Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 25 Mac 2012

kondusif : hospital veterinar kuala lumpur


Sayalah mungkin di kalangan yang tidak menyedari betapa hebatnya anjakan keterampilan persekitaran. Atau mungkin saya umpama katak di bawah tempurung yang terkongkong di ruang lingkup dunia saya sendiri yang tertutup.

Ya, sebenarnya sayalah yang ketinggalan. Walaupun menetap di Ibu Negara, Kuala Lumpur, minda dan intelek saya sebenarnya tidak ke mana, masih kekampungan.


Di daerah asal saya, premis yang setanding premis seperti ini untuk manusia sekalipun masih belum dapat direalisasikan sepenuhnya. Betapa beruntungnya haiwan-haiwan kesayangan hari ini.


Indah.Elegan.Pesona. Ini hospital veterinar kerajaan. Bukannya hospital veterinar swasta.



Inilah gambar-gambar yang sempat saya rakamkan semasa berurusan di Hospital Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ini hospital kerajaan bukannya hospital/klinik veterinar swasta. Sepadan dengan pesona bangunan yang gah ini, layanan dan komitmen yang diberikan oleh staf di hospital ini juga sangat-sangat memuaskan. "Terima kasih doktor,terima kasih pembantu doktor,terima kasih kakitangan kaunter kerana merawat dan melayan dengan baik 'Atoi' saya pada 20/03/12." 

Pembaca di sekitar Kuala Lumpur/Selangor yang ingin mendapatkan rawatan haiwan-haiwan kesayangan masing-masing bolehlah mengunjungi hospital tersebut pada hari-hari bekerja. Bayaran? Adalah. Murah sedikit dari klinik swasta. Masa untuk mendapatkan rawatan yang sempat saya catatkan ialah seperti di bawah:


Nama                    : Hospital Veterinar Wilayah Persekutuan
Alamat                   : Km4, Jalan Selar 4,Off Jalan Cheras, Kuala Lumpur
No. Telefon            : 03-92849716
Hari Bekerja Biasa : 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.15 petang hingga 3.30 petang
Hari Jumaat            : 8.30 pagi hingga 11.30 pagi

Saya paparkan gambar di bawah bukan untuk menimbulkan 'anti klimak' dalam catatan ini tetapi untuk renungan bersama. Haiwan-haiwan kesayangan lain datang ke hospital ini bersama tuan masing-masing, sebaliknya haiwan malang ini datang bersama anggota polis. Haiwan malang ini, seekor anjing, dihantar ke sini untuk rawatan bagi membantu pihak polis dalam kes penderaan haiwan. Saya dapati ada bekas kecederaan yang panjang di leher haiwan itu. Saya sengaja tidak fokuskan gambar haiwan tersebut kerana kes ini masih dalam siasatan pihak yang berkuasa. Lagi pun saya agak emosi sedikit.



Mungkin ada benarnya kata bijak pandai, "Dalam dunia binatang tidak ada binatang yang berjiwa manusia, tetapi dalam dunia manusia ada manusia yang berjiwa binatang!"
  








69 ulasan:

  1. nampaknya saya telah mengikuti blog yg betul !

    rakaman kisah yang baik..

    saya sgt percaya bahawa pada hari ini, binatang terlalu gerun pada kebinatangan manusia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr a.samad.jaafar,

      Terima kasih.Ya,ada manusia bukan sahaja manusia takut tetapi alam pun ingin menjauhkan diri...haiwan, sungai,laut,pokok,hutan rimba......penderaan dan pencemaran alam.

      Padam
  2. yang patut dikongsi oleh semua org

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr kbp,

      Saya mengikuti catatan/puisi saudara.

      Padam
  3. Salam saudara ujang..,

    bagitulah manusia....lebih bersifat manusia pada mahluk yg bukan spesis "homospeian" tapi tersgt zalim dan dengki khianat pada mahluk yg se spesis.....allahua`lam.

    BalasPadam
  4. Sdr azmnor,

    Waalaikomsalam,

    Ya, segelintar di kalangan manusia moden hari ini.Ini lumrah. Semoga kita di kalangan yang inginkan kebaikan dan kasih sayang.

    BalasPadam
  5. Ujang Kutik,

    ...lalu kata bijak pandai itu mengingatkan saya kepada Pramoedya Ananta Toer..dalam novel keluarga gerilya...

    Rupe nye ujud Hospital Veterinar ye..
    selama ini saya ingat ada klinik haiwan saja ...hehe..

