Jumaat, 31 Mei 2013

IRON LADY DAN IRON MAN

Semalam, 30/05/2013, anak saudara perempuan dan keluarga ( suami dan tiga orang anak - lelaki (6 tahun), perempuan (3 tahun) dan yang kecil, perempuan (1 tahun) yang menetap di Bangi, Selangor datang ke rumah selepas Isyak. 

Suaminya yang bekerja dengan syarikat petroleum dan di tempatkan di Sudan balik bercuti ke Malaysia dengan nisbah cuti, 2 bulan bekerja: 1 bulan cuti.

Dia, anak saudara perempuan, 31 tahun, yang berkerjaya itu menguruskan anak-anak bersendirian ketika suami bertugas di luar negara. Mereka tidak menggunakan pembantu rumah kerana phobia dengan cerita-cerita yang tidak enak. Bagaimanapun, keluarga itu mengupah orang mengemaskan rumah sekali dalam seminggu.

'The Iron Lady', yaani anak saudara itu routinenya terlalu ketat - seawal pagi uruskan anak-anak, hantar ke 'nursery', pergi kerja ke Ibu Negara, kerja, balik kerja dan ambil anak di 'nursery', uruskan makan minum anak-anak dan melayan kerenah anak-anak yang masih kecil secara bersendirian. 

Tugas anak saudara itu juga memerlukannya bertugas di luar daerah - Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, keluarga anak saudara itu bernasib baik kerana masih mempunyai ibu bapa yang siap siaga membantu ' on call ' seperti ketika bertugas di luar daerah, masalah kesihatan dan sebagainya.  

Melalui pemerhatian saya, di dalam keadaan segawat itu, anak saudara perempuan dan suaminya dapat mengemudi keluarga mereka dengan baik atau 'under control'. Pasangan itu memanfaatkan keseluruhan masa 24 jam sebagai 'masa kualiti'.

Saya 'tabik' kepada mereka! 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."