Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 3 Februari 2014

WIRID 700


Dengan izin Allah saya berpeluang berada di dalam khalayak anak murid Allahyarham Tuan Guru Hj. Daud Bukit Abal, Kelantan yang mengamalkan Tarekat Ahmadiyah. Tarekat Ahmadiyah mempunyai ramai pengamal di Negeri Sembilan, Kelantan, Singapura, Brunai, sedikit bilangan di Terengganu dan Selangor.

Melalui pergaulan itu saya mengetahui serba sedikit mengenai tarekat tersebut yang sebelumnya saya memahami cuma diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan sahaja. (Tarekat Ahmadiah 'aliran' Al-Ahmadiyah  Al-Idrisiyah Ar-Rasyidiyah Ad-Dandrawiyah yang berIbu Pejabat di Madrasah As-Saidiyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban yang kini di bawah pimpinan mantan Mufti Negeri Sembilan telah diluluskan pendaftaran di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005). Pengikut Tarekat Ahmadiyah di Singapura yang pernah dibimbing oleh anak-anak pembawa Tarekat Ahmadiyah, Tuan Syeikh Muhammad Said Al-Linggi ( Haji Muhammad Said bin Haji Muhammmad Jamaluddin bin Haji Idris) adalah dari 'aliran' ini.

Tiga wirid yang besar dalam Tarekat Ahmadiyah ialah Tahlil Khusus, Selawat Azamiah dan Istighfar Kabir. Saya dimaklumkan bahawa walaupun kesemua pengamal (ikhwan) Tarekat Ahmadiyah samada di Negeri Sembilan, Kelantan, Singapura dan lain-lain mengamalkan tiga wirid tersebut, ada sedikit perbezaan dalam kaedah mengamalkannya.

Sebagai contoh, aliran Tarekat Ahmadiyah yang dibawa oleh Allahyarham Tuan Guru Hj. Daud Bukit Abal mengamalkan wirid yang dinamakan ' Wirid 700 Pagi dan Petang' (jumlah wirid 700 kali pada waktu pagi dan 700 kali pada waktu petang). Bagaimanapun, saya tidak pasti samada Enakmen Tarekat Tasawuf yang memerlukan pendaftaran tarekat seperti yang dipraktikkan di Negeri Sembilan juga digunapakai di negeri-negeri lain.  

Dengan bantuan rakan-rakan dan pencarian di internet saya ' copy & paste' wirid-wirid yang terkandung di dalam ' Wirid 700' itu. Semoga catatan ini dapat membantu pencinta ilmu menambah sedikit sebanyak info mengenai tarekat ini.

Bagaimanapun, seperti yang dinyatakan bahawa catatan ini adalah satu catatan biasa dan berbentuk pengetahuan am sahaja. Jika ada di kalangan pembaca yang inginkan maklumat lanjut, saya cadangkan layarilah blog Tarekat Ahmadiyah Singapura atau blog Ibu Pejabat Tarekat Ahmadiyah Pondok Rasah atau berhubung terus dengan Tuan Mudir Pondok Diniah Ahmadiyah Bt.10, Cheras, Selangor. Beliau adalah anak murid kepada Allahyarham Tuan Guru Hj. Daud Bukit Abal yang terkenal itu. 

Wallahualam.


WIRID 700 PADA PAGI DAN PETANG IKHWAN TARIKAT AHMADIYAH 
(BUKIT ABAL,KELANTAN)

بسم الله الرحمن الرحيم
إين ورد يغ دباج اكندي
فاكي دان فتغ يغد هيمفون اكندي اوليه
الراجي إلى ربه الحاج داود إبن
حاج عر اللبدي الكلنتاني

 
1. أعوذ بالله مِنَ الشيطانِ الرجيم ، بسم الله الرحمن الرحيم
اللهُمَّ صَلِّ وَسَلّم وَبَارِكْ عَلىَ مَوْلانَا مُحَمَّد وَ عَلىَ آلِهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله، اللهم إني أقدِّمُ إِليك بَيْنَ يَدَي كُلِّ نَفْسٍ وَلَمْحَةٍ وَطَرْفَةٍ يَطْرِفُ بِهَا أَهْلُ السَمَاوَاتِ وَأهلُ الأرضِ وَكلِّ شَيءٍ هو فِي عِلْمِكَ كَائِنٌ أوْ قَدْ كَان، أُقَدِمُ إِلَيْكَ بَيْنَ يدي ذلك كله.

2. أستغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه ( 3 كالي)

3. سبحان الله ( 100 كالي )

4. الحمدالله ( 100 كالي )

5. لا إله الا الله ( 100 كالي )

6. الله أكبر ( 100 كالي )

7. سبحان الله العظيم وبحمده ( 100 كالي )

8. اللهم صل وسلم وبارك على مولانا محمد وعلى آله فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله ( 100 كالي )

9. TAHLIL KHUSUS:
لا إله إلا الله محمد رسول الله في كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسً عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله.
( 100 كالي )

10.SELAWAT AZAMIAH:
 اللهُم إِنّيْ أسْئَلُكَ بِنُوْرِ وَجْهِ الله العظيم، الذِي مَلأ أَرْكَانُ عرش الله العظيم، 
وقامت به عوالم الله العظيم. أَنْ تُصَلِّى عَلىَ مَولانا محمد ذِي القَدْرِ العَظِيم، وَعَلىَ آلِ نَبِيِ اللهِ العَظِيم. بِقَدْرِ عَظَمَةِ ذَاتِ الله العظيم، في كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا فِي عِلْمِ الله العظيم. صَلاةً دَائِمَةً بِدَوَامِ الله العَظيم، تَعْظِيمًا لِحَقِّكَ يا مولانا محمد يا ذَالخَلْقِ العظيم. وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلى آله مِثْلُ ذلك. وَاجْمَع بين وبينه كَمَا جَمَعْتَ بَيْنَ الروح و النفس ظاهرا وَبَاطِنًا يَقَظَةً وَمَنَامًا وَجْعَلْهُ يَا رَبِّ رُوْحًا لِذَاتِي مِنْ جَمِيْعِ الوُجُوهِ فِي الدنيا قَبْلَ الآخرة يا عظيم.
( 3 كالي )

11.ISTIGHFAR KABIR:
 أستغفرُالله العظيم الذِي لا إله إلا هُوَ الحي القيوم ، غَفَّارُ الذِّنُوبِ ذَالجَلالِ 
والإكرام. وَأَتُوْبُ إِلَيه مِنْ جَمِيْعِ المَعَاصِى كُلِّهَا وَالذُّنُوبِ وَالآثَام. وَمِنْ كُلِّ ذَنْبِ أَذْنَبَتْهُ عَمَدًا وَخَطَأً ظَاهِرًا وباطنا قولا وفعلا. في جَمِيْعِ حَرَكَاتِي وَسَكَنَاتِي وَخَطَرَاتِي وَأَنْفَاسِي كُلِّهَا دَائِمًا أَبَدًا سَرْمَدًا، مِنَ الذَنْبِ الذِي أَعْلَمُ وَمِنْ الذَنْبِ الذي لا أَعْلَمُ عَدَدَمَا أَحَاطَ بِهِ العِلْمُ وَأَحْصَاهُ الكِتَابُ وَخَطَّهُ القَلَمُ وعَدَدَمَا أَوْجَدَتْهُ القدرة وَخَصَّصَهُ الإِرَادَةِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِ الله. كَمَا يَنْبَغِي لِجَلالِ وَجْهِ ربنا وكماله، وكما يحب ربنا ويرضى .
( 3 كالي )

12. سُبْحَانَكَ اللهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْك، عَمِلْتُ سوأً ، وَظَلَمْتُ نَفْسِي وَاعْتَرَفْتُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْلِي فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلا أَنْتَ
( تيك كالي )

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبُّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلامٌ عَلىَ المُرْسَلِينَ و الحَمْدُ اللهِ رَبِّ العالمين.
(سكالي)

000---000

15 ulasan:

  1. Salam,
    Atok saya berguru dengan Tuan Hj Said..setiap kali lepas solat 5 waktu kami mengamalkan selawat termasuklah selawat tafjiah..Arwah Atok saya agak terkenal diRembau dlm perubatan Islam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Waalaikomsalam.

      1. Pengaruh dan Tuan Syeikh Muhammad Said dan anak-anak beliau seperti Syeikh Abdullah, Syeikh Ahmad dan lain-lain begitu kuat di dalam kehidupan masyarakat Negeri Sembilan ketika itu. Walaupun saya masih anak-anak lagi, saya masih ingat secara samar-samar sanjungan dan penghormatan di kalangan ahli keluarga sendiri kepada mereka. Mereka telah menimbulkan fenomena ketika itu.

      2. Jika tidak keberatan, nyatakan nama arwah Datuk dan kampung saudara.

      Padam
  2. Hj Yusuf..Kg Air Hitam..Chembong..