    BalasPadam
  6. Sdr theolrascal,

    orang rumah saya pun kata ungkapan itu macam biasa dengar sahaja....klise.

    BalasPadam
  7. Nice article..Really glad found your blog...with your climax, I end up getting emotional too...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mallesh Rau,

      Thank you.Hope you'll visit again my blog.

      Padam
  8. salam. sy mmg tercari2 hosp veterinar kerajaan sbb ini 1st time sy ade pet. bbrp minggu lalu sy terjumpa seekor anak kucing yg sgt2 kecik. mungkin dlm 4 minggu? mula2 sy biarkn je anak kucing tu, mungkin mak dia tgh cari mkn. tp dah bbrp hari, mak dia langsung tak kelihatan. so sy pun ambik la kucing tu and terus bela dia. sy mmg x trpikir langsung nak bawa kitten ni pegi vets masa mula2 jumpa tu. skrg dah sebulan lebih saya bela en nikitt, sy perasan area telinga dia kering, and kdg2 berdarah. sy risau sgt and at the same time, sy student lg so nak bwk pegi klinik swasta tu mmg fikir 2 kali sbb kos yg mhl.. harap2 hospital ni x charge mahal sgt. and thanks for the info :) kalau nak pegi hosp ni, kena buat appointment ke? sbb sy kena bawak kucing sy pegi hosp time sy takde kelas. so takut takde masa nak bwk pegi hosp.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak Hyorin L,

      Syabas kerana menyantuni haiwan terutamanya yg terbiar dan
      diabai,
      Tidak perlu buat temujanji.Bayarannya tidaklah mahal sangat.Semoga berjaya.

      Padam
  9. hebat.. puas saya cari lokasi hospital haiwan kerajaan kat KL ni.. kat sini komplete dgn gambar.. Ujang Kutik terbaik.. warih den ni.. den org jolobu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr lobai,

      Moga-moga gamai lai yg dapek monafaat daghi catatan den ni.

      T.kasih.

      Padam
  10. salam,

    terima kasih atas info..dapatlah saya tlong kucing2 terbiar yg datang mintak makan kat umah tu..

    BalasPadam
  11. Sdr Tanpa Nama 7/11/12,

    Semoga catatan ini ada manfaatnya.

    T.Kasih.

    BalasPadam
  12. timekasih byak2 ujang kutik,seronok sangat2 bile dapat tau ada hsp veterinar ni.

    BalasPadam
  13. Sdr/i Tanpa Nama,

    Sama-sama. Biasanya kalau tidak boleh, HSP Vet.Cheras syorkan ke Klinik Vet. UPM. Tetapi bayarannya agak tinggi sedikit.Baru-baru ni saya pergi ke UPM - konsultansi dikenakan RM30.00.Mahal!

    BalasPadam
  14. salam..klinik ni blh mandulkan kucing x?dlm brape ye harge?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Tidak boleh. Cuba di klinik SPCA-DBKL di Setapak, berhampiran Balai Bomba.No.Tel:03-40243446. Bagaimanapun, tanya hukumnya di segi agama dengan yang mengetahui terlebih dahulu. Di klinik tersebut ada dipamirkan hukum memandulkan kucing/anjing.

      Bayarannya di antara RM100 - RM120.

      Padam
  15. salam saudara...

    saya baru call hospital ni dan tanya pasal pemandulan kucing..dorg kata boleh
    untuk betine rm120 dan jantan rm70...

    anyway i follow yours blog...
    klu sudi meh la terjah blog saya
    http://dhia-manja.blogspot.com

    BalasPadam
  16. klnik ni mmg krjaan pny ke..leh bt operation x?kucing saye rahang patah..xleh mkn..

    BalasPadam
  17. leh ke bt operation utk rahang patah..bape kos?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr aliff alhafis,

      Saya cadangkan saya menghubungi hospital tersebut. Nombor telefonnya ada dalam catatan saya itu.

      Padam
  18. Salam,
    Rumah saya didatangi oleh seekor burung pipit yang patah sayap. Adakah hospital ini boleh berikan rawatan? Kebanyakan klinik haiwan menumpukan kepada kucing dan anjing. Kalau boleh saya ingin hantar secepat mungkin. Terima Kasih.

    Sharifah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sharifah,

      Waalaikomsalam.

      Saya sangat terkesan dengan keprihatian Sdri/Puan Sharifah.

