Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 7 Jun 2010

Keturunan Minangkabau Negeri Sembilan




Saya adalah orang Negeri Sembilan. Ketika menonton sebuah drama tempatan mengenai sebuah keluarga keturunan Minangkabau warga negara Malaysia yang menziarahi keluarga asalnya di Tanah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia, nuansa emosi saya sangat terusik dan seperti saya adalah sebahagian daripada ahli keluarga tersebut.

Keindahan alam semula jadi kampong dan cara hidup masyarakat Minangkabau di mana penggambaran drama tersebut dijalankan seperti telah terbiasa pada diri saya. Ada imbauan meresap secara semula jadi di dalam naluri bawah sedar tetapi tidak dapat dimuktamatkan puncanya dengan jelas.

Orang Negeri Sembilan sememangnya berketurunan Minangkabau. Bagaimanapun, mereka tidak akan mencari susur galur keturunan mereka di Tanah Minangkabau kerana perhubungan tersebut telah terputus sama sekali. Mungkin keadaan ini berlaku kerana penghijrahan Orang Minangkabau ke Negeri Sembilan telah melampaui 500 tahun yang lalu. Justru itu, kebanyakkan orang awam Negeri Sembilan hari ini telah lupa hubungkait asal usul keturunan mereka.

Tidak dinafikan bahawa pengaruh Minangkabau ke atas Orang Negeri Sembilan begitu dominan. Bagaimanapun, pengaruh penduduk asal Negeri Sembilan tidak boleh dikesampingkan di dalam membina jati diri Orang Negeri Sembilan. Di antara impak dari adunan pengaruh Minangkabau/Penduduk Asal Negeri Sembilan ialah transformasi kepada penuturan dialek Minangkabau di Negeri Sembilan. Natijahnya, ada perbezaan yang besar di antara dialek Minangkabau dengan dialek Negeri Sembilan.

Sehubungan ini, keluarga Minangkabau yang dimaksudkan di dalam drama tersebut adalah samada keluarga Minangkabau dari Beranang, Gombak, Kampong Baru atau peniaga songkok di Jalan Masijid India, Kuala Lumpur. Pasti, keluarga tersebut bukannya Orang Negeri Sembilan.

Persoalannya, jika orang awam Negeri Sembilan seperti saya tidak mengaku berketurunan Minangkabau, mengapa naluri keterujaan kepada hubungan susur galur keturunan Minangkabau tidak dapat disembunyikan semasa menyaksikan drama tersebut?

Sesungguhnya, maksud pantun yang diulang-ulang sebutannya 500 tahun yang lampau oleh nenek moyang Orang Negeri Sembilan untuk menghilangkan rasa rindu kepada kampong halaman di Tanah Minangkabau yang ditinggalkan tanpa disedari masih relevan lagi kepada keturunan mereka di Negeri Sembilan hingga hari ini. Pantun tersebut berbunyi: “Leguh legah bunyi pedati, Pedati orang pergi ke Padang, Genta kerbau berbunyi juga; Biar sepiring dapat pagi, Walau sepinggan dapat petang, Pagaruyung teringat juga.”

Kebanyakkan Orang Negeri Sembilan secara tersirat menafikan mereka berketurunan Minangkabau. Namun, kesan kepada sisa kesinambungan darah Minangkabau dari generasi ke generasi selama lebih 5 abad yang jazam dan terserlah secara semula jadi melalui amalan, dialek dan emosi Orang Negeri Sembilan tidak dapat disembunyikan dan dinafikan.

59 ulasan:

  1. “Leguh legah bunyi pedati, Pedati orang pergi ke Padang, Genta kerbau berbunyi juga; Biar sepiring dapat pagi, Walau sepinggan dapat petang, Pagaruyung teringat juga.”
    kampuang halaman takana juo...

    rindu kampung halaman.
    salam dari sesama orang minang

    BalasPadam
  2. Saudara UjangKutik,

    Apakah benar perkataan Minangkabau itu adalah dari dua perkataan Menang Kerbau.

    Sekadar ingin tahu.

    BalasPadam
  3. boto tu jang..

    http://lobaipas.blogspot.com/2009/10/aku-budak-minang.html

    BalasPadam
  4. Sdr Lobaipas,

    Terima kasih. 1 - 2 hari ini saya diziarahi oleh dua lobai. Satu lagi Lobaitampin.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum,
    sgt terkesan dgn entri ini. tak dinafikan, ada masanya terasa teruja utk menjejaki ranah minang. terutama sekali nagari batu hampar, suku yg diwarisi dari emak.

    jika diizinkan Allah, minggu depan akan berangkat ke padang, insya'allah.

    ~ waris batu hampar ~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan Juana,

      Waalaikomsalam.T.Kasih kerana datang ke blog ini.

      Saya pun ada hajat ke sana sejak remaja lagi.Sayangnya, sampai sekarang (sudah tua) belum berkesempatan lagi.

      Ada seorang rakan blogger dari Tanah Minangkabau lawat dan follow blog saya. Saya juga jadi 'follower' blog beliau (blog ambo suku pallang)kerana seronok melihat gambar-gambar di perkampungan dan sekitar Tanah Minangkabau yang dipaparkan dalam blognya. Sayangnya beliau tidak 'respond' ulasan saya.Nak buek macam mano.

      Saya akan cuba senaraikan blog itu dalam "Senarai Blog Saya".

      Padam
    2. sy juga keturunan batu hampar... teringin nak kenal ahl keluarga sama suku

      Padam
  6. mmg betol .. sy sbg minang gombak pon susah nak bertutur dengan orang nogori .. solusi nye, bahse pasar juga la jadi bahasa komunikasi .. sayang kan? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. perindu kampung,

      Terima kasih lawat blog saya.

      Kami orang Negeri Sembilan 'hilang lidah nenek moyang kami', yaani lidah Minang. Perhubungan dengan asal usul juga terputus.
      Memang sayang.

