ungkapan saudara itu.Sama-samalah kita bersiap sedia sebelum jerat memerangkap kita (mesti kena).T.Kasih kerana dakwah ini.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."