Sabtu, 6 April 2013

PRU 13 : ahli keluarga kita undi parti yang mana satu?

Keluarga saya terdiri daripada 5 orang sahaja - saya, isteri, dua orang anak lelaki berusia lebih 21 tahun (dan telah mendaftar) dan seorang anak perempuan yang belum layak mengundi.

Isteri - Walaupun agak terkesan sedikit dengan bencana bekalan air terputus baru-baru ini, beliau telah pulih dari kesan sampingan yang ditimbulkan oleh bencana itu. Undi beliau telah dapat diagak.

Anak Lelaki Pertama - Tiada masalah. Undinya sama dengan undi saya.

Anak Lelaki Kedua - Saya masih belum jelas 100% arah undinya. Bagaimanapun, dia yang telah menjadi penganggur lebih 3 bulan, mungkin mengambil kira masaalah besarnya ini ketika mengundi nanti.

Saya - Bukankah undi kita rahsia?

Pun demikian, sebagai Ketua Keluarga saya akan adakan satu taklimat pada pagi hari sebelum bertolak ke tempat mengundi. Ini bukan perkara main-main!

Ketika berada di Ulu Bernam, Selangor baru-baru ini saya berkesempatan berbual dengan seorang anak muda yang telah bekerja. Melalui kata-katanya, saya dapat mengagak parti yang akan diberikannya undi walaupun kini dia terlibat dalam parti yang berlainan. Katanya, dia 'malu alah' dengan ajakan bapa saudaranya yang aktif dalam parti yang dia tidak mesra itu. Seterusnya dia menyatakan bahawa ibunya berasal dari Kelantan dan ayahnya dari Selangor.  Akuinya, " Kerana emak saya orang Kelantan, tentulah 'parti itu' yang disokongnya. Ayahnya pula pengikut parti yang tidak sama dengan parti emaknya. 

Inilah senarionya. Ada keluarga yang satu trak mengundi parti yang sama. Ada keluarga yang menjadi pengikut dan pengundi berbagai parti.

Inilah agaknya yang dikatakan 'tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain'.

8 ulasan:

  1. Saya belum dapat ilham lagi. Ada pelbagai perasaan setakat ini, benci, marah, kecewa, tak sangka dll. Dulu sehari sebelum hari mengundi ada keputtusan. Hari mengundo kami berdeua tukar fikiran. Masih tidak nampak keikhlasan dan kejujuran.

    BalasPadam
  2. Tuan Al-Manar,

    Masih ada masa lagi sebelum masuk ke bilik mengundi. Tetapi bayang-bayangnya mungkin telah ada kilasnya.

    (Saya dlm perjalanan ke Kemaman. Singgah solat di R&R Gambang).

    Nota: Tandas & surau di R & R Temerloh-Kuantan tidak boleh digunakan kerana sedang tambah-baik.

    BalasPadam
  3. tak kisahlah undi parti apa walaupun pembaca blog anda dah boleh agak parti apa yg anda sokong.kalau anda rakyat singapor,kerja dgn kerajaan tp sokong pembangkang anda akn sentiasa dperhatikn dn tiada kenaikn pangkat.saya sokong pas yg lama bukanya yg bersongkokol dgn pemimpin yg ramai saabat baik sendiri lari yg terakhir dr sidek baba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Terima kasih kerana berkongsi info (Singapura) dan pendapat.

      Padam
  4. IM sekeluarga memang sekapal untudinya. Menantu IM je yang tak pasti. Patutnya dia ikut rentak suaminyalah, kan.

    Anak menantu IM baru tahun lepas daftar.

    Kena bagi taklimat juga ni kalau depa layak mengundi. Takut undi rosak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr IM,

      Mesti 'Beri Taklimat'. Ini bukan main-main......

      Padam
  5. Ujang Kutik,

    Saya tidak perlu membuat keputusan lagi kerana lama sudah saya dok jadi pemerhati.

    Perdirian yang terbina masih belum berubah...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Kebanyakkan pengundi susah hendak berpindah randah ke camp lain. Inilah yang diungkapkan oleh sebuah parti politik 'Dulu, kini dan selamanya'.

      Penyokong tegar yang sanggup mati!! Golongan ini tidak akan mengundi pihak yang 'dimusuhinya' selama-lamanya. Sedemikian, golongan ini akan menyokong siapa sahaja yang berlawan dengan parti yang dimusuhinya itu.

      Namun demikian, mungkin ada sebab yang begitu kuat menyebabkan golongan ini berpatah arang dengan parti yang dimusuhinya.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."