      Padam
  7. salam tuan..

    saya cuma ingin berkongsi pendapat. Bahasa Negeri Sembilan ini agak kurang kesamaan dengan bahasa Minangkabau Sumatera Barat. Kerana dialek standard di Sumatera Barat adalah bahasa orang padang/pariaman. Bagi bahasa negeri sembilan kesamaan akan nampak apabila kita melihat bahasa payakumbuh serta daerah lima puluh kota. Ianya mirip sedikit dengan bahasa di riau. Asal usul minangkabau negeri sembilan dari daerah ini.

    BalasPadam
  8. Sdr ChaeR,

    Waalaikomsalam.

    Terima kasih di atas info tuan.Saya ada membaca bahawa Minangkabau Negeri Sembilan berasal dari Lima Puluh Kota.

    Semoga kita berkongsi maklumat lagi.T.Kasih.

    BalasPadam
  9. Salam, sdra ujang kutik.
    saya adalah seorang anak nogori. saya faham emosi tuan dlm hal bahasa minang nogori compare bahasa minang padang. saya setuju dgn pendapat sdr chaer bahawa bahasa nogori ada persamaan dgn payakumbuh dan 50 koto. saya sering ke padang dan pernah cuba gunakan bahasa nogori dgn org padang. sering mereka ingatkan sy orang payakumbuh. Apapun, saran sy agar sdr ujang dpt pergi sendiri ke minangkabau utk dptkan gambaran sebenar.
    (MAZLAN, SUBANG)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Mazlan Subang,

      Terima kasih di atas info saudara. Saya juga pernah mendengar sebuah lagu 'Minang' melalui you tube. Dialek lagu tersebut sangat dekat dengan dengan patah-patah perkataan yg diucapkan oleh Orang Negeri Sembilan.

      Insya Allah jika ada peluang saya akan ke sana.T.Kasih

      Padam
  10. Samo la kito. Den asal Kolo Pilah. Walaupun nikah ngan org s'gor , den totap ajar anak den cakap nogoghi. Mmg la dialek kito ngan org Padang tu lain sobab dah beratuih tahun bezo eee . Cubo kito atur 10 org budak, bisik kek bdk prtamo ayat ni..." hari ni omak den masak gulai robung nek moyang podeh eee ". Sampai kek bdk kesepuluh mesti ayat jadi camni ...." hari ni omak rambung ngan onyang terlondeh heee ".

    BalasPadam
  11. Sdr Tanpa Nama (17/9/12),

    Yang ese polik 'alignment Minangkabau' kito jauh laghinya.Orang Minangkabau di Beranang walaupun telah berdekad menetap di Beranang tetapi liuk Minangkabau mereka masih tidak berubah.

    Ada pendapat bahawa yg sampai ke N.Sembilan bukannya Minangkabau yg lidahnya yg berliuk-liuk tetapi adalah Orang Minangkabau dari Daerah Lima Puluh Kota yg dialeknya mirip kpd dialek Orang Negeri Sembilan.Wallahuaklam.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu pemerhatian yang menarik dikaji oleh ahli antropologi. Saya keturunan Bangkahulu, juga ada perbezaan dialek ketara antara dialek bangkahulu di Malaysia dengan dialek Bangkahulu di Sumatera sana.

      Padam
    2. Sdr Tanpa Nama,

      Terima kasih di atas perkongsian maklumat mengenai etnik kita yang serumpun.

      Selain itu, Orang Negeri Sembilan dengan Orang Minangkabau juga tidak diikat dengan 'ikatan seketurunan yang sepatutnya'.

      Padam
  12. assalamualikum,mintak email boleh,saya ada benda nak tanya sikit pasal minangkabau

    BalasPadam
  13. Sdri Embun Evans,

    Waalaikomsalam.

    ujang_biad@yahoo.com.my

    BalasPadam
  14. Assalam,

    maaf menyibuk blog tuan, sy tertarik nk komen pasal post menarik. sy pun org minang jugak suku caniago.. ibu bapa berasal dr sana pariaman sumatera barat. sy ada ramai saudara mara yang tinggal di batu sangko, padang, padang panjang, bukik tinggi, payokumbuah dan lain2.

    org minang nogori dgn minang asal jauh jugak bezanya dr segi dialek bahasa, makanan, adat berkahwin tp ada sikit prsamaan dr segi adat perpatih. alkisah, pernah saudara2 sy dari sana dtg sini n bercakap dgn jiran2 org nogori. dah mcm ayam dgn itik.(paniang juolah nk ka mangarati)= pening jugalah nk faham kan. so senang cakap bahasa melayu jela..haha. yg saya pasan org nogori byk guna bunyi "o". ayah sy penah beckp dgn den wahab wisma yakin tu, dia boleh ckp dialek minang.

    dr segi maknn pun beza, minang dikenali nasi padang. byk jugaklah yang tak sama. mmglah kan, dah beratus-ratus tahun dulu. sy nti kahwin pun akan guna adat minang dr segi adat baralek(kenduri) spt pelamin dan pengantin perempuan basuntiang. sy sendiri walaupun orng minang, malangnya sy tak pernah balik kg sana lg...hehe. tak kesahla, yg penting kta bangga menjd org minangkabau.

    BalasPadam
  15. fbi,

    Assalamualaikom.

    Saya sangat-sangat berbesar hati dengan ulasan ikhlas saudara/i.

    Orang Minang Nogori Sembilan dan Minang Asal mungkin boleh berkomunikasi lagi tetapi seperti yang saudara katakan bak ayam dan itik. Tetapi saudara kita keturunan DKK mungkin lebih teruk. Mereka langsung tidak boleh bertutur dialek Tamil lagi.

    Itulah yang saya lamunkan, andainya nenek moyang Orang Negeri Sembilan sekarang yang berasal dari Sumatera Barat ' hidup semula' mereka tentu sedih kerana keturunan mereka di Negeri Sembilan tidak mahir lagi bertutur dialek Minang.

    Dalam lamunan saya juga, saya ingin ziarah tanah kelahiran nenek moyang saya di Tanah Minangkabau berseorangan secara masuk kampung keluar kampung. Namun, mengikut kawan-kawan yang pernah ke sana, cara itu tidak selamat.