      Seorang kawan pernah menjumpai seekor burung yang cedera parah. Beliau telah bersusah payah menghantar burung malang itu ke zoo negara. Pihak zoo telah menerimanya.

      Sdri/Puan dicadangkan telefon Hospital Haiwan Cheras.

      Atau pun merawat sendiri setakat yang boleh. Cara ini mungkin memerlukan kesabaran dan kasihkan binatang secara semula jadi. Saya pernah 'menjaga' seekor kucing yang sakit teruk dan ditolak oleh pihak hospital sehingga kucing itu mati. Hati puas dan tidak apa yang dikesalkan kerana kita tidak mengabaikannya.

      Padam
  19. Nama : Hospital Veterinar Wilayah Persekutuan
    Alamat : Km4, Jalan Selar 4,Off Jalan Cheras, Kuala Lumpur
    No. Telefon : 03-92849716
    Hari Bekerja Biasa : 8.45 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.15 petang hingga 3.30 petang
    Hari Khamis & Jumaat : 8.45 pagi hingga 11.30 pagi

    BalasPadam
  20. Balasan
    1. Sdri superdilut,

      Tidak perlu buat appointment.

      Padam
    2. assalamualaikum tumpang tanya kalau nak vaksin kucing berapa harga kat hospital ni?

      Padam
    3. Sdr Tanpa Nama,

      Harganya mungkin telah berubah. Sila telefon hospital itu - 03-92849716.

      T.Kasih.

      Padam
  21. kucing saya berkurap..asik garu sana garu sini..badanya luka2 kesan garu..nak tanya dgn detail berapa kos suntikan utk kucing berkurap sy ini...

    haraf dpt jawapan yg tepat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr jonbagul,

      Perlu difahami bahawa saya sendiri tidak mempunyai asas vet.

      Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman, penyalit kucing berkurap adalah penyakit yang paling mudah diubati. Saya hantar kucing saya yang mengidap penyakit kurap kepada doktor veterinar swasta berhampiran rumah. Kebiasaannya dengan sekali rawatan (injection), Insya Allah penyakit kurap kucing saya sembuh. Kalau masih juga tidak sembuh, saya hantar sekali lagi (susul).

      Sekali rawatan (injection) cuma RM20.00. Di klinik veterinar Kerajaan Cheras pun lebih kurang jumlah itu juga kosnya.

      Semoga saya dapat membantu kucing tuan.

      Padam
  22. kalau nak vaksin anti bacteria untuk kucing tu, berapa harga dia kalau sekali vaksin

    BalasPadam
  23. Nurul,

    Maaf, saya pun agak lama tidak pergi klinik di Cheras & mungkin kosnya telah berubah. Bagaimanapun, lebih murah daripada klinik vet swasta.

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum..

    Encik Ujang, sy nak tanya lokasi sebenar hospital ni..dekat area down town velodrome ke? dekat ngan pusat rehabilitasi ke? sy pernah lalu situ tp tak perasan plak ade hospital veterinar kat situ..kena masuk simpang mana2 ke? ke hospital tu dekat tepi jalan je? harap tak keberatan utk bgtau..terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nor Masitah Ishak,

      Waalaikomsalam.

      Hospital itu di sebelah kiri tepi Jalan Besar Cheras-Kajang. Hospital Veterinar - Jalan Besar Cheras Kajang - Down Town.

      Kalau dari K.Lumpur - Jumpa Bangunan PGRM dan beberapa meter dari situ menghala ke Kajang.

      PGRM - Hospital Veterinar - Bangunan Rumah Kedai (Kalau tak silap termasuk Restoran Cina Gelak Kuat-Kuat) - Kubur Kristian.

      Semoga saya dapat membantu.

      Padam
    2. salam abg ujang. saya doakan abg ujang dimurahkan rezeki, diberikan kan kesihatan yang baik dan dikurniakan rahmat Allah

      Padam
    3. Sdr /ri Tanpa Nama,

      Waalaikomsalam. Terima kasih.

      Ketika balik ke Masjid Tanah baru-baru ini saya diuji lagi. Dua ekor anak kucing yang masih kecil (masih menyusu) yang dibuang berhampiran rumah keluarga isteri mengejar saya (mungkin minta makan dan dikasihani).

      Saya cuma boleh membantu memberi minum dan memberi makanan kucing yang sememangnya saya sediakan dalam kereta.

