Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 30 Jun 2012

kuantan : urut

Ketika di Kuantan, selepas solat Isyak saya menemani seorang kawan berurut di satu kawasan perumahan kira-kira 15 minit perjalanan dari bandar Kuantan. Inilah kali pertama saya mengikut kawan tersebut kerana sebelum ini saya lebih selesa memerap di dalam bilik hotel sahaja.

Saya tidak minat dengan amalan berurut, ubatan-ubatan tradisional yang dipamirkan di tepi-tepi jalan dan cerita-cerita 'seragam' yang biasa terkeluar dari mulut tukang urut atau bomoh. Pendek kata, susah juga pengamal perubatan tradisional hendak mendapatkan duit saya. 

Bagaimanapun, saya akan membeli setelah membuat penilaian yang sangat teliti. Contohnya, ketika di Pendang, Kedah saya telah membeli beberapa botol 'Ubat Resdung' tradisional yang dihasilkan oleh seorang wanita penghujung 40-an. Insya Allah, anak bujang lelaki saya sangat serasi dengan ubat tradisional tersebut.

Tukang urut, seorang lelaki pertengahan 50-an, mengurut kawan saya di ruang tamu yang turut disaksikan oleh tetamu lain. Sepanjang mengurut, dia tidak berhenti bercakap khususnya mengenai kelainan kaedah dia mengurut dengan tukang urut yang lain. Dia juga 'mengesan' masalah-masalah kesihatan yang ditanggung oleh kawan saya. Saya melayan dia berbual di sepanjang kerja urutan yang mengambil masa satu jam.

Ketika mengurut dia menerima panggilan telefon dari seorang yang didakwanya 'selebriti terkenal' (saya tidak sebut nama selebriti tersebut) yang hendak membuat temujanji mengurut. Dia memberitahu bahawa selebriti itu ialah pelanggan tetapnya. 

Di antara info dunia urutan yang saya diberitahu ialah segala punca penyakit berpunca dari saluran darah pada kaki kiri. Dia menumpukan urutan pada kaki kiri. Dia juga memberitahu bahawa struktur badan manusia umpama sebuah kereta - perlu diservis secara berkala melalui kaedah urutan.

Walaupun ragu-ragu, saya seronok juga mendengar pengalaman mistiknya berinteraksi dengan 'orang bunian' yang ditemuinya ketika menjalani proses akrab dengan alam. Dia mendakwa bahawa dia selalu bermalam beberapa hari di dalam hutan samada secara sendirian atau dengan kawan-kawan yang sealiran dengannya.Katanya, "Kehidupan dunia bunian juga seperti manusia - ada kampung halaman, berkeluarga,bekerja dan sebagainya.

Paling saya seronok ialah ketika disajikan dengan dua jenis minuman herba yang didakwa dihasilkannya sendiri. Pertama, kopi herba. Kedua,minuman herba yang saya tidak dapat terangkan namanya. Minuman kopi herba sedap, minuman herba yang kedua lebih enak kerana ada rasa elemen masam,rempah ratus dan elemen-elemen lain yang saya tidak ketahui unsurnya. 

Sebelum pulang, dia memberi kami potongan kecil kayu yang dinamakanya 'kayu penawar racun' . Kami meninggalkan rumah tukang urut itu kira-kira jam 10.30 malam.

Kawan saya yang biasa berurut dengan puluhan tukang urut berbagai bangsa dan 'genre' di seluruh negara, memberi 2 bintang kepada tukang urut itu!

6 ulasan:

  1. teruk juga tukang urut itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Itu juri pro.Kita mungkin beri 3 atau 4 bintang.T.Kasih.

      Padam
  2. Saudara Ujangkutik,

    Bila saudara katakan bahawa kawan saudara biasa berurut dengan puluhan tukang urut dari berbagai bangsa dan 'genre'.....

    Berbagai 'genre' menimbulkan sedikit kekeliruan. Puluhan dan berbagai mungkin boleh dimaksudkan hampir keseluruhan....

    Maaf kerana kadang-kadang fikiran ini nakal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Pak Mail,

      'Genre' dalam maksud catatan ini berbagai 'genre' dari kalangan warga emas yang tidak 'memudaratkan'.He..he

      Padam
  3. ada contact number tak bro?. area Kuantan kan?.

    BalasPadam
  4. Sdr faisGERSHWIN,

    Ketika itu saya tidak teringat nak ambil no.telefonnya kerana saya cuma menemankan kawan.

    Maaf.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."