    Sebaliknya, yang menjadi kehairanan saya ialah sikap samada Orang Negeri Sembilan atau Orang Minang Asal yang saling tidak merasakan mereka mempunyai ikatan keturunan.

    BalasPadam
  16. Saudara ujang kutik,

    Ayah saya keturunan Minangkabau. Datuk saya Minangkabau Gombak dan nenek saya Minangkabau Kajang. Oleh kerana emak saya orang Perak, saya jadi tidak berapa pandai bercakap dalam dialek Minangkabau. Tetapi apabila ayah saya berjumpa dengan adik-beradiknya dan saudara-maranya, dialek Minangkabau yang dituturkan amat pekat hingga kadangkala saya tidak faham apa yang mereka bualkan. Seperti juga saudara Ujang, saya berasa satu perasaan yang mendalam apabila melihat drama yang memaparkan bagaimana rakyat Malaysia yang berketurunan Minangkabau melawat ke tempat asal mereka di Tanah Minang, Sumatera. Terasa seolah-olah dari situlah ayah, datuk dan nenek saya datang. -Siti Sarah, Kuala Langat, Selangor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siti Sarah,

      Terima kasih kerana sempat membaca catatan saya tahun 2010.

      Siti Sarah mungkin masih boleh menjejak keluarga sebelah bapa dan nenek di Tanah Minangkabau kerana kedatangan mereka ke T. Melayu di sekitar awal 1900-an.

      Sedangkan kami, di sekitar tahun 1500, iaitu hampir sama tempohnya dengan Kerajaan Melayu Melaka pada 1511. Lebih 500 tahun!

      Mungkin Siti Sarah pun sedia maklum bahawa kebanyakkan PATI keturunan Minangkabau melakukan kerja sebagai Tukang Kasut di kaki lima kedai.

      Secara sepintas lalu apabila berpeluang melihat shot-shot yang diambil samada dalam TV atau surat khabar, saya memamahami bahawa panaroma alam semula jadi di Tanah Minangkabau (tanah asal usul nenek moyang kita)sangat cantik lagi mengasyikkan.

      Wallahua'lam.

      Padam
  17. Saya asli Minang, berasal dari Bukittinggi dan tinggal di Payakumbuh (sumatera).
    Saya sudah sering ke malaka dan beberapa kali ke negeri 9 : Seremban, Saya terkesima banyaknya rumah2 bermotif minang. Bahasa yang hampir sama, serasa dikampung sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr NRA,

      Di Malaysia ada dua 'komuniti' Minangkabau:

      1. Komuniti Minangkabau Asli ( Asli Minang).

      Komuniti ini mendiami beberapa penempatan di luar Negeri Sembilan - a) Di Gombak, Selangor b) Sebuah kampung di Beranang c) Bertebaran dalam jumlah kecil di seluruh Malaysia dan biasanya terlibat dalam perniagaan makanan, membaiki kasut dan tukang jahit. Komuniti ini mengamalkan budaya Minang sepenuhnya - dialek percakapan dan masih berhubungan dengan keturunan di Tanah Minangkabau.

      Bagaimanapun, setahu saya komuniti Minang Asli ini tidak mengamalkan Adat Perpatih mengikut sistem yang diamalkan oleh saudara mereka di Negeri Sembilan seperti pembahagian harta pusaka kepada nasab anak-anak perempuan sahaja.

      2) Komuniti ke-2 Minang di Malaysia ialah ' komuniti Minang Negeri Sembilan'.Komuniti Minang Negeri Sembilan adalah dari keturunan Minangkabau yang telah mengalami asimilasi yang sangat akrab dan mendalam dengan penduduk tempatan (asal), budaya , cuaca dan segala-galanya yang menunggu atau berada di Negeri Sembilan ketika menyambut kedatangan nenek moyang Orang Negeri Sembilan dari Tanah Minangkabau lebih 5 abad yang lalu.

      Sedemikan ada anjakan dalam dialek dan amalan Adat Perpatih berbanding dengan yang dituturkan dan diamalkan oleh nenek moyang mereka dahulu.

      Inilah uniknya pengaruh Minangkabau di Negeri Sembilan.

      Namun, pengaruh Minangkabau di Negeri Sembilan tetap kukuh dan tidak akan dapat dileraikan.

      Wallahua'lam.

      Padam
  18. salam saudara ujang dan sadonyo,
    saya org chubadak d sentul KL...bahaso urang kg awak lg polik kecek minang + N9...samo mcm urang hulu langat..batang kali..kalumpang. Kite sabananyo kano lihat tampek asa urang tuo kito..co iko urang kampuang awak dr cubadak sumatera...gombak mostly asa urang2 pariaman..sabalah kg chubadak banda dalam n pdg balang urang batang kapeh...bangi lamo samo co gumbak pariaman...balah rawang batang kali kalaumpang indak awak tau. Ya mmg betul kek kito mangengok cito ttg nagari minang d balah sumatra tadatiak kek ati kito yg semacam kito iko satu bangso. Cumo dah dipisiahkan dek sempadan paninggalan penjajah.Apa pon awak banggo asa urang minangkabau. Tinggi tabang c buruang bangau turun juo ka tampek bakubang. -Azhairi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikomsalam Sdr saya dari Chubadak,

      Bapa saudara saya berkahwin dengan wanita Minang Gombak. Minang Pariaman?

      Saya mendapat satu lagi ungkapan: Tinggi tabang si buruang bangau, turun juo ka tampek bakubang. Terima kasih.

      Semoga Orang Negeri Sembilan dan Orang Minang (Asli) Gombak,Chubadak,Hulu Langat, Beranang, Tanah Minang dan di mana sahaja mengasihi saudara 'seMinang' mereka.

      Padam
  19. alam takambang jadi guru...
    itulah pepatah minang....
    jadi dari situ kita bisa mengambil contohnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh hidup bersaing dalam sebarang keadaan.

      Terima kasih.

