Isnin, 1 April 2013

RENCAM


Ketika makan tengah hari dengan seorang kawan di sebuah restoran di Ampang Point, Selangor kami didatangi oleh seorang anak muda. Dia berpakaian kemas – baju lengan panjang berwarna putih dan memakai tali leher. Saya pasti usianya tidak melebih 22 tahun. Dia menyandang beg sandang berwarna hitam. Tangan kirinya menggenggam beberapa buah buku keibubapaan dan juga CD keagamaan.

Khalayak khususnya di Lembah Klang telah biasa dengan keadaan ini. Belum sempat anak muda itu memberi salam saya telah mengangkat tangan sebagai isyarat tidak mahu membeli. Namun, anak muda itu dengan sabar memberi juga salam. “Waalaikomsalam”, kami membalas.

Kawan saya pula mengangkat tangan. Anak muda itu tidak menghiraukan. Anak muda itu terus mempromosi barang-barangnya yang membawa misi membeli sambil beramal. Usai dia ‘ berceramah’ kami tidak juga membeli. Anak muda itu dengan sopan mohon beredar dan menuju ke meja yang lain pula. Sekali lagi kami mengangkat tangan. Kali ini sebagai tanda menghormatinya walaupun tidak membeli.

Saya terus memerhatikan kelibatnya di dalam restoran yang dipenuhi pelanggan. Dari satu meja ke satu meja. Tiada yang membeli. Dia letih! Mungkin juga lapar! Tiada pembeli dan tiada sesiapa yang mempelawa dia makan atau minum bersama. Ah..ini real kehidupan. Bukannya drama TV yang memaparkan hidup itu begitu santai - anak ahli perniagaan!  

Siapakah anak muda itu? Baru lepas SPM? Baru lepas Diploma? Graduan terhormat?

Anak, kehidupan ini rencam – berliku, berkerikil, bersimpang-siur, di sepanjang laluan banyak halangan. Pengalaman adalah guru yang kejam, ianya menguji terlebih dahulu sebelum memberi pelajaran. Laluilah dengan keberanian, hati-hati, sabar, perancangan yang baik, keimanan dan tawakal.

2 ulasan:

  1. ujang kutik,

    potensi kejayaan bagi pemuda ini tinggi..dia aggresif dan tidal malu malu


    kalau barangan yang di jual itu tidak 'jalan' dia tidak akan ada masaalah mencuba barangan yang lain sehingga lah satu hari...

    ..dia sudah seorang jutawan..macam hero hindustann...hehe.

    BalasPadam
  2. Sdr theolrascal,

    Tuan, berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."