Jumaat, 5 April 2013

PRU 13 : CARA ADAT PERPATIH MEMILIH PEMIMPIN


Makna TEROMBA mengikut Kamus Dewan ialah, ‘ Sejarah yang diceritakan dalam perbilangan’.

Mengikut Adat Perpatih, Teromba adalah alat komunikasi bukan sahaja setakat adat sopan santun dalam pergaulan sahaja tetapi lebih menekankan tentang landasan berfikir, nilai-nilai dalam kehidupan, norma-norma dalam pergaulan, falsafah hidup dan hukum-hukum yang harus dipatuhi. (Teromba Sebagai Alat Komunikasi dalam kepimpinan Adat Perpatih oleh Dato’ Dr Mohd Rosli Saludin).

Di ketika kita disibukkan dengan demam PRU 13, yaani dengan tujuan untuk memilih pemimpin, eloklah kiranya kita renung kaedah yang diinstitusikan dalam Sistem Adat Perpatih ketika memilih pemimpin. Antaranya;

Bulat anak buah menjadikan Buapak
Bulat Buapak menjadikan Lembaga
Bulat Lembaga menjadikan Undang
Bulat   Undang menjadikan Raja dan menegakkan keadilan

(Arif Rais – Petikan Buku Teromba Sebagai Alat Komunikasi dalam kepimpinan Adat Perpatih oleh Dato’ Dr Mohd Rosli Saludin).

Kalau diterjemahkan secara literal, teromba dalam Adat Perpatih seperti di atas dalam konteks pemilihan pemimpin Negeri/Negara memberi maksud  lebih kurang seperti berikut:

(a)Pemilihan Pemimpin Di Peringkat Negeri

Bulat rakyat memilih ADUN
Bulat ADUN menjadikan EXCO
Bulat EXCO menjadikan MB

(b)Pemilihan Pemimpin Di Peringkat Pusat (Dewan Rakyat)

Bulat rakyat memilih Ahli Parlimen
Bulat Ahli Parlimen menjadikan Menteri
Bulat Menteri menjadikan Perdana Menteri

Bagaimanapun, institusi Sistem Adat Perpatih dan institusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Dewan Rakyat(Parlimen) berada pada paksi amalan demokrasi yang berbeza. Sedemikian kaedah teromba dalam memilih pemimpin yang diinstitusikan dalam Sistem Adat Perpatih tidak sama dengan kaedah dan peranan dalam institusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Dewan Rakyat(Parlimen). Institusi DUN dan Dewan Rakyat berada di kelas eksukutif yang tersendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."