      Padam
  20. Dimano bumi dipijak,
    disinan langik dijunjuang,
    dimano sumua dikali disinan aia disauak,
    dimano nagari diunyi disinan Adat dipakai.
    Ajaran Adat Minangkabau dapat diamalkan dimana saja, asal pandai menyesuaikan diri dengan masyarakat yang kita gauli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Saya mempelajari beberapa perkataan Minang dari saudara;

      Dimano = Di mano
      disinan = di situ
      sumua di kali kali = perigi
      disauak = disauk
      nagari = noghoghi

      Terima kasih.

      Padam
  21. Ado 2 jenis loghat Minangkabau kalau tak silap sayo. Yg digunakapai di N9 berasal dari bahaso Minang Rayo.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Terima kasih kerana berkongsi maklumat.

      Bagaimanapun, melalui pengamatan saya (melalui lagu dan dialek percakapan di you tube) saya dapati dialek Rawa (Rao) juga sangat hampir dengan dialek Negeri Sembilan. Kalau tuan ada kelapangan sila seerch lagu Rao bertajuk " SEKONDAKHATI" di you tube.

      Padam
  22. Pak Ujang Kutik. Lah lamo bona datuak Pak Ujang tibo di Nogoghi Sembilan. Lah limo abad yo, maso nan cukuk lamo. Tapi Pak Ujang masih takona juo jo Ranah Minang. Kalau buliah tau apo suku Pak Ujang? Karno suku-suku di Nogoghi maambiak namo dari namo-namo kampuang di Payokumbuah dan Tanahdata (Batusangka). Suku Batu Hampar dari nogoghi Batuhampa di Payokumbuah. Kampuang ko adolah asa usua Bung Hatta, proklamator Indonesia. Suku Payakumbuh, Suku Mungka, Suku Seri Melenggang (Somolenggang), Suku Seri Lemak (Solomak) sadonyo ado di Payokumbuah, Luak Limopuluah Kota. Datin Sri Rosmah Mansor, Isteri PM Malaysia Najib Tun Razak, barasa dari Sarilomak ko.

    Ranah Minangkabau secaro umum ado duo dialek bahaso. Dialek Minang Agam jo Pasisia (daerah rantau-nyo : Padang, Bukiktinggi, Padangpanjang, Pariaman, Solok, Painan, Aia Bangih, Bonjol, Natal, sampai ka Sibolga jo Anak Jamee di Aceh), samo Dialek Minang Batusangka-Limopuluah Kota (daerah rantau nyo : Batusangka, Pagaruyung, Payokumbuah, Sawahlunto, Sijunjuang, Rao, Kampar, Pokanbaru, Kuantan, Batubara, Siak, sampai ka soboghang Semenanjuang Malaysia : Nogoghi Sambilan jo Malaka). Walau Bahaso Minang baku iolah dialek Agam-Pasisia, tapi nan banyak dipakai ughang iolah dialek Minang Batusangka-Limopuluah Kota.

    Bilo-bilo ado wakotu, pulang2 lah ka Ranah Minang Pak Ujang. Kampuang awak tu bisa dijangkau dari Pakanbaru atau Padang. Kalau nak naiak kapa tobang rancak lalu ka Padang. Kalau nio lalu doghek, ancak lalu ka Malaka-Pekanbaru. Salam dari A.A Sutan Malano, rang Minang juo.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara saya dari Tanah Minang,

      1. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.

      2. Saya dari Suku Biduanda. Suku ini mungkin tiada di Tanah Minang. Suku Biduanda di Negeri Sembilan ( Rembau) adalah dari keturunan Pembesar Minangkabau bernama Dato' Lela Balang dan Dato' Laut Dalam yang mengahwini wanita tempatan (Asli).

      3. Keturunan ini sahaja layak untuk menjawat jawatan Undang Luak ( Ketua) iaitu jawatan tertinggi dalam Sistem Adat Perpatih N. Sembilan. Dari mula diasaskan pada tahun 1540 hingga sekarang. Undang Luak Rembau sekarang adalah Undang yang Ke-22.

      4. Insya Allah, memang saya berhajat untuk menjenguk tanah asal usul nenek moyang.

      Padam
    2. salam,Pak cik Ujang Kutik dari suku Biduanda ko? abah den berketurunan suku Biduanda juga dan kami sokoluargo tinggal kek ghombau .

      Padam
    3. Tanpa Nama,

      Waalaikomsalam.

      Ya, Biduanda Lela Maharaja. Sila baca serba sedikit salsilah keturunan abah anak:

      " Selepas itu satu lagi kumpulan pendatang Minangkabau yang diketuai oleh seorang Pembesar Minangkabau bernama Dato’ Lela Balang datang dan menetap di Rembau. Akhirnya Pembesar Minangkabau itu (Dato’ Lela Balang) berkahwin dengan anak angkat kepada Dato’ Leteh itu, yaani Dato’ Bungkal bt. Batin Sekudai.

      Pasangan itu memperolehi lima orang anak – 4 orang perempuan dan seorang lelaki. Anak-anak perempuan pasangan Dato’ Lela Balang dan Dato’ Bungkal bt. Batin Sekudai ialah; Datuk Pandung, Datuk Siti, Datuk Lijah dan Datuk Makraman. Anak lelaki bernama Dato’ Seri Rama. Dari keturunan anak-anak perempuan pasangan inilah lahirnya keturunan Suku Biduanda (Lela Maharaja) di Rembau.

      Untuk menyempurnakan ‘ Grand Design’ yang kesannya kekal hingga hari ini, Dato’ Seri Rama (Anak lelaki pasangan Dato’ Lela Balang dan Datuk Bungkal bt. Batin Sekudai) ‘ dikahwinkan’ (berkahwin) dengan anak perempuan kepada seorang lagi Pembesar Minangkabau, iaitu Dato’ Laut Dalam yang bernama Siti Hawa bt. Dato’ Laut Dalam. Dari keturunan pasangan inilah ( Dato’ Seri Rama dan Siti Hawa bt. Dato’ Laut Dalam) bermulanya keturunan Suku Biduanda (Sedia Raja) di Rembau.

      Oh, ya....kek mano toboh ghumah pusako abah anak tu?

      Wallahualam.





