Usai akad nikah anak lelaki di rumah pihak perempuan, ‘VVIP’ lelaki di sebelah pihak lelaki makan bersama VVIP lelaki di pihak perempuan di sebuah meja khas. Hadirin yang lain mengambil tempat di bawah kanopi yang didirikan. Majlis keramaian selanjutnya dilangsungkan pada keesokkan harinya.
‘ VVIP’ lelaki di sebelah pihak lelaki ialah saya, seorang adek ipar dan dua orang biras.
VVIP di sebelah pihak perempuan pula ialah Abang pengantin perempuan, Bapa Saudara Pengantin Perempuan (bekas professor madya), seorang lagi Bapa Saudara Pengantin Perempuan (bekas duta), seorang kenalan dari Indonesia dan seorang pesara kerajaan yang mendakwa bekas kawan sekampus dengan ‘seorang ahli politik’ yang ‘nafasnya’ menentukan sejuk atau panas suhu politik negara.
Walaupun kedua-dua kumpulan ‘VVIP’ itu ada jurang yang agak ketara dari segi ‘ keberadaan’, laluan komunikasi dua hala berjalan dengan baik dan lancar. Tiada masalah.
Namun, ‘masalah’ mula mengundang apabila dua orang ‘VVIP’ di pihak saya (lelaki), dua orang VVIP di pihak pengantin perempuan dan seorang rakan sekampus ahli politik yang saya nyatakan sebelum ini mula perasan mereka ada ‘ chemistry’ dalam membicarakan hal politik negara.
Mereka ‘sekapal’. Maka, keluarlah segala macam rumusan dan ungkapan yang saling menyokong antara mereka.
Terkeluarlah tuduhan-tuduhan yang tidak sepatutnya pada pengamatan sesetengah orang yang tidak sealiran dengan saksiah mereka.
Walaupun banyak perkara yang saya tidak ‘ perkenan’, saya yang cuma sekali sekala mencelah memaksa diri dalam mode tersengeh yang tidak manis kerana menghormati majlis dan pendirian majoriti ‘ahli majlis VVIP’ yang dipertemukan secara ‘adhoc’ itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."