Jumaat, 22 Mac 2013

ANGAN-ANGAN DENGAN GURINDAM : Bangkitlah bangkit! Mengapakah tidur lama sangat?

Saya berkesempatan menghadiri majlis Bicara Tokoh. Tokoh yang dijemput 'MEMBICARA' ialah Professor Madya Dr Lim Swee Tim, pensyarah dan penggiat kesusasteraan. Saya paparkan sebuah sajak terbitan tahun 1913 bertajuk "Angan-angan dengan Gurindam", karya Omar Mustafa yang dideklimasikan oleh Prof. Madya Dr. Lim Swee Tim dalam majlis tersebut.  



Ini ulasan saya:
 
Terderakah jiwa generasi hari ini kerana seruan 'Bangkitlah bangkit!' telah bergema seawal tahun 1913? Terderakah jiwa kejantanan 'pendekar dan pesilat' bangsa hari ini kerana pertanyaan 'Mengapakah tidur lama sangat? telah dibisikkan ke telinga bangsa seawal tahun 1913? Juga, jangan asyik menuding, terderakah kita? 

'And yet', hingga ke alaf ini kita masih 'menyanyi' lagu yang sama!

Bangkitlah bangkit! Mengapakah tidur lama sangat? 

" Angan-angan dengan Gurindam "
Oleh : Omar Mustaffa (1913)

Bangkitlah bangkit!
Mengapakah tidur lama sangat?
Di mana dapat mencari negeri sekaya negeri kita!
Bangkitlah bangkit!
Timah dimasak sudahlah hangat.
Mengapa dibiarkan bangsa lain mengambil bijih kita!
Bangkitlah bangkit!
Tidakkah ingin menjadi kaya dengan bangat?
Mengapa dibiarkan bangsa lain bertanam getah di tanah kita?
Bijih dan getah! Bijih dan getah!
Inilah jalan kekayaan yang tentu
Hasil negeri kita yang besar dapat di situ
Bijih dan getah! Bijih dan getah!
Dari sebab itu bangkitlah bangkit!
Jangan asyik dengan berjoget.
Lihatlah kekayaan Loke Yew Chow Kit!
Hartanya beribu bermiliun ringgit
Segeralah tuan jangan lengah
Segera berbudi dengan tanah
Kerana tanah baik budinya
Lambat laun usaha dan penat kita dibalasnya. 


8 ulasan:

  1. Ujang kutik,

    Dikira dari tahun 1913..
    ..kok bangsa kita itu tiduurr saja kerja nye..
    sudah lewat seratus tahun masih belum bisa bangun..

    ..alahaii..hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Kalau sekeliannya tidak tidur, tidak 'ada job'.

      Baguslah banyak yang tidur supaya 'ada job'.

      He..he..

      Padam
  2. Ada yang dah bangkit tapi masih termangu-mangu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr IM,

      Namun, kita perlu ' Bangkitlah bangkit! Mengapakah tidur lama sangat?

      Padam
  3. Saya lemah dalam bidang ini. Betulkah pantu itu ditulis dalam tahun 1913? Bunyinya seperti membakar semangat kemerdekaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Al-Manar,

      Saya postkan catatan ini ketika minum dengan seorang kawan di restoran. Dalam perjalanan balik hati saya tertanya, " Betulkah 1913?"

      Saya berhenti di pinggir jalan dan lihat semula catatan dan membuat carian di internet.
      Benar, Sdr Omar Mustaffa telah menulis sajak ini pada tahun 1913. Sajak ini disiarkan dalam akhbar Utusan Melayu pada 18 Januari 1913.

      Bagaimanapun, genre sajak moden yang cuba diketengahkan oleh Sdr Omar Mustaffa tidak menjadi ikutan penyair lain.

      Padam
  4. Saudara Ujang Kutik,

    Saya sedang memandu tengahari tadi sambil mendengar radio. Tiba2 DJ memperdengarkan sebuah sajak yang didekliamsikan oleh seorang wanita berjudul 'Bangkitlah' ciptaan Rajab FI (kalau saya tidak silap) yang diciptanya pada tahun 1969.

    Mungkin sajak ini merupkan kesinambongan dari sajak di atas tahun 1913.

    Apakah ada penyajak alaf baru yang akan mencipta sajak 'Bangkitlah' versi baru.

    Oh ya, saya juga merupakan seorang peminat Prof. Dr Lim Swee Tin anak kelahiran Kelantan.

    BalasPadam
  5. Sdr Pak Mail,

    Agak sukar untuk kita mendapat lagi peluang membaca sajak/penulisan seperti penyair 1913 (Omar Mustaffa) atau 1969 (Rajab F1). Senario hari ini sangat berbeza.

    Atau tiada lagikah spesis genre 1913/1969 kerana sekarang kita terlalu sibuk dengan bermain politik? Kalau ada pun yang kelihatan memperjuangkannya, nawaitu mereka sangat-sangat meragukan. Mungkin juga semangat 1913/1969 menjadi mangsa keadaan.

    Pengerusi majlis Bicara Tokoh mengungkapkan Prof. Madya Dr Lim Swee Tim sebagai lebih Melayu dari Melayu. Malah beliau 'memuliakan' perkembangan Islam di negara ini. Sayangnya, cahaya hidayah masih tidak dapat digapainya.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."