      Padam
  23. Salam Nusantara.
    Bagus sekali blog ini..menghimpunkan pendapat2 dari Sang Minang Asli dan Orang Negori.Den Sang tanpa Namo asal ei dari Tanah Naning yg terasing.hihi
    Banyak soalan tanya kenapa baso Negori 9 dgn Minangkabau tidak sama.Memang betul jawapan dari tuan blog kita yg beritahu jarak masa yang agak lama sekitar 500 tahun menyebabkan perbezaan yang ketara antara 2 bahasa ini..Tapi orang negeri 9 harus bangga kerana bahasa negeri Sembilan telah diklafikasikan sebagai sebahgian dari rumpun bahasa melayu dan bukannya dialek melayu semenanjung.ini kerana kosakatanya yang agak unik kerana percampuran bahasa minang+melayu dan bahasa orang asli (Jakun).
    Seperti yang kita maklum Orang Minang memang suka merantau..kalau nak ikut sejarah,orang Minang sendiri merantau disekitar Sumatera.Boleh rujuk Wikipedia Indonesia untuk lanjutan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      1. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.

      2. Saya bangga dengan kenyataan ini, "Tapi orang negeri 9 harus bangga kerana bahasa negeri Sembilan telah diklafikasikan sebagai sebahgian dari rumpun bahasa melayu dan bukannya dialek melayu semenanjung.ini kerana kosakatanya yang agak unik kerana percampuran bahasa minang+melayu dan bahasa orang asli (Jakun)."

      Terima kasih.

      Padam
  24. indak rati deh kalian ngecek ngecek urang awak? Ambo urang minang gumbak, generasi ka ampek siko....dulu, nenek dan datuak ambo ngecek minang kek awak. Pa'i ka Youtube, cari Buset, urang awak tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr saya Zaidi,

      Kita sama-sama tidak saling memahami dan juga tidak ada solidariti walaupun nenek moyang dari keturunan yang sama.

      Kenapa?

      Padam
    2. Mak Tuo ambo, urang awak, urang gumbak, banikah pulo ngan urang N9, nari nyo ngecek ngecek urang n9, saya ada anak buah berumur 1 hingga ke 5 tahun, bile saya bercakap dengan mereka, saya akan selitkan perkataan beberapa perkataan minang dalam perbualan kami, biar mereka ingat asal usul mereka, kita gagal untuk saling memahami dan gagal untuk mengekalkan soladiriti kerana......apa sahaja yang datang dari barat adalah baik untuk kita, itu lah silap kita, orang melayu mahu menjadi lebih dari orang enggeris, kalo beragama pula, dia sahaja lah yang paling betul, mahu menjadi lebih dari syeikh arab...? Itu lah silap kita, sampai melupakan asal usul kita, sorang pak tuo panah manyabuit kek awak..."alun jo ado Nabi Muhammad, ranah minang alah islam lai", rasullullah adalah pelengkap ajaran tauhid yang telah dibawa oleh nabi nabi terdahulu untuk kita. Orang minang di gumbak ni, tak kira di beranang, ulu klang, ulu langat, terutama di tanah semenanjung, perkara yang cantik ada pada mereka, pandai masak, suko basilek, bahasa yang cantik, dalam movie Merantau Warrior, bile tengok cerita tu, agaknya begini lah keadaan nenek moyang kami apabila mula mula tiba di tanah semenanjung pada tahun 1890an dulu.

      Padam
    3. Sdr Zaidi,

      Sepupu ibu saya berkahwin dengan wanita Minangkabau Gombak (kalau tidak silap nama kampung itu Sg. Chinchin). Rumah beliau terletak berhampiran kuarters guru dan surau .

      Beliau baru meninggal dunia lebih kurang 2 bulan yang lalu.

      Padam
  25. Saudara Ujang..
    Bagi saya bahasa atau dialek bukan isu utama disini.yang penting kita tahu orang negeri sembilan bukan orang minang tapi sebahgian atau campuran melayu asal+minang asli+org asli (Jakun)..
    Kesimpulan yg dpt saya buat orang negeri 9 adalah satu entiti baru dalam keluarga rumpun melayu dan bahasa n9 juga begitu..senang cakap bahasa n9 itu kosakata nya bahasa melayu tapi cara ungkapannya dipengaruhi bahasa minang(bkn 100%)..

    Begitu jua yg terjadi pada bahasa Bali dan Madura contohnya..orang bali dan madura tidak dilabelkan sebagai orang jawa walaupun bahasa mereka mirip kerana yg sebenarnya bahasa jawa dan pengaruh budaya itu yg kuat dalam kewujudan suku mereka...

    BalasPadam
  26. saya setuju dengan saudara Tanpa Nama10 Januari 2015 11:55 PTG, mintak maaf saya katakan, kalo bahasa moden sekarang, kita boleh katakan, budaya orang N9 adalah budaya hibrid, seperti kereta toyota yang menggunakan petrol dan kini telah ada pula kereta toyota hibrid yang menggunakan kuasa elektrik. Orang minang adalah komuniti "Old School" dan orang N9 adalah "New School". Bahasa orang minang agak klasik bunyi nya sedikit, "berang pulo" bermaksud marah pula, orang N9 "marah pulak", lebih kurang gitu kosa katanya. Kalo kita lihat, orang minang yang tua tua, apabila mereka marah kepada kanak kanak, mereka akan meninggikan suara seperti "Hoi! Pajar santiang", bagi saya, mereka melihat kanak kanak tersebut seolah olah fajar selepas subuh yang panjang lagi waktunya untuk terbenam, dan fajar subuh lah waktu kita memulakan banyak perkara untuk setiap hari yang baru. Berbanding dengan orang tua yang sudah dekat waktunya untuk masuk waktu mahgrib. Santiang pula bermaksud Hebat. Kebiasaan nya, orang orang tua minang akan mengherdik kanak kanak dengan kata kata pujian. Jadi maksud gelaran Pajar Santiang adalah Fajar Yang Hebat. Kerana kanak kanak mempunyai masa dan daya fizikal yang masih kuat. Kalo kita lihat filem lelama dulu, kita akan boleh terjumpa skrip "Ampun tuanku, patik Pacar/Fajar/Pajar yang hina datang mengadap"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Zaidi,

      1. Sebagai anak Negeri Sembilan, pendapat Sdr Tanpa Nama 11/1/15 - 11.55 ada benarnya " senang cakap bahasa n9 itu kosakata nya bahasa melayu tapi cara ungkapannya dipengaruhi bahasa minang(bkn 100%).."

