Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Rabu, 19 September 2012

JANGAN PENGAPAKAN HAIWAN CEKAL ITU


Kucing-kucing ku,
biarkan keluarga besar haiwan cekal itu,
mengutip remah yang tersisa,
di bibir longkang belakang rumah kita,
jangan pengapakan.

Kucing-kucing ku,
di makmal uji kaji ketabiban,
keluarga besar haiwan itu,
umpama lilin yang membakar diri sendiri,
demi kesejahteraan manusia seluruhnya.

Biarkanlah manusia sahaja memusuhi haiwan cekal itu!


2 ulasan:

  1. ha..ha.. semalam anak tikus kacau menantu dan cucu IM. habis kami kerjakan...

    BalasPadam
  2. Begitulah dalam real kehidupan.Kitalah pemainnya.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."