Isnin, 8 April 2013

MARAN, PAHANG : saya suka tempat ini dan penduduknya


Masjid Jamek Maran
Pada 7/4/13, Ahad, saya sampai juga lagi ke bandar jolokkan ‘ Bandar Ayam Kampung’, iaitu Maran, Pahang. Kali terakhir saya ke Bandar yang letaknya lebih kurang 40 km ke utara Temerloh ini ialah pada tahun 2011.

Tasek (Banyak Ikan)
Bandar Maran cuma ada dua tempat penginapan. Pertama, sebuah chalet yang berlatarbelakangkan tasek. Kedua, kompleks belia yang juga menyediakan tempat penginapan.

Tambah kapsyen
Seawal sampai di daerah yang berlatarbelakangkan kehijauan alam semula jadi saya telah menemui beberapa orang penduduk bandar kecil ini untuk urusan mencari tempat penginapan. Urusan menjadi sukar sedikit kerana pada hari Ahad kakitangan pejabat kerajaan bercuti.

Panorama Maran
Namun demikian, urusan saya berjalan lancar kerana kualiti penduduk di sini. Penduduk bandar ini mesra orang luar dan sangat suka membantu! Itulah penilaian jujur hati sanubari saya.

Maran Banyak Tasek
Saya berurusan dengan beberapa individu – pengawal keselamatan di sebuah pejabat, seorang penduduk asal, dua orang pengawal keselamatan di kompleks belia, seorang penyelia kompleks belia, dua orang kakitangan chalet dan dua orang pemancing yang memancing di tasek berhampiran chalet. Semuanya bersedia membantu dan ‘mesra alam’ termasuk dua orang pemancing.

Salah Satu Tempat Penginapan
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati. 

2 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Lanjutan dari pantun penutup entri tuan saya tambah kan lagi serangkap pantun melayu klasik .

    Pulau pandan jauh ketengah
    Gunung daik bercabang tiga
    Hancur badan dikandung tanah
    Budi yang baik dikenang juga.

    BalasPadam
  2. Sdr theolrascal,

    Terima kasih.

    Saya tahu tuan meminati pantun klasik. Pantun klasik segar malar sepanjang zaman.
    Namun, anak-anak kita sukakah pantun-pantun lama?

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."