Rabu, 13 Mac 2013

samo-samo kito behujan dan bepaneh

Persahabatan Dapat Melipat-Gandakan Kegembiraan Dan Sanggup
Membahagi-Bahagikan Kesusahan - Francis Bacon

Berhampiran lampu isyarat Pekan Rembau ada kain rentang yang kalau dialihbahasa kepada loghat Negeri Sembilan/Rembau akan berbunyi lebih kurang begini, " Samo-Samo Kito Behujan Dan Bepaneh'. 

Tulisan asal dalam Bahasa Malaysia standard dengan sedikit ubah-suai berbunyi, " Kami akan sanggup berhujan dan berpanas dengan anda". Ungkapan itu adalah aku janji setia kawan di mana Si Pengucap akan sanggup menghadapi kesukaran secara bersama yang tiada tolok bandingnya kepada sahabatnya. 

Namun, menunaikan janji tidak semudah mengucapkan kata-kata. Sahabat kelmarin adalah musuh hari ini. Musuh kelmarin adalah sahabat hari ini. Masa dan ketika yang akan menentukannya.  








4 ulasan:

  1. hujan paneh yoo !!! kok kono ghibut topan mcm mano ,, den kona semuo mereka tu bang !! hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Pak Oncu,

      Kok dikaji 'track record' nya memang tak boleh diharap.Dio yang lari dulu......!!!!!

      Padam
  2. Setiap perjuangan akhir zaman ini ada kelemahannya. Ini menunjukkan, pemimpinnya bukan Nabi. Kita kena terima hakikat ini. Yang ada kelebihan jangan sombong dengan kelebihan dan yang ada kelemahan perbaiki kelemahan yang ada. Matlamat perjuangan semua sama. Semua ingin mengembalikan diri dan masyarakat kepada Allah.

    Jika kita saling memandang rendah pada orang lain, kita akan lemah dan musuh akan dapat mengatasi kita. Yang berjuang di medan politik teruskan, yang berjuang di medan perniagaan teruskan, yang berjuang di medah pendidikan, yang berjuang demi mempertahankan tanah air teruskan dan di mana pun kita, jika ia selaras dengan syariat, teruskan. Yang salah ialah kita tidak perbuat apa-apa tapi saling memandang rendah. Ia merugikan kita.

    BalasPadam
  3. akak roosni,

    Kata bijak pandai:

    1. Nasihat menasihat, tegur menegur walaupun nasihat yang jujur tidak enak kedengarannya.

    2. Politik sama sahaja di mana-mana, mereka menjanjikan membuat jambatan, walaupun di tempat itu tidak ada sungai.

    3. Ada 3 golongan manusia di dunia. Pertama yang mahu menyelesaikan segala-galanya. Kedua, yang membantah segala-galany. Dan. ketiga, tidak ambil kisah segala-galanya.

    Semoga puan sudi lagi berkongsi pendapat dan nasihat. Terima kasih.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."