Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Jumaat, 29 Jun 2012

kuantan : indah,cantik dan menggoda

Saya berada di Kuantan sejak 25 Jun 2012 . Disebabkan terputus hubungan komunikasi dan sesat di tengah-tengah Bandar Kuantan, saya dan seorang rakan sekerja menginap di lokasi yang berbeza dengan tiga orang rakan sekerja yang lain.Tempat penginapan kami tidak jauh dari masjid negeri, Masjid Sultan Ahmad yang terletak di Jalan Mahkota,Kuantan.   
BANDAR KUANTAN, ibu negeri Pahang Darul Makmur dikatakan telah wujud sejak lebih 160 tahun (1850-an) yang lalu. Bagaimanapun, Kuantan cuma menjadi ibu negeri Pahang pada 27 Ogos 1955. Sebelum itu ibu negeri Pahang ialah di Kuala Lipis.
Kuantan, di bahagian timurnya - Laut Cina Selatan dan utara – Kemaman (Negeri Terengganu) adalah pintu gerbang laluan ke destinasi negeri-negeri dominan orang Melayu, yaani Negeri Terengganu dan Negeri Kelantan.
Mengikut bancian penduduk tahun 2010, pecahan penduduk daerah Kuantan mengikut etnik ialah: Melayu (57%),Cina (32%),India (4%) dan kaum-kaum lain (7%).
Kuantan umpama benteng terakhir di sebelah timur yang menjadi ‘penampan’ rempuhan bukan Melayu yang kaya raya, pintar dan licik ke negeri-negeri ‘totok’ Melayu - Negeri Terengganu dan Kelantan. Hotel tempat saya menginap dikatakan diusahakan oleh keturunan Cina Singapura.
Bandar Kuantan yang terletak di muara sungai kelihatan cantik, menarik dan mengujakan khususnya pada waktu malam. Bandar ini seperti tidak pernah letih. Kesibukan bermula seawal pagi hingga ke larut malam. Manusianya memenuhi restoran,warung, dataran dan tempat-tempat hiburan yang sangat banyak di bandar ini.   
Bandar-bandar di negeri Melayu ‘totok’, Kuala Terengganu atau Kota Bharu yang menjadi tumpuan pelancung juga meriah dan sibuk. Bezanya, malam-malam di kedua-dua bandar tersebut tidak ‘sehidup’ Bandar Kuantan. Malam-malam di Kuantan, ‘macam-macam’ ada!
Melalui risikan dan nujum makrifat, saya dapati rakan-rakan yang terputus hubungan dengan kami ketika mencari tempat penginapan di tengah-tengah bandar Kuantan bukannya tersesat. Mereka sengaja ‘menyesatkan’ diri dan menjauhkan diri dari kami berdua kerana ingin memanjakan diri pada malam-malam sepanjang berada di bandar Kuantan yang menggoda dengan lebih aman. Kawan-kawan pun ‘macam-macam' ada!    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."