      Itulah bermulanya titik tolak catatan ini.

      Sehubungan ini sebilangan orang Malaysia sendiri bukan sahaja keliru mengenai dialek Negeri Sembilan/Minangkabau bahkan mencakup kepada batang tubuh biologi Orang Negeri Sembilan. Mereka tidak dapat membezakan nuansa elemen milik Negeri Sembilan dengan milik Minangkabau.

      Kami (Orang Negeri Sembilan) sehingga sekarang tidak berdaya sepenuhnya meyakinkan sebilangan orang Malaysia yang lain (bukan Orang Negeri Sembilan) bahawa Orang Negeri Sembilan dan Minangkabau bukannya seperti yang mereka fahami.

      Begitulah akrabnya apa yang saudara ungkapkan entiti ' Old School ' dan ' New School'.

      2. Keadaan tersebutlah yang menjadi natijah entry ini. Kami orang Negeri Sembilan sahaja yang mengetahui wujud jalur nuansa perbezaan Negeri Sembilan dan Minangkabau - biologi dan dialek.

      3. Di dalam keadaan biasa, sesuatu yang dominan akan membaham yang lemah. Andainya Bahasa Minangkabau lebih dominan tentulah Orang Negeri Sembilan hari ini berkomunikasi dalam dialek Minangkabau asli.

      Sebaliknya, kalau Bahasa Melayu Tempatan/Jakun lebih dominan ketika itu, pengaruh dialek Minangkabau pasti lebur.

      4. Apa yang terjadi ialah, dialek Minangkabau yang dikatakan lebih dominan dan tidak terjejas langsung dengan sebarang pengaruh di atas muka bumi ini sehingga sekarang lebur (walaupun tidak sepenuhnya) , larut dan bersenyawa dengan pengaruh tempatan yang dikatakan lebih lemah di bumi Negeri Sembilan.

      5. Entry ini tidak bermaksud menidakkan kenyataan. Ianya cuma ingin bertukar pendapat/pandangan mengenai keadaan yang berlaku di Negeri Sembilan.

      5.

      Padam
    2. Quote : "Hoi! Pajar santiang", bagi saya, mereka melihat kanak kanak tersebut seolah olah fajar selepas subuh yang panjang lagi waktunya untuk terbenam, dan fajar subuh lah waktu kita memulakan banyak perkara untuk setiap hari yang baru. End Quote

      Semestinya : "Hoi Paja Santing". Paja bukan Pajar. Paja bereti budak. Santiang bereti Pandai. Ungkapan kemarahan yang dalam bahasa Inggris equal dengan "Hey smart ass"
      Brgds

      Padam
  27. Salam tuan ujang..sy Tanpa Nama 11/1/15 - 11.55 ,

    Sebetulya sy pun berminat mengkaji seperti mana yang tuan ujang persoalkan dalam blog ini..Sy amat kagum dgn tuan Ujang sebab ada ilmu sejarah dan minat yg mendalam psl dunia n9 ni
    Hal ini bkn terjadi pada org N9 saja..byk pertikaian yg masih belum terjawab dalam alam Minangkabau khusussnya.Suku Mandailing dan Suku Rao (Rawa) contohnya..Suku2 ini menanggap mereka suku sejati dan punya bahasa sendiri.Tapi para pengkaji mengkaitkan Suku Mandailing lebih dekat dgn Suku Batak dan Suku Rao dekat dgn Suku Minangkabau..Hal ini masih belum terjawab..Begitu jua dgn halnya apakah Suku dan bahasa Minangkabau itu salah satu suku Melayu?kerana Minangkabau antara suku yang tertua di Kepulauan Sumatera.

    Hal yg kedua..
    Ada kajian mengkaji dialek N9...Mereka mengkaji daerah N9 mana yg merupakan pemakai dialek N9 yg sebenar atau kata lainya subdialek kepada Dialek N9..Dalam kajian itu memetik Subdialek Jelebu dan Lenggeng bukan penutur dialek N9 yg asli.Malah disebut sub dialek Kuala Pilah dan Rembau mungkin dialek N9 yg asli.Kajian2 ini kita harus ikuti dan pahami...kerana banyak persoalan2 yg masih belum terjawab???

    Hal yg ke3...
    Masih belum jelas tempat pertama dimanakah Orang2 Minnangkabau ini mendarat dan buka penempatan dahulu di N9 ini.

    Berlaku perdebatan antara Tambo Naning,Rembau dan Kuala Pilah..Hal ini pun perlu dijawab.

    Sekian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama 22/1/15,


      1. Saya pernah mendengar lagu Rawa ' Sekondakhati '. Pada pendapat saya lontaran/penuturan bait-bait lagi itu sangat hamper kepada dialek Negeri Sembilan berbanding dialek Minangkabau.

      2. Subdialek penduduk Jelebu dan Lenggeng bukan penutur dialek N9 asli? Info baharu kepada saya.

      Saya tidak biasa dengan daerah-daerah itu. Namun, ada seorang pembahas ' entry ' ini yang juga penduduk Lenggeng mendakwa penduduk Lenggeng menggunakan dialek Minangkabau Asli.

      3. Melalui pembacaan ' jumhur ' berpendapat Orang Minangkabau mula mendarat di pantai Melaka sebelum menetap di Rembau. Sebab itu kawasan-kawasan berhampiran pantai Melaka seperti Masjid Tanah, Alor Gajah ( termasuk Naning) mengamalkan Adat Perpatih.

      Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman saya melihat sendiri reka bentuk rumah-rumah lama penduduk yang masih didudukki hingga hari ini, ' roh ' atau reka bentuk rumah Minangkabau lebih kuat pengaruhnya di Kuala Pilah berbanding di Rembau.

      Saya juga pernah membaca dakwaan Orang Minangkabau dating ke Negeri Sembilan melalui Segamat dan teru ke Kuala Pilah.

