Jumaat, 19 Oktober 2012

MASJID MUSAFIR

 
 
Kebiasaannya, Orang Melayu di Malaysia datang solat ke masjid berpakaian baju Melayu dan berkain pelikat. Pakaian itu seperti 'pakaian seragam' Orang Melayu ke masjid.
 
Namun demikian, keadaan sedemikian tidak berlaku di masjid-masjid yang terletak dalam bandar khususnya yang terletak jauh dari kawasan perumahan penduduk Melayu seperti Masjid India, Kuala Lumpur dan Masjid Diraja, Kelang. Kebanyakkan pengunjung yang singgah menunaikan solat di masjid seperti itu ialah di kalangan bukan orang tempatan.
 
Sehubungan itu, kita akan dapat saksikan bahawa kebanyakkan  jumaah yang menunaikan solat di masjid  seperti itu ialah mereka yang ada urusan lain di bandar. Mungkin inilah sebabnya masjid-masjid itu dimakmurkan oleh jumaah musafir yang kebanykkannya memakai celana panjang dan bukannya kain pelikat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."