Rabu, 17 Oktober 2012

CATATAN MUSAFIR : SAYANGILAH SUNGAI KITA



Kendati pun jatuh dari tempat tinggi sangat menyakitkan, berada di singgah sana lebih tinggi adalah jauh lebih baik berbanding berada di kedudukkan lebih rendah. Seorang yang berada di tempat tinggi boleh melihat skrin alam yang lebih luas dan jelas.
Dia boleh menyaksikan banyak pemandangan yang tidak dapat dilihat oleh golongan yang berada di bawah. Justeru itu, sesampai di sebuah kota, dia berpeluang melihat panorama alam yang menakjubkan. 

Kota itu dibahagi dua oleh sebatang sungai sejarah yang mengalir tenang di tengah-tengahnya. Di situ berdiri megah jajaran bangunan peniaga, dataran kelompok pohon-pohon yang menghijau dan sebuah bangunan berkubah yang dimakmurkan oleh orang baik-baik. Bangunan berkubah itu terletak megah betul-betul di tebing sungai. Indah.
Sayangnya, dari tempat tinggi itu juga dia menyaksikan kawanan objek menghilir ke laut. Walaupun objek-objek itu tidaklah seganas objek Sungai Senget yang pernah 'mengjahanamkan' nama baik Bandar Johor Bharu lebih 10 dekad yang lalu, sehingga menghasilkan bau hapak dan hanyir, kehadiran kawanan objek yang tidak dialu-alukan di sebuah negeri yang pernah diuar-uarkan ' Negeri Maju' yang sama 'makamnya' dengan negeri di atas angin atau sekurang-kurang Jepun atau Korea itu sangat menyakitkan hati. Di negeri-negeri atas angin sungainya terpelihara. Bersih.
 

Justeru itu, bayangkanlah cerita yang akan dijaja oleh musafir yang singgah sebentar di kota itu. " Kota itu sungainya kotor! Penduduk kota itu suka membuang sampah dan kotoran ke dalam sungai! "
Jauh berjalan banyak dipandang. Berada di 'tempat lebih tinggi' ada kelebihan dan banyak yang dilihat berbanding berada di bawah. Inilah yang dilihat 'di dopan mata'.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."