Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Selasa, 1 Disember 2009

Ibu, aku baru menjadi dewasa (selepas pemergian mu)

apabila hidup disauh janji
ada noktah satu perjalanan
ada kehilangan abadi
ada penyesalan tidak berkesudahan
ada imbauan kenangan mengesankan
ada kesedihan dan tangisan.

imbau sinambung cerita tidak pernah usai
pada sejuk-segar malam-malam percutian
dibuai sayup hening jajar denai-denai bumi chengkau
baruhnya Tobek Godang
perhentian kau menghantarku ke sekolah di bandar
hulunya tanah sawah Pancur
tempat kita mengutip belalang di sejuk malam selepas hujan
melekakan.

dan,
ketika usia ku mengintai ke-54
tiada lagi tangan kasar mu untuk ku cium
tiada lagi cuping layu mu mendengar derita ku
tiada lagi desir suara memanggil nama timangan ku
tiada lagi sinambung cerita di malam-malam percutian
selamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."