Sabtu, 15 September 2012

MALAYSIA : MASYARAKAT MAJMUK PERLU DIDEFINASI SEMULA

Warga kota kosmopolitan Kuala Lumpur yang cuma berulang-alik pada paginya dari rumah - pejabat dan petangnya pejabat - rumah dengan kereta dan menduduki kawasan perumahan biasa atau lebih-lebih lagi perumahan mewah, tidak terasakan sangat petunjuk betapa majmuknya warga kota sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sementara itu, anak-anak sekolah khususnya di luar bandar, masih tekun menghafal bahawa masyarakat majmuk di negara ini adalah Melayu, Cina, India dan Serani. Hafalan itu tidak ada salahnya jika definasi masyarakat majmuk dibataskan kepada golongan warga negara sahaja.

Bagaimanapun, janganlah kita menjadi 'sengal' (saya meminjam ungkapan yang selalu digunakan oleh rakan blogger 'Pak Oncu' dalam blog beliau) dengan memaksa diri memahami definasi masyarakat majmuk seperti yang difahami oleh anak-anak di sekolah rendah sedangkan realitinya definasi sedemikian telah tamat tempoh boleh guna - 'Expired'!

Landskap baru dan impak kewujudan pendatang asing di negara ini khususnya di kota kosmopolitan Kuala Lumpur, Klang dan beberapa buah bandar lain samada kita suka atau sebaliknya terpaksa diterima dan tidak dapat dinafikan lagi.

Sedemikian, definasi 'semasa' mengikut bangsa atau etnik masyarakat majmuk di negara ini bolehlah dinyatakan seperti ini : Melayu, Cina, India dan diikuti Indonesia, Bangladesh, Myanmar (Bangsa yang menghalau etnik Rohingya), Cina (Republik Cina), Awang & Minah Afrika (American Africa ,Ghana,...), Latin Amerika, Vietnam, India (Benua Kecil India), Iran, Arab, Korea, Filipina, dan banyak lagi. Etnik minoriti Portugis di Melaka tenggelam di tengah-tengah kebanjiran pendatang asing dari setiap penjuru dunia.

Bagaimana hendak menafikan atau mengabaikan hakikat yang wujud di depan mata?

Kedatangan golongan ekspatriat dan usahawan luar yang agak ramai juga bilangannya terbatas pada sekitaran elit. Setakat ini kelompok ini dilihat tidak mengacau ganggu status quo tempatan. Kedatangan mereka dialu-alukan.

Bagaimanapun, yang amat membimbangkan dan merimaskan ialah kedatangan tidak terkawal pendatang ekonomi dari negara-negara miskin dan bermasalah. Benar, operasi di bidang-bidang tertentu seperti perkilangan, perkhidmatan dan  pembinaan di negara ini mungkin akan lumpuh tanpa kehadiran mereka. Bagaimanapun, entah di mana silapnya, kehadiran mereka menjalar dan meresap hampir ke setiap gerak nadi kota. Keadaan ini, tidak sepatutnya berlaku.

Banyak kes jenayah dilaporkan melibatkan mereka. Suasana kejiranan di kawasan-kawasan perumahan yang mereka dudukki tidak lagi menenangkan - kacau ganggu, mabuk, dadah, pergaulan bebas lelaki perempuan.

Mereka juga mempunyai keberanian dan 'seolah-olah dibiarkan' menjalankan perniagaan secara haram - mereka menguasai pasar-pasar malam, warung-warung, pasar-pasar basah, bengkel-bengkel (misalnya, bengkel kerja besi), kedai-kedai tepi jalan. Pihak berkuasa dikatakan menemui jalan buntu untuk mengatasai masalah ini kerana halangan teknikal. Kononnya, mereka menggunakan lesen penduduk tempatan secara ali baba. 

Di beberapa kawasan tertentu mereka telah lama mewujudkan 'colony kebangsaan' masing-masing. Telah ada little Jakarta little Filipina dan little Dacca. Wuhhhh.......

Senario dan stigma kebejatan ini telah lama ditanggung akibatnya olah warga tempatan golongan biasa atau bawahan, yaani mereka yang berkongsi dengan pendatang menggunakan pengangkutan awam, mendiami kawasan perumahan rumah pangsa/kos rendah dan juga yang bersaing berniaga di gerai-gerai makanan, pasar-pasar malam dan bengkel-bengkel.       

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya mencadangkan supaya anda sekali sekala menggunakan pengangkutan awam. Anda akan dapat merumuskan betapa tenatnya permasalahan ini apabila mengira nisbah penduduk tempatan dengan pendatang di dalam bas/LRT yang anda naiki. Jika anda seorang warga emas, jangan harap akan disantuni oleh anak muda pendatang asing yang terus duduk tanpa rasa bersalah di kerusi berhampiran sisi anda berdiri.

Juga, sekali sekala ziarahlah rakan-rakan yang mendudukki kawasan perumahan/penempatan yang didudukki oleh pendatang asing. Lihatlah dan nilailah 'kerosakkan' tatasusila yang dilakukan oleh segolongan pendatang yang 'kurang ajar'.

Entah di mana silapnya, negara sekecil ini seperti hilang punca menangani permasalahan yang semakin hari semakin membarah!
    

2 ulasan:

  1. tu la kalau asyik dengan politik kocek. negara pun lintang pukang...

    BalasPadam
  2. Sdr IM,

    Saya mengikuti cacatan demi catatan 'diri sendiri' sdr.

    Saya suka catatan sdr untuk meyakinkan diri untuk hadir ke majlis hari raya sebuah parti politik.

    Saya juga suka catatan sdr ' politik kocek'. Saya ingin sampaikan tetapi tidak diluahkan.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."