Selasa, 8 Januari 2013

MELAYU: SALAH PEMIMPIN?

Mungkin kerana bebas melontarkan pandangan dalam blog sendiri tanpa kawalan dan sanggahan, acapkali saya terbawa-bawa berbuat demikian ketika berhadapan dengan objek manusia hidup di depan mata yang tentunya berbeza tanggapan dalam ‘meng-erti - kan’ (mengertikan) sesuatu.
 
Ketika disua dengan pendapat yang tiada cacat celanya tetapi tidak tercapaikan dalam alam realiti, sehabis marah saya cuma mampu mengungkapkan, “ Itu benar, tetapi cuma ‘on paper’ kerana realitinya tidak sedemikian.”
Semalam, di warung belakang pejabat, saya berhadapan dengan dua orang rakan seorganisasi. Seorang, yang saya kenal sangat-sangat ‘anutan’ politiknya - melampiaskan pandangan berbentuk ‘simple arithmatic’ yang dia sudah ada jawapannya. Dia cuma ‘bersandiwara’ untuk mengenakan pihak yang tidak disenanginya. Dan, seorang lagi yang juga saya tahu pihak yang disokongnya - memaksa diri memberi pendapat dan saranan yang dipercayainya dapat menyelesaikan segala masalah di atas muka bumi ini dengan mudah jika berbuat sesuatu mengikut ‘sepatutnya’ (ideal) . Sedangkan dia juga sedia maklum bahawa pihak yang didokongnya tidak berbuat sedemikian. Isu yang diusik adalah mengenai ‘ Kelemahan Melayu Bermain Politik’.   
 
Maka, disebutlah betapa Orang Melayu sepatutnya tiada masalah untuk bersatu – mereka, satu bangsa dan satu agama. Berbanding dengan etnik Cina – berbagai agama (Buddha,Tao,Kristian,Free Thinker) dan etnik-etnik berbeza yang dikenali menguasai sesuatu bidang secara mutlak. Bidang-bidang yang dikuasai oleh sesutatu etnik ditembok kukuh umpama tembok besar Negeri Cina yang tidak dibuka kepada etnik lain walaupun mereka sebangsa.
Maka, disebutlah bahawa Orang Melayu sepatutnya bersatu dan seia sekata dalam sekurang-kurangnya empat perkara teras, iaitu; agama, bangsa, pendidikkan dan bahasa.
 
Maka, disebut juga bahawa golongan rakyat jelata Orang Melayu yang berbeza fahaman politik pada amnya tiada masalah. Contohnya, mereka boleh bersama di masjid/surau, majlis perkahwinan, kenduri- kendera, persatuan ibu bapa sekolah, pegawai masjid/surau dan lain-lain lagi.
Maka, antara yang disebut juga bahawa kononnya ketidak-matangan Orang Melayu bermain politik adalah kerana dipermainkan oleh pemimpin-pemimpin politik Melayu. Pemimpin-peminpin politiklah yang mencetuskan suasana ‘huru-hara’ di kalangan sesama Orang Melayu. Merekalah yang menjahanamkan ‘keidealan’ sehingga tidak dapat diterjemahkan dalam kehidupan sebenar.
 
Maka, yang disebut juga bahawa kononnya individu atau pihak yang ada autoriti dalam memandu masyarakat kearah arah tuju sepatutnya sedang menderita sakit  misteri gara-gara menjalani rawatan pemandulan atau mengkasi diri yang jelas menyalahi mana-mana hukum di dunia ini. Ini menjadikan golongan itu tidak produktif, tidak berguna, mata mereka buta, telinga mereka pekak, menjadi terlalu penakut dan tidak ada prinsip.  Kononnya, golongan ini menyantuni satu pihak dan bersikap kasar terhadap pihak yang lain. Lalu,mereka tidak dihormati. Lalu, mereka diperlekeh.
Ironinya, kami bertiga yang juga berlainan fahaman politik sebulat suara merumuskan bahawa segala tuduhan , pendapat dan cadangan mengenai isu ‘Kelemahan Melayu Bermain Politik’ adalah ungkapan-ungkapan klise yang tidak mendatangkan sebarang faedah untuk dibincangkan, dan apatah lagi didebatkan dalam konteks senario Orang Melayu hari ini.
Bahawa, kerosakan sedang berlaku. Justeru itu, gejala tidak sepakat dalam sekurang-kurangnya empat (4) perkara teras (agama, bangsa, pendidikkan dan bahasa) yang sepatutnya kalis mainan politik tidak kelihatan balam-balam kesudahannya dalam masa terdekat ini.
Sayugia, kami bertiga ialah sebaik-baik contoh di kalangan majoriti rakyat marhaen @ jelata @ biasa yang berlainan fahaman politik tetapi boleh duduk semeja. Tiada masalah untuk belanja minum seseorang yang berlainan khemah politik.  Tiada masalah kerana berbeza platform.
Namun demikian, keharmonian ini boleh hilang dengan sekelip mata apabila dihasut atau dikacau ganggu oleh pemimpin atau orang politik.  Ada orang berkata, “Dunia politik selamanya 20 tahun di belakang dunia pemikiran.”
Oh, Melayu ku!

4 ulasan:

  1. salam,
    Tak kisah apapun ideologi politik kita,terasnya tetap islam dan jangan sesekali memburukkan negara kita dimata luar..ibarat menceritakan masaalah rumahtangga kita kepada orang luar..semuga Allah pelihara Islam dan memelihara bangsa melayu kuat dlm islam

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak roosni,

      Waalaikomsalam,

      Itulah yang idealnya.Bagaimanapun, realitinya amat sukar kerana pemahaman yang berbeza. Di luar sana, ilmuan dari institusi agama yang sama pun berbeza pemahaman dan pendekatan mereka.

      Benar, jangan kita berbalah sesama sendiri - Menang jadi arang, kalah jadi abu.

      Idealnya, " Yang kusut diselesaikan, yang keruh dijernihkan."

      Padam
  2. Ujang Kutik,

    Kadang tu untuk menjadi 'cool' kita kena lihat '' the bigger picture '' untuk memahami sesuatu isu itu.

    Naluri manusia apabila sudah kaya kita akan tergilakan 'power' pulak..hehe

    BalasPadam
  3. Sdr theolrascal,

    Kekayaan adalah kuasa.

    He..he..kita senang,boleh senangkan orang lain,mudah kuasai orang lain. Kaya & kuasa satu pakej.

    Mungkin terkecuali pada profession pemimpin.Jarang pemimpin yang tentunya kaya raya secara sukarela mengundur diri dan beri laluan kepada orang lain. Ini sebenarnya misteri yg boleh dapat dirungkai sebab musababnya dengan jelas.

    Mungkin pendapat tuan ada kaitannya.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."