Khamis, 4 April 2013

politik


Parlimen dibubarkan pada hari Rabu, 3 April 2013. Dalam tempoh tidak sampai 24 jam saya telah dua kali dinyanyikan dengan lagu kepartian yang langsung tidak mengambil kira perasaan saya:

Pertama ( petang 3/4/13) :

Saya di Ulu Bernam pada 3/4/13. Ketika duduk di ruang tamu di sebuah pejabat seorang tiba-tiba menghampiri saya dan meluahkan ketaksubannya kepada parti yang disokongnya. Maka dipujinya tinggi melangit pemimpin yang dipujanya dan juga kebaikan parti yang didokongnya. Dan, diperlekehkannya pemimpin parti lawan.

Walaupun tidak bersetuju, saya terpaksa tersenyum pahit.

Kedua ( pagi 4/4/13):

Ketika minum pagi di sebuah warung saya duduk berhadapan dengan seorang lelaki pertengahan 60-an. Saya menjual senyum dan mempelawanya makan bersama.Dia membalas senyuman saya. Dia membaca akhbar yang jelas menunjukkan khemah politiknya dengan bertemankan segelas teh tarik.

Saya cuba menguji minda politiknya dengan menyebut pembubaran parlimen. Dengan secepat kilat dia mula ‘membebel’ dan menjadi seperti orang yang saya nyatakan pada kes pertama (3/4/13).

Pada kes ke-2 ini saya tidak dapat lagi memaksa diri tersenyum dan mengiakan kata-kata orang itu. Saya katakan bahawa seseorang itu ada keyakinannya sendiri. Kita tidak boleh memaksa orang lain berkeyakinan seperti kita. Dia terkejut. Dengan senyum pahit dia beralih memperkatakan tajuk lain yang lebih santai dan harmoni.

2 ulasan:

  1. dalam politik, seharusnya biarkan saja mereka2 yang tegar... sebaiknya kita jadi pendengar yang baik (kadang-kala) menjawap dengan senyuman adlh paling afdal buat masa ni... walauapepun, undi kita semua adalah rahsia...

    BalasPadam
  2. bob Matcha,

    Benar, sewajarnya kita berlapang dada @ menjadi pendengar yang baik.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."