Isnin, 17 September 2012

BLOGGER SINGKEK PUN KARYANYA DIREMBAT

Saya telah lama menyedari bahawa catatan ke-2 saya dalam dunia blog, tahun 2009, disiarkan 100% dalam sebuah blog berpengaruh yang berpengkalan di Negeri Sembilan. Saya tidak menghiraukan perkara itu. Tajuk catatan saya yang bertarikh 30 Oktober 2009 itu ialah 'anak negeri sembilan'.  
 
Bagaimanapun, awal pagi tadi saya terbaca lagi secara tidak sengaja catatan saya itu di dalam blog berkenaan. Menyedari mungkin akan timbul fitnah yang menuduh saya pula menciplak 'entry' di dalam blog ternama itu, saya meninggalkan ulasan yang berbunyi :.

"Sdr tuan punya blog,

Den sodih, catatan yang den tulih semasa mula-mula berblog dipampangkan dalam blog tuan tanpa sedikit pun minta izin pada den. Apa pun den maafkan sobab catatan ini dihasilkan masa den tengah 'training' berblog'."

Sejujurnya, saya tidak mempunyai sebarang perasaan tidak baik kepada blogger popular itu. Cuma saya berjaga-jaga agar tidak dituduh menciplak KARYA (karya?) saya sendiri. Itu sahaja.

5 ulasan:

  1. Saudara Ujang Kutik,

    Itu tandanya karya saudara mempunyai 'class'. Karya yang berunsur maklumat, buah fikiran yang bernas dan pandangan-pandangan yang kritis.

    BalasPadam
  2. Sdr Pak Mail,

    Terima kasih kerana mengingatkan dan memberi pandangan dari sisi positif.

    BalasPadam
  3. Ujang kutik,

    Cuba tuan acah2 sikit.
    Acah masa kini berbunyi begini..

    '' kalau tak bagi due kredit tu ke blog Ujang Kutik dalam masa 7 hari saya saman 10 juta..''

    ekeke...

    BalasPadam
  4. Sdr theolrascal,

    Saya sedang memikirkan saranan saudara. He..he

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."