Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Khamis, 20 September 2012

NEGERI SEMBILAN: RUMAH-RUMAH REKA BENTUK TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN DI SEKITAR KOTA-CHENGKAU





Jika anda membayangkan bahawa rumah-rumah di Negeri Sembilan khususnya di sekitar kawasan Kota-Chengkau, Rembau Selatan, atapnya seruncing tanduk kerbau seperti rumah Minangkabau, anda silap besar.

Jujurnya, saya tidak mempunyai keberanian kerana kekurangan maklumat mengenai reka bentuk rumah di Daerah Rembau keseluruhannya. Sedemikian, catatan ini adalah berdasarkan pemerhatian saya di sekitar kawasan kejiranan kampung saya dan kampung-kampung lain dalam dalam kawasan Kota - Chengkau.


REPLIKA ISTANA RAJA MELEWAR, DI KG.ASTANA RAJA,KOTA,N.SEMBILAN
                          
Kawasan Kota - Chengkau ialah pintu masuk pendatang awal Minangkabau ke Negeri Sembilan beratus tahun yang lampau. Di kawasan inilah, yaani di Kg. Penajis, Raja Negeri Sembilan yang pertama, Raja Melewar,  ditabalkan dan  bersemayam sebelum pindah ke Seri Menanti, Kuala Pilah. Begitulah kuatnya kaitan tempat ini dengan unsur Minangkabau. Namun demikian, bentuk rumah tradisional sebahagian besar penduduk kawasan Kota-Chengkau tidak dipengaruhi sangat oleh reka bentuk rumah Minangkabau walaupun pada ciri paling minima - atapnya runcing menujah ke langit seperti tanduk kerbau.Namun demikian, keunikan rumah tradisional di kawasan ini masih ada sedikit sentuhan reka bentuk Minangkabau.  


Secara umumnya, reka bentuk rumah penduduk di kawasan Kota-Chengkau terbahagi kepada beberapa bentuk:
. Reka Bentuk Asas Tradisional 













  • Reka Bentuk Tradisional 'Klasik'
Runah jenis ini biasanya dimiliki oleh penduduk kampung yang 'berada' (ketika zaman itu) seperti Datuk Penghulu,Ketua-Ketua Adat , keturunan orang berharta atau pesara di kalangan pegawai kerajaan.


                                                  SAYANGNYA RUMAH INI TIDAK DIDIAMI


  • Reka Bentuk Rumah Limas:
Rumah reka bentuk limas pada pendapat saya tidak boleh dikategorikan sebagai rumah tradisional Negeri Sembilan tulin. Reka bentuk rumah limas cuma pernah menjadi fenomena di sekitar sebelum 20 tahun kebelakangan. Rumah-rumah penduduk kampung bercirikan rumah limas yang masih tersergam kukuh pada hari ini dan jumlahnya agak banyak juga adalah rumah-rumah yang dibina di sekitar sekurang-kurangnya lebih 20 tahun (kebanyakkan lebih dari itu) yang lampau. Biasanya rumah-rumah jenis ini dibina oleh pesara yang balik menetap di kampung apabila bersara. 






  • Reka Bentuk Adunan Tradisional/ Bebas 

 


Di antara identiti rumah-rumah di kawasan Kota-Chengkau dan bahkan di seluruh Rembau ialah penggunaan minyak kayu (pewarna) berwarna choklat untuk kemasan kayu/papan di semua permukaan (dinding/tingkap/tiang) rumah. Jarang-jarang ditemui rumah penduduk dicat dengan cat berwarna lain. 

Pada masa dahulu laman rumah adalah laman tanah yang tidak berumput. Kini laman rumah diindahkan dengan hamparan rumput yang potong rapi dan pokok - pokok bunga seperti bunga kertas, pokok bunga puding dan lain-lain. Umumnya, kawasan perumahan penduduk adalah bersih, cantik dan sedap mata memandang.

                                                 KAWASAN KOTA-CHENGKAU TERLETAK DI KAKI GUNUNG DATUK

Namun demikian, kini banyak rumah-rumah penduduk bercirikan reka bentuk moden atau dikatakan 'rumah batu'. Catatan ini tidak memaparkan rumah-rumah seperti itu kerana tiada unsur tradisional dan boleh dilihat di tempat-tempat lain selain di Negeri Sembilan.



NOTA : 

BANYAK LAGI CONTOH-CONTOH RUMAH TRADISIONAL KOTA-CHENGKAU YANG BELUM SEMPAT SAYA PAPARKAN. INSYA ALLAH SAYA AKAN PAPARKAN DALAM CATATAN INI DARI MASA KE SEMASA.


  









8 ulasan:

  1. salam tuan....ada fb?
    moga kita boleh bertukar2 pendapat
    harapnya tuan boleh join grup kami yg membincangkan pengaruh minang d N9.

    email sy:naimibnimanaf@gmail.com

    BalasPadam
  2. salam tuan....
    senang rasanya hati jika kita dapat bertukar2 pendapat d fb

    moga2 tuan senang hati menyertai grup kami yg membincangkan minangkabau&N9

    email sy@fb :naimibnimanaf@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikom salam.

      Saya umpama 'kecil tapak tangan nyiru ditadahkan' dengan cadangan saudara.

      Insya Allah saya akan mengusahakannya dengan menaktifkan semula FB saya yang telah 'berkerawang'.

      Terima kasih.

      Padam
  3. Entri yang menarik dan menambah pengetahuan. Saya telah letakkan linknya di dalam fesbuk Kelab Peminat Adat Perpatih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr al-lavendari,

      Terima kasih banyak-banyak.

      Padam
  4. Saya setuju dgn encik! Arwah atuk saya sendiri pernah buat kajian tentang rmh negeri sembilan. Beliau juga menolak fakta yg mengatakan rmh negeri sembilan ialah rmh minangkabau. Saya sempat belek sikit jer thesis beliau.

    BalasPadam
  5. as salam tuan, boleh tak kita berhubung. saya nak minta pendapat tuan berkaitan sejarah negeri sembilan. terima kasih
    (din 013 392 2436)

    BalasPadam
  6. sangat membantu info2nya. Terima kasih ;)

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."