      Selebihnya saya serahkan kepada keluarga isteri. Setelah balik ke K.Lumpur saya tidak sampai hati bertanya dengan keluarga isteri apa yang dilakukannya kepada dua ekor anak kucing malang itu.

      Dibuang atau dikasihani?

      Padam
  25. Assalamualaikum,

    tahu tak berapa kos pemandulan untuk kucing jantan di klinik veterinar UPM???

    BalasPadam
    Balasan
    1. intan hayaty,

      Saya belum pernah mandulkan kucing di klinik veterinar UPM. Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman mendapatkan rawatan kucing di UPM, saya mendapati kosnya lebih tinggi dari klinik veterinar kerajaan kerana UPM mengenakan kos ' consultacy ' di samping kos rawatan lain.

      2. Kos mandulkan kucing jantan di vet swasta di Pandan Indah di sekitar RM120.00.

      3. Boleh juga cuba tanya di klinik SPCA-DBKL di Setapak. Tel: 03-40243446. Urusan mandulkan kucing di situ perlu buat appointment. Kosnya murah sedikit dari klinik vet kerajaan.

      Padam
  26. assalamualaikum. sy pernah ke hosp veterinar ni..servis cukup bagus. Kwn ada bgtau sy haiwan yg mati d hospital nixkan d tanam.sebaliknya jd makanan anjing2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama 30/8/14,

      Waalaikomsalam.

      Wallahualam. Kita tidak nampak.

      Pencinta haiwan seperti kita tidak suka pet kita diperlakukan sedemikian.

      Padam
  27. Assalam abg ujang sya nk tnya kucing sya jdi mcm sesak nafaz xnk mkn dan minum bdan dh kurus sngat dh hmpir 3 minggu x mkn.ari tu sya dh bwk prgi klinik genting kelang dye ada bg ubat cacing dan ubat telinga kucing dye ckp dlm telinga kucing nie ada kutu telinga tpi klu sya buat rawatan kat hospital kerajaan brpa kos anggaran untuk buat rawatan kucing sya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Muhammad Taqiyuddin,

      Saya terlepas pandang ulasan saudara kerana ini posting lama.

      1. Dalam membela kucing inilah fasa yang membuat hati kita tidak tenteram - kasihan kucing sakit, tidak mahu makan, semakin kurus......

      2. Saya sendiri ada seekor kucing yang menderita sakit telinga. Banyak vet telah dibawa tetapi tidak sembuh sepenuhnya. Pulih dan sakit kembali.Bagaimanapun, kucing itu tidak ada masalah makan.

      3. Saya cadangkan saudara cuba dapatkan rawatan di Hospital Haiwan Cheras ini. Kos rawatannya tidaklah membebankan sangat dan stafnya pun sangat membantu.

      Semuga kucing saudara menemui ubat penawarnya.

      Padam
  28. Boleh saya tahu hospital ni boleh x merawat bayi kura-kura sye..sudah 3hari dye x bukak mata dye..selalunye klo sye membelainye dye akan bukak mata ...tp kali tidak...saya x sampai hati..nak tgk dye mati mcm tu je...lagi satu bayi kura-kura sye x aktif...x saye x thu sama ada dyr sakit ataupon tidur...x tahu bile masa dye lapar...bile sye letak dalam air...dye akn naik ke darat semula...x thu nk buat cm ane lagi....mohon tolong saye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Princess,

      Saya bersimpati dengan sang kura-kura itu. Cuba telefon hospital itu seperti nombor yang dinyatakan.

      Princess perlu tolong sedaya upaya. Semoga kura-kura itu dan bayinya dapat diselamatkan.

      Padam
  29. assalam abg kucing saya terkena batu karang. berapakah kos untuk merawat batu karang kucing saya ini. untuk pengetahuan abg saya seorang yang tidak berkemampuan. terima kasih kerana memberi alamat ini.

    BalasPadam
  30. Sdr Tanpa Nama 26/11/14,

    Mungkin di bawah RM70.00.

    Ok. saudara bawa kucing itu ke klinik. " Kalau kosnya di bawah RM100.00, kita share bayar."

    T.Kasih.

    BalasPadam
  31. Assalam kucing says menghadapi kesukaran utk bersalin..klinik nie boleh bust pembedahan Kew..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikomsalam,

      Saya ingat tiada rawatan itu. Bagaimanapun, seeloknya cuba telefon hospital vet itu.
      Kasihan dengan kucing itu.

