Ahad, 21 April 2013

PRU KE-13 : SAYA SUKA PENGGAMBARAN SEPERTI INI.

DARI AKHBAR KOSMO AHAD 21 APRIL 2013
Seperti saya, semoga pembaca juga tidak perlu berfikir di luar kotak buat seketika. Bersama-samalah kita membaca aksi mereka 'di dalam kotak' minda. 

Gambar menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan gambar pencabarnya dari Parti Keadilan Rakyat, En. Fariz Musa. Lihat juga pencabar beliau memberi kerjasama dengan gaya yang bersahaja. Mereka selepas itu akan berentap untuk merebut kawasan Parlimen Pekan.  

Parlimen Pekan (P085) mengandungi 4 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) - Pulau Manis (N20), Peramu Jaya (N21), Bebar (N22) dan Chini (N23). Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Datuk Seri Najib memenangi Parlimen Pekan dengan majoriti 26,464 undi.
    

2 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Saya juga suka senario ini, walaupun mereka akan 'berlawan' tetapi masih boleh bermesra.

    Ramalan saya berdasarkan kekuatan profail calon , pasti DS Najib akan memenangi kerusi Pekan.

    Menjadi kelebihan kepada penduduk pekan mendapat seorang PM sebagai wakil.

    Di harap penduduk akan bertaut semula selepas keputusan perlawanan nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Benar, sungguhpun Datuk Seri Najib pernah menang dengan kelebihan 200 undi sahaja di Pekan suatu ketika dahulu, sejujurnya beliau tiada masalah maintain menang dengan majoriti undi yang selesa. pada PRU 13.

      Sesungguhnya, inilah senario yang ditagih oleh Bangsa Melayu daripada pemimpin/ahli /penyokong parti politik di negara kita.

      ,

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."