Selasa, 12 Februari 2013

qunut & perlis


Penduduk Negeri Perlis dikatakan  tidak terikat kepada sesuatu mazhab secara khusus. Antara amalan mereka turun temurun yang berbeza dengan negeri-negeri lain ialah; tidak membaca bismillah secara jahar ketika membaca Al-Fatihah dalam solat, tidak membaca qunut ketika solat subuh, tidak membaca tahlil dan talkin dan tidak berdoa secara beramai-ramai selepas selesai solat berjumaah.

Sedemikian, ketika melaksanakan solat subuh di salah sebuah masjid di Kangar, Perlis baru-baru ini saya berpeluang mengesahkan samada dakwaan di perenggan di atas benar atau sebaliknya.

Pengalaman ketika menunaikan solat fardhu subuh secara berjumaah di masjid tersebut mendapati bahawa ada juga di kalangan jumaah masjid Negeri Perlis yang tidak mengikuti amalan arus perdana negeri  mereka. Tuan Imam yang memimpin solat subuh di masjid tersebut membaca bismillah sebelum membaca Al-Fatihah seperti biasa, membaca qunut dengan lantang, bertahlil dan memimpin bacaan doa yang panjang selepas selesai menunaikan solat fardhu subuh.

'The moral of the story', solat jangan tidak solat. Pihak yang ada 'authority' lebih mengetahui nas dan dalilnya dari kita orang biasa.

Wallahuaklam.

2 ulasan:

  1. Baru-baru ni IM singgah di Masjid Kangar. Im perasan lepas solat mereka tak baca doa.

    IM dah faham keadaan begini tidaklah berapa janggal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr IM,

      Advantage kepada 'kita' yang tidak berapa pandai baca doa yang panjang-panjang.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."