      Alangkah bagusnya jika Kerajaan Negeri Sembilan mewujudkan satu ' agensi ' mengkaji Adat Perpatih. Atau agensi itu telah ada cuma saya tidak menyedari kewujudannya.

      Wallahualam.

      Padam
  28. Salam Tuan Ujang Kutik,

    1) Yo bonar,subdialek Jelebu bukan dialek N9 yg asli kerana wujudnya pendatang2 dari negeri sempadan iaitu Selangor dan Pahang serta penduduk N9 dari daerah lain amnya.Manakala majoriti penduduk Lenggeng sampai ke kawasan Beranang (Selangor) penduduknya adalah pendatang asli Minang yg telah berhijrah pada abad 18 dan 19.Hanya orang tua2 saja disana yg menggunakan Bahasa Minang asli dan golongan muda telah menggunakan bahasa Melayu baku bercampur dengan Bahasa N9 itu sendiri.Dalam erti kata lain subdialek Lenggeng mengalami jua proses asimilasi bahasa dimana Bahasa Minang asli telah “dinegerisembilankan” secara sendirinya.Boleh rujuk link2 berikut untuk info lanjut.

    http://202.185.40.214/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_00668.pdf
    http://202.185.40.214/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_00704.pdf

    2) Memang masyarakat di kawasan Alor Gajah (Jajahan Naning) amnya mengamalkan adat perpatih dan becakap dalam dialek N9 tetapi masih ada kosakata2 yg mungkin tidak sepekat subdialek2 N9 yg lain.
    Sebagai contoh orang N9 menyebut Pergi = Poi tapi orang Naning sebut Pogi..Pembahagian tanah masih ke anak bongsu pompuan dan adat2 perpatih yg lain masih diamalkan.Cuma yg mengecewakan bagi saya ialah kerajaan Melaka seperti tidak mengiktiraf fungsi Dato Undang Naning dan mempertikaikan adat2 perpatih yg diamalkan.Sy melihat ianya seperti tepinggir dan Undang Naning tidak diangkat sewajarnya dan dinafikan hak seadanya.

    3) Setahu saya masyarakat Rawa memang hampir menyerupai Suku Minangkabau.Saya juga masih mengkaji sejauh hubungan Rawa dan Minang dari segi bahasa dan budaya.Di Malaysia,Suku Rawa terdapat byk di Perak sehingga bahasa Rawa ni sendiri mempengaruhi dialek negeri Perak secara minoritinya.Dan suku Mandailing setahu saya di N9 terdapat di Kerangai Jelebu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      1. Benar, Adat Perpatih Naning seperti dipinggirkan (walaupun ada sebab musababnya). Sebaliknya kerajaan Negeri Sembilan mengiktiraf pengamal bukan Adat Perpatih di N.Sembilan iaitu Adat Bangkahulu di Gemas dan Adat Bugis Linggi di Linggi.

      2. Semoga saudara akan lebih menampakkkan diri untuk memudahkan saya membuat rujukkan. Seikhlasnya, saya kurang mahir dengan Adat Perpatih. Saya cuma menyentuh sisi-sisi yang menimbulkan pertanyaan dan perkara ' real ' kerena saya bergelumang dalam masyarakat itu.

      Terima kasih.

      Padam
  29. Salam tuan Ujang,

    Tuan blh merujuk saya di FB (Mohd Azmi Abd Latip) atau email sy di amiyanti251107@gmail.com
    Saya tidak punya sebarang blog..Cuma sy slalu membuat kajian tentang Dunia Nusantara ini..Khususnya Suku2 dan bahasa2 di Indonesia.Kerana di sana bagi saya masih kaya dengan hal2 yang demikian dan maish utuh untuk di selidik.DiMalaysia juga tidak boleh dinafi akan kekayaaan budaya bangsa Melayu tetapi kedua2 negara tersebut ada hubung kait asal sejarah yg panjang yg mesti kita kaji selidik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      1. Terima kasih kerana sudi memberi maklumat saudara.

      2. Saya terbaca catatan tokoh sasterwan/budaya AFYASSIN dalam blog beliau pada tahun 2001. Sila baca di antara penemuan beliau :

      Loghat Orang Siak Inderapura Tak Tumpah Orang N9
      TUTUR KATA ORANG SIAK MIRIP ORANG NOGORI

      5.30 petang, 21 Februari: Muzium Siak yang dahulunya Istana Sultan Siak Inderapura telah hampir satu jam ditutup. Namun kru penggambaran Jejak Bahasa dari TV3 masih berada di dalam untuk mengabadikan beberapa barang purba ke dalam media selulos. Antara barang yang diabadikan termasuklah manuskrip dan perjanjian lama yang dibuat Sultan Siak dengan Belanda. Juga yang menjadi tarikan kru ialah sebuah alat muzik lama, satu daripada dua yang masih ada di dunia. Di luar muzium tiga orang gadis menghampiri pintu masuk. Mereka mahu masuk tetapi dicegat pengawal muzium. Kata seorang gadis, “Awak nak nengok!” Dia merayu supaya membenarkannya masuk tetapi tetap dihalang. Kata pengawal, “Ada TV3 dari Malaysia lagi shooting.”
      Gadis itu membahasakan dirinya “awak”. Dan awak di Siak bererti saya. Lalu saya teringat akan bahasa orang negeri Sembilan, terutama Rembau yang lazimnya membahasakan dirinya “awak”. Beberapa minit kemudian saya mendengar pula pengawal itu bersembang dengan seorang kawannya yang baru sampai. Tanya pengawal, “Malam ini kau buek apo?” Kawannya menjawab, “Tak ada buek apa doh! Duduk yo di rumah. Nak nengok budak-budak itu baco buku sekolah.” Budak-budak bermaksud anak-anaknya.

