Jumaat, 5 April 2013

pru 13 : bendera


POLITIK BUKANLAH PERMAINAN TETAPI BISNES BAGI MENCARI KEUNTUNGAN
(Sir Winston Churchill)

Untuk mengelakkan kesesakkan yang menyesakkan nafas dan perasaan, saya mengikuti laluan alternatif ke pejabat. Laluan tersebut menyusuri kawasan-kawasan perumahan kos rendah, sederhana dan mewah.

Sejak dua minggu kebelakangan ini saya melihat di kawasan perumahan tertentu telah dipasang dengan bendera politik parti tertentu dalam jumlah yang agak banyak. Bilangan bendera tersebut bertambah berlipat kali ganda sejak pembubaran dewan rakyat diumumkan pada 3/4/13. Saya juga mula melihat parti politik yang menjadi lawan kepada yang pertama tadi telah mula memberikan saingan dalam kerja-kerja memasang bendera. Fenomena ‘menghias’ persekitaran dengan bendera parti politik sedang berlaku.

Senario yang saya nyatakan ini adalah berlatarbelakangkan kawasan-kawasan perumahan di pinggir bandar di Lembah Klang.

Melalui pemerhatian mudah saya, saya mendapati bahawa Orang Melayu kita berada di saf jauh ke hadapan dalam riuh rendah politik fizikal – memasang bendera, menghadiri ceramah, mengacau ganggu perjalanan ceramah pihak lawan dan sebagainya. Golongan bukan Melayu khususnya peniaga/usahawan Cina kurang menonjol dalam kaedah berpolitik secara fizikal.

Sedemikian, pemasangan bendera parti politik di kawasan-kawasan perumahan etnik Cina tidak meriah. Ada bendera tetapi seadanya atau cuma melepaskan batuk di tangga.

Keadaannya berbeza di kawasan-kawasan perumahan Orang Melayu. Bagaimanapun, keghairahan memasang bendera di kawasan-kawasan perumahan Orang Melayu juga ada polanya. Pemasangan bendera tidak banyak atau ada yang tidak dipasang langsung di kawasan-kawasan perumahan sederhana dan mewah.  

Sebaliknya, yang ghairah dan menonjol sangat memasang bendera parti politik ialah di kalangan Orang Melayu yang mendiami kawasan-kawasan perumahan kos rendah. Bendera-bendera bukan sahaja dipasang di sepanjang jalan/laluan bahkan dipacakkan di tiang-tiang pagar dan bumbung rumah. Kalaulah keadaan ini menggambarkan sokongan mereka, kita telah mengetahui parti mana yang akan mendapat manfaat di peti undi pada PRU 13 nanti.

Fenomena bendera parti politik adalah landskap menjelang pilihanraya. Sukailah suasana ini walaupun mungkin ada di antara bendera yang megah berkibar tersebut ‘mengacau-ganggu’ pandangan dan minda anda.  Selamat menyambut ‘ Hari Pilihanraya’Ke-13! 

4 ulasan:

  1. di waktu ini lah bisnes percetakan menjanjikan pulangan yg lumayan ...

    BalasPadam
  2. Puan CM,

    Selamat menyambut Hari Pilihanraya Ke-13.

    BalasPadam
  3. ujang kutik,

    Masyarakat cina rata rata terlibat dalam perniagaan jadi mereka kekurangan masa untuk aktiviti yang tidak produktif. Dan mereka juga tahu penyudah nye setiap orang akan mempunyai satu undi untuk merealisasikan apa yang mereka kehendaki.

    Tentu saja mereka berminat pada politik dan inginkan kelebihan dan tambah nilai pada sesiapa yang akan mereka berikan undi. Hanye adang kadang tu mereka saja tidak tunjuk pendirian politik mereka. Itu pun satu jenis teknik berniaga juga..ekeke.

    Dalam proses pilihanraya saat paling thrilling adalah ketika berada di depan TV menunggu keputusan kawasan yang calon nye memang kita nantikan, sebagai contoh di parlimen Gelang Patah sekira nye Ghani Othman betul2 akan bertanding menentang Lim Kit Siang di situ.

    PRU13 akan menjadi PRU yang paling meriah dalam sejarah Malaysia.





    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Mereka (Cina) memang peniaga tulin @ mahir. Ketika orang lain bermain politik mereka pula berniaga politik. Tamadun mereka juga jauh lebih lama dan hebat dari kita. Kualiti per individu mereka juga unggul - bijak (antaranya pendidikkan), rajin,

      Kalau kita di kedudukkan LKS, beranikah berhijrah dari zon selamat ke zon perang?
      Cina : 54%, M: 33%, I : 13%. Penyandang menang majoriti 8851 (2008).

      Begitu juga Salahudin Ayub - ke zon perang dan sangat berisiko.

      Kawasan Parlimen Pandan juga menarik - Rafizi V Ong Tee Kiat (belum confirm kerana MCA belum beri green light) Kawasan saya!!! Saya telah mengasah jari dan mengenal pasti calun yang akan dipangkah di DUN dan Parlimen. Anda Anda jangan sangsikan saya, dua undi saya untuk 'ANDA ANDA'!! Undi-undi keluarga saya juga untuk ANDA ANDA.

      Kalau panjang umur boleh kita berkongsi 'seronok' secara live dalam blog kita ketika keputusan diumumkan nanti. Teruja.......

      Kendatipun demikian, keputusan tersebut tidak sama thrillnya dengan kekalahan/kemenangan N.Sembilan dalam Liga Super. Ianya jauh lebih mendebarkan dari itu. Masa hadapan kita, keluarga dan negara.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."