Khamis, 31 Januari 2013

UBAN



MENGHITAMKAN rambut yang beruban untuk kelihatan lebih muda ada hukumnya. Saya tidak ada keberanian untuk memaparkan hukum tersebut dalam catatan ini kerana menyedari kelemahan diri dalam membincangkan hukum-hukum agama.

Pada usia yang sepatutnya beruban, rambut di kepala saya telah dipenuhi uban. Disebabkan saya memakai ketayap, saya sendiri kurang menyedari transformasi uban di kepala dari tahap 1, 2 dan seterusnya tahap 3.   

Saya juga tidak mengambil kisah akan rambut kebanyakkan rakan-rakan hampir sebaya yang kelihatan masih hitam berkilat. Saya menganggap itu anugerah Allah.

Bagaimanapun, kebelakangan ini saya mula prihatin memerhatikan episod ‘hitam-putih’ rambut rakan-rakan seusia di tempat kerja. Melalui pemerhatian dan juga kecuaian mereka merapikan rambut, saya dapati kebanyakkan rambut rakan-rakan sebaya juga ( termasuk yang lebih muda) sebenarnya telah banyak beruban. Cuma bezanya, ada yang beruban sedikit dan ada yang rambut mereka telah beruban sepenuhnya.

Benar, menghitamkan uban di kepala mampu mewujudkan keterampilan yang lebih menarik dan kelihatan jauh lebih muda dari usia sebenar. Bagaimanapun, menghitamkan rambut yang telah beruban dengan niat untuk kelihatan lebih muda ada hukumnya.

6 ulasan:

  1. IM dapat rasakan bila ada uban di kepala kita, kita semakin menjaga akhlak kita.

    Kita tidak lagi seperti lupa dunia ini ada noktahnya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr IM,

      Benar, terimalah hakikat. Bila anak-anak gadis pekerja restoran/warung sebaya anak bertanya, " Abang nak pesan makanan apa?", saya membetulkan perkataan 'Abang' kepada 'Pak Cik atau Uncle'.

      Tetapi, rambut IM masih hitam lagi.

      Padam
  2. Alhamdulillah,rambut masih berwarna asli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Mahh,

      Saya masih mengikuti kisah adventure Kak Mahh.

      Mungkin rambut orang perempuan lebih tahan kalis beruban berbanding lelaki. Isteri saya yang cuma muda sedikit dari saya masih tidak beruaban rambutnya.

      Padam
  3. hukum ini adalah kata putus dari rasul..ianya atas pemikiran rasul yang bijik sana di mana hendaknya di katakan salah dan tidak....kita yang memikirkan di mana letaknya salh sesuatu perbuatan.apa yang kita perlakukan untuk tubuh ni adalah untuk dunia semata-mata...mati sok tetap hancur..bagi yang mengenal jua la yang dapat kebahagian.....salam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama 5/2/2013,

      Waalaikomsalam.

      'Kita' yang tidak berapa pandai ni, berdakwah secara begini. Semoga ada yang ambil ingatan.

      T.Kasih.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."