      Sekali lagi saya teringatkan dialek orang negeri Sembilan. Pernah Prof. Madya Zainal Borhan menjelaskan bahawa dialek pertuturan orang Siak sama dengan orang di Negeri Sembilan. Malam itu saya menghubungi Dharmamawijaya, penyair dan budyawan terbilang di Seremban melalui telefon. Saya hendakkan kepastian tentang perbilangan tentang hubungan Siak dengan Negeri Sembilan, terutama Rembau. Dharwamijaya membacakan satu petikan dari sebuah buku, “ Raja Mahmud dijadikan raja di Negeri Sembilan (Rembau) dan menetap di Penajis dengan gelaran Raja Melewar, setelah mendapat restu dari Sultan Johor pada kurun ke-17. Maka adalah perbilangan yang berbunyi, Beraja ke Johor, bertali ke Siak dan bertuan ke Minangkabau.”

      Pengarang buku “Negeri Yang Sembilan” Nurhalim Ibrahim pula suatu ketika pernah cuba mencari makna perbilangan ini. Nurhalim berpendapat Bertali Ke Siak itu mungkin membawa maksud orang-orang di Negeri Sembilan, khususnya Rembau kebanyakannya mempunyai hubungan keluarga dengan orang Siak. Ada pertalian darah. Kurang pasti apakah Datuk Lela Balang, yang keturunannya menjadi Undang Rembau sejak abad ke-16 lagi berasal dari Siak atau dari Minangkabau. Dalam pada itu ada pula suku-suku di Rembau yang sama namanya dengan suku-suku di Siak, seperti suku tanah datar. Andainya Nurhalim turut berada di Siak dan mendengar pertuturan penduduknya, adalah diyakini Nurhalim akan membuat kesimpulan bahawa sebenarnyalah orang Rembau (Negeri Sembilan) itu sebahagian besarnya berasal dari Siak.
      Pengaruh dialek Minang dalam bahasa Melayu Siak amat ketara, walaupun orang Siak tidak bercakap dalam bahasa Minang. Lenggok intonasi pertuturan orang Siak amat berbeza dengan orang Minang tetapi lenggok intonasi pertuturan orang Rembau hampir sama dengan lenggok orang Siak. Amat menarik jika orang Rembau di Negeri Sembilan mengunjungi Siak Sri Indrapura, apakah perasaannya? Apakah ia terasa akan wujud keterikatan daripada sudut pertuturan dan pertalian darah yang kental setelah mendengar orang Siak bercakap atau melihat keadaan alam sekeliling yang saling tak tumpah dengan di daerahnya sendiri?....

      3. Blog AFYASSIN boleh diakses : afyassin.wordpress.com.

      Padam
  30. Pak Ujang Katik, Siak telah menjadi pelabuhan dagang para peniaga Minang sejak abad ke-16. Ini berdasarkan catatan Portugis Tome Pires. Sehingga tak heran kita, kalau sebagian daerah di Siak juga menuturkan Bahasa Minangkabau logat Tanah Datar-Limopuluah Kota, yang sama dengan masyarakat di Rembau dan Negeri Sembilan pada umumnya. Setelah Raja Kociak (Raja Kecil), ketua masyarakat Minangkabau di Siak mendirikan Kesultanan Siak Sri Indrapura, makin ramai orang-orang Minang yang menetap dan bermastuatin di Siak.

    Nama suku Tanah Datar di Siak, sama halnya dengan suku Tanah Datar di Negeri Sembilan, Batu Bara, serta Asahan di Sumatera Timur. Masyarakat suku tersebut merupakan masyarakat yang berasal dari Tanah Datar, ranah Minang. Nama-nama nagari : Pagaruyung, Batusangkar, Rao-rao, Sumaniak, Salimpauang, Sungai Tarab, Lintau Buo, semuanya ada di Luak Tanah Datar, yang para perantaunya banyak tersebar di Siak, Indragiri, Kuantan, Asahan, Batu Bara, Negeri Sembilan, Malaka, dan Selangor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Terima kasih. Ini mungkin ada kaitan bahawa Adat Perpatih Negeri Sembilan adalah kombinasi Adat Perpatih Minangkabau, Adat Siak dan Adat Benar (penduduk asal Negeri Sembilan).

      2. Saya terbaca dalam group FB Anak-Anak Minangkabau peranan Orang Siak dalam institusi surau di Tanah Minangkabau. Dinyatakan bahawa setelah kedatangan Islam di Tanah Minangkabau Orang Siak datang ke Tanah Minangkabau untuk menyebarkan Islam. Orang Siak dikatakan mendominasi institusi surau/agama. Mereka terkehadapan di surau dan majlis-majlis keagamaan - Imam, Bilal, Guru Agama, Pembaca Doa di majlis perkahwinan/kenduri dan lain-lain.

      Padam
  31. Saya dari Hulu Langat. Terlalu teringin mnjejaki tnah warisan minang. Sya d fahamkn arwah nenek d sbelah abah sya berasal dari Jenderam Hulu suku minang batang kapas, arwah Atok pula dari sasapan batu rembau & sasapan batu minangkabau beranang suku raja Paya Kumbuh.. byk yg sy ingun pelajari dr salasilah trsebut. Adakah sy ni minangkabau / minang asli?? Mak saya pula dari Sg Jai (brketurun jawa & Berisu Melaka)

    BalasPadam
  32. Saya dari Hulu Langat. Terlalu teringin mnjejaki tnah warisan minang. Sya d fahamkn arwah nenek d sbelah abah sya berasal dari Jenderam Hulu suku minang batang kapas, arwah Atok pula dari sasapan batu rembau & sasapan batu minangkabau beranang suku raja Paya Kumbuh.. byk yg sy ingun pelajari dr salasilah trsebut. Adakah sy ni minangkabau / minang asli?? Mak saya pula dari Sg Jai (brketurun jawa & Berisu Melaka)

    BalasPadam
  33. Dialek Minang Negeri 9 ini sama dengan Dialek Siak, sebuah kabupaten (daerah) di Provinsi (Negeri) Riau, Sumatra, Indonesia. Siak ni dalam 3 jam by drivev dari Bandar Pekanbaru, ibu negeri Riau.

    BalasPadam
  34. Dialek Negeri 9 sama dengan dialek Siak. Siak adalah Kabupaten (daerah) di Negeri Riau, Sumatera, Indonesia.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."