      Padam
  32. assalamualaikum , saya nak tanya kalau utk haiwankecil macam sugar glider lagi mahal kosnya atau murah.. sugar glider saya ni sakitnye tk teruk mana cuma mata die mcm berair n saya bace artikel klau mata sg berair tu tande jangkitan n kne bwk g vet suntik steroid.. agak agak kos tu bawah rm100 atau atas.. sbb sy student lg duit pun ckup2 je tapi sbb syg kan sugar glider saya ni saya cubalah jage sebaiknye.. hrp blh tlg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama,

      1. Saya sarankan sdr/I hubungi hospital ini. Saya tidak pasti samada pihak hospital ini ada kemudahan rawatan si kecil itu atau sebaliknya. Ikut logiknya. ada kerana namanya pon hospital veterinar.

      2. Melalui pengalaman, kosnya mungkin di bawah RM100.00. Saya juga pernah lihat seorang pelanggan meminta bayaran dikurangkan sedikit dan pihak hos mempertimbangkannya.

      Semoga saya membantu.TK.

      Padam
  33. Salam, saya nak tanya rawatan di sini lebih rm 100 ke ? Kucing saya jantungnya berdegup laju dan lemah. Saya student so nak survey harga rawatan kat sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaik0msalam,
      Mengkut pengalaman Pak Cik kos biasa di bawah RM100.00.

      Padam
  34. assalamualaikum . .Sabtu ahad buka tk .?

    BalasPadam
  35. assalamualaikum . .Sabtu ahad buka tk .?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikomsalam,
      Tutup. Jabatan kerajaan.

      Padam
    2. Maaf tanya . Hospital ni perlukan apa semasa pendftrn ? Kos mahal tak ?

      Padam
    3. Maaf tanya . Hospital ni perlukan apa semasa pendftrn ? Kos mahal tak ? Kucing sy kecik lagi . Sy jumpa dia bwah flat so sy amek nk bela . Dia kene berak2 cair lepastu muntah . Agak2 mahal tak kos d hosptl niy ?

      Padam
    4. Maaf tanya . Hospital ni perlukan apa semasa pendftrn ? Kos mahal tak ? Kucing sy kecik lagi . Sy jumpa dia bwah flat so sy amek nk bela . Dia kene berak2 cair lepastu muntah . Agak2 mahal tak kos d hosptl niy ?

      Padam
  36. assalammualaikum tuan...
    blh saya tahu lokasi sebenar hosptal ni...
    sy dah cuba cari tetapi xjumpa.. pgrm saya tahu...blh tahu lokasi atau trademark yg berdekatan dgn hosptal ni... ingin bawak 4 ekor anak kucing utk ubat cacing dan sekor mata berair... ikut pengalam sblum ni xpernah bawak bile sakit mata dan akhirnya mati..
    harap dapat membantu krana sy ingin pergi esok pagi...
    terima kasih..

    BalasPadam
  37. Salam..
    Yg mne lbih bgus utk kucen sya..vet di UPM atau di sni..kaki nye sakit..brgaduh dgn kucen lain..kat tapak kaki ade nanah..kucen sya demam..sya xmampu nk pg klinik swasta..mne yg lbih bgus..sya tgal di seri kembangan..terima kasih..kne tgu rabu bru blh bwk pg..bt mse ni sya cuci luka dan keringkan aje..bg mnum air kelapa sbgai penawar demam..sedihnye..

    BalasPadam
  38. Maaf . Bertanya . Hospital niy perlukan apa ye smsa pndftrn ? Kos mahal tak ?

    BalasPadam
  39. Maaf bertanya hospital ini perlukan apa smsa pndftrn ? Kos mahal tak ?

    BalasPadam
  40. Maaf tanya . Hospital ni perlukan apa semasa pendftrn ? Kos mahal tak ?

    BalasPadam
  41. Maaf tanya . Hospital ni perlukan apa semasa pendftrn ? Kos mahal tak ?

    BalasPadam
  42. Maaf . Bertanya . Hospital niy perlukan apa ye smsa pndftrn ? Kos mahal tak ?

    BalasPadam
  43. Maaf tanya . Hospital ni perlukan apa semasa pendftrn ? Kos mahal tak ? Kucing sy kecik lagi . Sy jumpa dia bwah flat so sy amek nk bela . Dia kene berak2 cair lepastu muntah . Agak2 mahal tak kos d hosptl niy ?

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."