    BalasPadam
  3. Sdr Tanpa Nama,

    Saya selalu dengar nama Allahyarham datuk saudara ' Hj. Yusuf Kg.Air Hitam' disebut-sebut. Malah arwah juga dikenali sehingga ke kampung isteri saya di Masjid Tanah, Melaka.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,
    Minta Izin Copy dan untuk saya Amalkan.

    BalasPadam
  5. Sdr Mohd Ihsan,

    Silakan. Seeloknya dapatkan wirid ini dari guru.

    BalasPadam
  6. Tareqah Ahmadiah Idrisiah Bukit Abal adalah dari Sanad Tuan Guru Haji Daud bin Umar Al-Libadi R.A yang merupakan anak murid Sidi Muhammad Al-Azhari R.A. Sidi Muhammad Al-Azhari R.A adalah merupakan anak murid Sidi Muhammad Dandarawi R.A (Pengasas Tareqah yang Ketiga). Wirid 700 adalah susunan Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal R.A untuk ikhwan yang ambik tarekat ni di Bukit Abal. Jika nak amal sila jumpa dengan Tuan Guru Haji Muhammad Redha (Ayah Mat Besar) atau Tuan Guru Haji Ahmad Mubarak (Ayah Mat Kecik) yang merupakan anak kepada Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal R.A amalan lain yang takdok diamalkan oleh ikhwan Ahmadiah ditempat lain adalah Musabba'ah Al-Azhariah. setahu ambo lah, Enekmen tareqah di negeri sembilan itu hanya terpakai di Negeri Sembilan sahaja dan tidak di negeri lain. sebab negeri lain ada enekmen mereka tersendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Assalamualaikom,

      1. Sebenarnya saya adalah salah seorang pengikut Tarikat Ahmadiah Idrissiah Bukit Abal. Saya baiah melalui Ustaz Zakaria Awang yang berasal dari Jertih, Terengganu.

      2. Ustaz Zakaria Awang kini membuka pondok di Bt.10 Cheras. Beliau juga mengajar agama di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

      3. Terima kasih kerana memaklumkan mengenai Tuan Guru Haji Muhammad Redha (Ayah Mat Besar) dan Tuan Guru Haji Ahmad Mubarak (Ayah Mat Kecik. Insya Allah apabila berjumpa Ustaz Zakaria saya akan ceritakan ulasan tuan mengenai dua orang tokoh tarikat itu.

      Terima kasih.

      Padam
  7. Wa'alaikumussalam Tuan Ujang Kutik...Alhamdulillah....ambo kenal Tuan Guru Ustaz Haji Zakaria Awang...beliau adalah antara murid lama kesayangan Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal R.A...tuan sangat bertuah berguru dengan beliau. In sya Allah, Tuan Guru Haji Zakaria Awang amat mengenali anak2 Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal R.A.....Istiqamahlah tuan...pegang sungguh2 tareqah ni.....Ayah Mat Besar sekarang ni masih lagi Uzur..namun zikir halaqah masih diteruskan oleh adik beliau Ayah Mat Kechik....Ayah Mat Kechik menurut rakan saya tengah mengerjakan Umrah...3 MEI ni baru pulang Insya Allah...jika ada peluang datanglah ke Bukit Abal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      1. Terima kasih di atas maklumat dan kata-kata perangsang tuan.

      2. Insya Allah, saya akan istiqamah.

      3. Siapa sangka kita boleh mengenali. Mungkin juga kita akan dipertemukan suatu ketika nanti.

      Padam
  8. assamualaikum

    BalasPadam
  9. assalamualaikum khusus ikhwan tarikat ahmadiah

    BalasPadam
  10. tuan..
    taruk gambar syeikh kat sini jika diizinkan..
    boley kenal ulama2 kerohanian..

    BalasPadam
  11. Salam, ada syarat atau pantang larang ker utk amalkan wirid Tarekat Ahmadiyyah terutama bg kaum wanita? "Seeloknya dptkn dari guru", maksud saudara? Boleh tau alamat lokasi Ustaz Zakaria Awang di Bt. 10 Cheras (landmark masjid/pondok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. seelok-eloknya beramal dengan berijazah, dan talaqqi kitab. tarekat kan sekolah. macam itu jugak, boleh beramal jua cuma ia boleh jadi 'ubat' jika tanpa bertauliah.

      tiada pantang untuk kaum wanita (saya wanita dan guru saya yg saya sayangi ialah ayah mat besar dan ayah mat kecik) di bukit abal. saya sarankan saudari pi talaqqi kitab kan pondok bukit abal :) jika jauh, tak salah join majlis-majlis hol dan sebagainya.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."