FENOMENA
YB Khairy bin Datuk Jamaluddin bin Penghulu Abu Bakar Al-Gadungi Al-Rembawi
sedang melanda negara sekarang! Begitulah lebih kurang gambaran saya yang
akan mudah disalahertikan mengenai ‘selebriti politik’ masakini itu.
“
Tiba-tiba ramai orang ingin berkawan dengan KJ ”. Begitulah tajuk salah sebuah
akhbar bukan arus perdana semalam (17/5/13).
Hakikatnya,
lama sebelum YB KJ dipilih sebagai Menteri KBS, beliau telah sedia dikagumi
oleh kawan dan lawan termasuk tokoh yang hebat-hebat, tanpa menafikan masih ada
juga yang terus membenci dan curiga termasuk di kalangan keliling-kelalak beliau
sendiri.
Berbanding
dengan sepupu beliau di sebelah bapa, Datuk Shaziman bin Abu Mansur yang tidak
kurang terkenalnya itu, yang pekat darah Kg. Gadungnya (Kg. Gadung ialah nama kampung ayah
dan ibu Datuk Shaziman dan juga ayah YB KJ di Daerah Rembau, Negeri Sembilan), darah
‘Nogoghi’ yang mengalir dalam tubuh YB KJ tidak sepekat darah sepupunya itu.
 |
| Gamitan Alam Semula Jadi Di Kaki Gunung Datuk |
Darah
yang mengalir dalam diri YB KJ adalah campuran darah Gadung (Nogoghi) di
sebelah bapa dan darah Kedah di sebelah ibundanya. Mengikut sistem Adat
Perpatih, YB KJ bukan anak adat sebab ibundanya bukan anak Negeri Sembilan. Suatu
ketika musuh poltik beliau menggunakan isu ini dalam usaha melemahkannya.
Bertitik
tolak kepada elemen ini, YB KJ pada awalnya boleh memilih lokasi untuk
memulakan kerjaya politiknya, samada di Negeri Sembilan atau Kedah.
Cucu
kepada tokoh tempatan yang berpengaruh, Penghulu Abu Bakar ini telah memilih Kg.
Gadung, Rembau di Negeri Sembilan, daerah asal usul ayah/datuknya untuk
memulakan kerjaya politiknya. Situasi ini bolehlah diumpamakan bahawa YB KJ
adalah legasi keturunan Penghulu Abu Bakar yang kembali ke kampung halaman sendiri
setelah lama merantau.
Sekalipun
ujiannya bukan kepalang, beliau membuat pilihan yang tepat. Akhirnya, beliau berjaya
menjadi menteri.
 |
| Pemandangan di pinggir Kg. Gadung |
Kg.
Gadung terletak di selatan Daerah Rembau. Dengan kedudukkan di kaki Gunung
Datuk (Gunung Rembau), Kg. Gadung menawarkan pemandangan alam semula jadi yang
mengasyikkan. Rumah-rumah penduduk samada tradisional atau moden di kampong ini
juga bersih dan cantik.
Di
antara kata-kata keramat awal yang diucapkannya dengan yakin dan berani setelah
dipilih menjadi Menteri KBS ialah, “ Saya Menteri untuk semua, tanpa
mengambilkira ideologi.”
Bukan
lagi rahsia bahawa bukan sedikit jumlah undi yang diperolehi oleh YB KJ dari kalangan bukan penyokong parti beliau. Mereka itu mengundi YB KJ kerana
aura beliau yang tidak ada pada calun parti mereka.
Dan, tiada khilaf lagi
bahawa berdasarkan ucapan awal YB KJ (“Saya Menteri untuk semua, tanpa
mengambilkira ideologi”), semua pengundi beliau termasuk di kalangan bukan ahli parti dalam PRU 13 yang lalu membuat
pilihan yang boleh diterima.
Bagaimanapun,
kira-kira atau formula dalam politik adalah kaedah yang cuma boleh digunakan ‘case
by case’. Adalah terlalu awal untuk merumuskan ‘diri empunya diri’ sebenar yang
bernama YB Khairy bin Datuk Jamaluddin bin Penghulu Abu Bakar Al Gadungi Al
Rembawi setakat ini.
 |
Gunung Datuk (Gumung Rembau)
Puncak Yang Paling Tinggi Ialah Gunung Datuk |
Kerana, lelaki hitam manis, YB Khairy baru sahaja melangkah dari kaki Gunung Datuk setelah lama bertapa dan muhasabah diri dalam perjalanan untuk melangsungkan suatu amanah yang
dipertanggungjawabkan kepada beliau. Semoga beliau akan membanggakan semua golongan yang menyokong beliau, khususnya rakyat Malaysia, khususnya Orang Negeri Sembilan, khusus lagi Orang Rembau dan paling khusus Orang Kg. Gadung.