Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Selasa, 18 September 2012

SI SENGET

Seawal pagi ini telah dua kali saya mengintai dari tingkap dapur. Tiada . Si Senget tidak ada di atas mesin pembasuh di belakang rumah. Biasanya di awal pagi Si Senget sedang nyenyak tidur di situ.
Kira-kira 4-5 bulan yang lalu Si Senget, kucing tua jantan, datang ke rumah kami dengan muka kasihan tetapi 'malu-malu kucing'. Apabila didekati dia lari. Apabila ditinggalkan makanan Si Senget datang semula dan makan dengan lahapnya. Akhirnya Si Senget tidak malu-malu kucing lagi. Dia akan menunggu dan tidak akan pergi selagi belum mendapat makanan.
Si Senget, kucing tua bertelinga senget yang tidak diketahui asal usulnya akan menghilang selepas diberi makan. Pada mulanya sekali sahaja dia datang. Kini 4 kali dan kadang-kadang lebih dari itu. Kami juga tidak mengetahui bilakah dia datang menumpang tidur di atas mesin pembasuh di belakang rumah. Si Senget telah sedia ada di situ apabila kami menjenguk dari tingkap dapur.
Bagaimanapun, pagi ini Si Senget tidak ada. Di manakah kamu Si Senget? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."