Sabtu, 6 Oktober 2012

SEDEKAH : SUATU SENI KEMAHIRAN


Usai solat Jumaat di sebuah masjid berhampiran Taman Melewati, Ulu Klang seorang lelaki keturunan dari Benua Kecil  India , 50-an, yang duduk di saf hadapan tiba-tiba bangun bersama anak lelakinya yang berusia 12-13 tahun. Lelaki yang berkemeja pendek dan berperawakan pelakun bollywood itu berpakaian agak kemas .

Lelaki itu tidak kelihatan begitu terdesak. Bagaimanapun, dengan mimik muka sedih dia menggunakan bahasa isyarat untuk memberitahu hadirin bahawa anak lelakinya lapar. Hadirin tidak memberi perhatian kerana hendak mendirikan solat sunat. Dengan perlahan, lelaki itu dan anaknya berjalan ke arah pintu besar masjid. Berhampiran tangga masjid, dia ‘memasang lukah’ dengan menghamparkan sehelai kain yang lusuh . Dia dan anaknya berdiri di situ sambil membaca doa dengan kuatnya.

Walaupun tidak banyak ‘ikan’ yang terperangkap dalam lukahnya, pendapatan dua beranak itu lebih dari mencukupi untuk makan nasi beriani di restoran mamak di kawasan perumahan beberapa orang selebriti, Taman Melewati.

Soal lapar tidak makan kerana tiada wang bukan perkara main-main. Sesiapa yang pernah mengalaminya, akan tahu betapa deritanya tidak makan kerana tiada wang.

Namun demikian, rencamnya kehidupan hari ini, membuatkan masyarakat menjadi paradoks dalam menterjemahkan kerja-kerja baik. Masyarakat menjadi terlalu berhati-hati kerana takut ditipu.

Justeru itu, bersedekah pada hari ini adalah suatu seni yang memerlukan kemahiran. Jika betul perkiraan, akan terbantulah orang yang memang sepatutnya dibantu. Sebaliknya, jika salah, si penipu akan tersenyum lebar kerana berjaya memperdaya mangsa. Kendati pun demikian, apa yang sangat-sangat ditakuti ialah orang yang benar-benar memerlukan bantuan dibiarkan mati secara perlahan-lahan (‘dying’).  

Susahnya hendak bersedekah pada hari ini seumpama payahnya bermain saham. Tersilap congak seseorang itu akan kerugian dalam sekelip mata. Walaupun begitu, ada juga yang terus bersedekah dengan mengamalkan kaedah ‘Russian Roulette’. Kalau nasib baik akan ada peluru untuk menembak tepat ke sasaran. Sebaliknya, kalau tiada peluru ketika ‘tregar’ dipetik, tidak mengapa kerana telah ada ‘niat baik’.

6 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Kalau kita apply kaedah russian roullete dalam bersedekah pada masa kini seolah dalam zone selamat walaupun jika berlaku 'kalah' ia tidak sekalah mana.

    Dalam russian roullete kalau kita kalah ..hehe..mati kita ....hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      'Pistol' di tangan kita. Mungkin kita marah kerana pistol tidak meletup dan tidak mengena sasaran. He..he

      Padam
  2. Assalam saudara Ujang..,

    saya pun selalu menghadapi dilema dalam bab bersedekah secara "spontan" ni...namun bagitu tiada rugi apa-apa kalau pada andaian kita tertipu kerana Allah tidak akan tertipu oleh si penipu...malahan dia lah yg tertipu oleh dirinya sendiri kerana sumber rezeki semuanya datang dari yg ESA....Allahua`lam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr azmnor,

      Waalaikomsalam.

      Pandangan tuan adalah sebahagian daripada 'suatu seni kemahiran' yang saya katakan. Setiap orang ada kemahirannya sendiri.

      Padam
  3. Saya berpegang kepada kepercayaan yang hasil setiap laku kita begantung kepada niat didalam hati. Halau kita tersentuh dan terrus mambuat kebaikan KERANA NYA saya tak fikir amalan kita sia sia. Kalau kita tertipu Dia tidak akan mensia siakan amalan yang dibuat kerananya. Hua Al Rahman Al Rahim

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Al-Manar,

      Secara kebetulan Akhbar Sinar semalam (8/10/12) muka utama menyiarkan peminta sedekah ada simpanan RM60,000.00.

      Ianya seperti 'kedermawanan' membuka ruang kepada golongan ini mengambil kesempatan.

      Bagaimanapun, kerana sedekah amat rapat dengan tuntutan agama,terpulanglah kepada seseorang itu menyelaraskannya.

      * Semoga masalah teknikal pada blog tuan telah dapat diatasi.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."